Tenang si burung itu terbangnya bebas tanpa halangan,
Tenang si semut itu andai rumahnya tiada kaki gergasi manusia yg menganggu,
Tenang Si suami bila dapat menikmati secawan kopi bersama isteri terchenta.
Tenang si semut itu andai rumahnya tiada kaki gergasi manusia yg menganggu,
Tenang Si suami bila dapat menikmati secawan kopi bersama isteri terchenta.
Tenang kamu bagaimana?
Definisikan tenangmu...
Agar tak mudah mengatakan diri tak tenang. =)
Mungkin sebenarnya dengan hidupmu yang seakan kelam-kabutan,
Dirimu amat tenang...
Andai kamu mengerti.
******************
Kerja kita bukan kerja main-main. Walaupun sesetengah mata dan hati mungkin merasakan hidup kita bosan, takde life, dan tak meriah. Tapi hakikatnya, kita sahaja yang tahu. Kan? Bagi aku hidup kitalah yang paling menarik, paling bermakna, paling sihat, paling ada life, paling meriah, paling best, paling cool, paling comel dan segala-galanya lah!
Kau rasa ada ke kehidupan yang lebih indah daripada hidup tenang dibawah peliharaan Allah, bersih dari kekotoran hati yang menyesakkan, suci dari liputan dan debu-debu jahiliyah, tenteram dalam iman dan ukhuwwah serta penuh cita-cita yang bermakna?
Aku rasa tidak ada lagi kehidupan yang lebih tenang dari kehidupan seorang pemuda yang bisa mengucap alhamdulillah tatkala kakinya tersadung ketika berjalan. Dia memuji Allah kerana saat dia tersadung dan terlukakan kakinya itu, dia yakin ada dosa-dosa kecilnya yang dihapuskan oleh Allah.
Aku rasa tidak ada lagi kehidupan yang lebih tenang dari kehidupan seorang isteri yang tatkala suaminya meninggalkannya untuk bermusafir dan melaksanakan tugasan dakwah, dia bisa menghantar suaminya ke muka pintu, ya dengan sedikit tangisan kerana fitrah hati yang mahu belaian kasih sayang, tetapi dia gagahkan juga lalu mengucapkan selamat tinggal dan menyerahkan sang suami kepada Allah.
Aku rasa tidak ada lagi kehidupan yang lebih tenang dari kehidupan seorang pendakwah muda, yang baru sahaja mengenal Islam, tapi sudah terlalu kagum dengan kebenarannya, lantas jadi sanggup berbuat apa sahaja yang terdaya demi menyampaikan seruan Islam ke setiap hati yang masih bernyawa sekalipun seruan-seruannya tidak dilayan, bahkan diumpat-umpat pula dibelakangnya. Kehadirannya tidak dihargai, bahkan keikhlasannya ditolak begitu sahaja.
Ya, walaupun dijauhi dan dibenci sebegini rupa, kehidupan dia lebih tenang dari kehidupan mereka-mereka yang membencinya.
Aku juga rasa tidak ada kehidupan yang lebih indah dan tenang daripada kehidupan pemuda-pemudi yang bergadai harta, kereta, barang kemas, wang simpanan, bahkan cincin perkahwinan, demi mengumpul wang bagi membina sebuah masjid di dunia, dan sebuah mahligai di syurga.
**************************
No comments:
Post a Comment