Thursday 6 April 2017

Berdoalah kepada pemilik hatinya :)

Jangan dilepaskan, namun jangan dipaksakan. 
Sebab cinta bukanlah paksaan, dia hadir dengan sendirinya tanpa jemputan.

Percayalah kepada Sang Pemilik Hati, kerana takdir dan jodoh dari-Nya tak pernah salah alamat, tak pernah tertukar, dan selalu disediakan-Nya yang baik untukmu dan bukanlah yang terburuk. Terkadang takdir tak sependapat dengan cinta yang saat ini telah singgah.

Takdir lebih berkuasa dari cinta yang telah tumbuh dan dirawat dengan sedemikian rupa. 
Jika yang dicintai bukanlah takdir-Mu, percayalah jika memang waktu dalam buku takdir-Nya sudah tepat, maka akan dipertemukan olehmu, dan digantikan-Nya yang lebih baik dari seseorang yang sebelumnya telah diam didalam hatimu.

https://www.facebook.com/teega.my/videos/1862016137385297/

Monday 3 June 2013

Kerana dia AYAHKU. Part 1


Petang itu, ku telaah buku belajar dengan rasa yang tidak tentu. Exam esok hari, tapi jiwa ku seolah-olah tidak mampu meneruskannya lagi.Walaupun buku di depan mata, tapi hati masih teringatkan ayah di hospital. 

Semalam doktor mengesahkan bahawa paru-paru ayah dijangkiti kuman. Jadi, sepanjang tempoh rawatan, Ayah lansung tidak dibenarkan menerima pelawat. Tidak ada apa-apa yang kami boleh buat apabila doktor menegaskan begitu. Jadi, aku dan abang juga adik-adik hanya mampu melambai ayah dari jauh di luar tingkap wad.

Dari luar wad, ku lihat Ayah kesat air mata. 
Ayah menangis. 
Buat kami turut menangis.
Entah...segalanya tiba-tiba menjadi terlalu beremosi.

Pelbagai andaian, pelbagai tekaan...mengocak jiwa yang berombak kencang. Kalau paru-paru ayah dijangkiti kuman, kenapa ditahan di wad pesakit yang disyaki H1N1? Ada ku tanya soalan itu dengan doktor, tapi doktor memberi penjelasan yang ku kira tidak mampu ku terima.

Aku rindu ayah.
Aku benar-benar rindu ayah!
Suasana di rumah benar-benar terasa seperti ada sesuatu yang kekurangan tanpa ada suara ayah yang mengisi.

 **************

Ring ring ringgggg....

Bunyi telefon pada petang itu mengejutkan aku dari lamunan.
Kakak segera menekan punat accept dari telefon. Button loudspeaker sengaja ku minta kakak on.

“Boleh saya bercakap dengan Puan sarah?” Minta seorang doctor pakar dari hospital.
“Ye..saya bercakap” Ujar mak berdebar dalam tenang. Hati seorang isteri seolah-olah dapat merasa ada sesuatu yang tidak baik bakal dikhabarkan.

Perlahan...ku curi dengar perbualan emak di telefon.
“Puan....saya berharap Puan bertenang mendengar penjelasan saya. Pihak hospital sudah melakukan pemeriksaan darah terhadap suami puan. Kami mendapati  darah putih suami puan 10 kali lebih banyak dari normal..” terang doktor perlahan.

Emak tidak faham. 
Segalanya terlalu scientific bagi emak.
Menerusi telefon, emak mula menyoal soalan demi soalan kepada doktor walaupun hati kecil aku sudah dapat mengagak apa yang doktor jelaskan.

Leukimia?

Itu disease pertama yang aku tahu jika darah putih melebihi darah merah terlalu banyak. Subjek Medical Biotechnology sedikit sebanyak mendedahkan aku dengan penyakit tiada penawar itu. Namun, hati cepat-cepat menepis perasaan itu jauh-jauh. Mana mungkin! Aku berharap biar aku silap menilai penjelasan kali ini.

Ku cuba dengar lagi penjelasan doktor kepada emak.

“Sebenarnya..suami puan disyaki mengidap barah darah...” Ujar doktor pelahan. 

Doktor seolah-olah memberi kata mati, membuat aku terkedu lalu tertepis segala lamunan ku lansung terhenti. 

Doktor..
Mana mungkinnn....!
Aku lihat mata emak.
Merah.
Satu demi mutiara jernih menitis dari pipi cengkung emak. 
Tiada apa yang emak ucap selain menyebut nama ALLAH.


Dari jauh...

Aku menangis. Ku lihat kakak juga menangis. Adik-adik pula terpinga-pinga tidak mengerti.

Petang itu awan berarak kelam, berwarna kelabu.
Seperti memahami hati aku juga begitu.

Thursday 16 May 2013

Purdah

Bismillah,
Assalmaualaikum wbt.

Alhamdulillah, alhamdulillah....
Pertama kali mengenakan purdah, terasa diri begitu dilindungi ALLAH.

Thursday 27 December 2012

Ya Allah yang Menciptakan Hati, peliharalah Hatiku!



Salam wbt.

Diri terasa lain macam.
terasa sesuatu yang hilang.
yup..Hati ana sudah hilang!


Ana cuba tepuk dada,
bertanya pada jasad dimana pergi hilangnya dia.
Senyap.
hati masih tidak menjawab.

Menangis..

Di mana hilangnya hati ana?
Ana click tab google chrome,
Cuba bertanya pada laman social yang popular masa kini.
Facebook. Blog. Twitter. You Tube.
Semuanya ana ziarah.
Tidak..ana masih gagal menjejaki hati ana di situ.
Atau dimana-mana ruang laman social yang berada di hujung jari.

Menangis,
menangis lagi...

Kali ini ana buka lappy,
mencari folder2 music,
memasang lagu-lagu yang mampu mengembirakan hati,
mana tahu hati terpujuk untuk kembali.


Tapi masih...
Hati ana tidak jua kembali.
Malah ia semakin jauh pergi...

menangis,
menangis lagi...

Ok.
Kali ini ana buat-buat tak tahu.
Ana tekad cuba lupakan dia.
Buat labwork sampai separuh gila.
Buat kerja sampai nak pergi lunch pun pukul 2.

Argh...
Kritikal.
Ini memang sengaja nak bunuh diri!


Menangis,
menangis lagi.....

Ana buka beg sandang,
cuba cari hp..
mana tahu ada sahabat yang mampu mengembalikan hati ana.

Tiba-tiba,
tangan tersentuh buku tebal, saiz kecil,warna gelap..
tulisan jawi nya cantik...
Ini Quran!
Terus ana lupa dengan hp..



Quran ana buka..
Bismillah menjadi pemula...
Subhanallah!
Tak sangka,
Hati ana bersembunyi di situ..
Kesian,
Rindu dengan Al-quran agaknya.



Tapi,
Hati ana nampak begitu parah.
Tenat...
Dia tidak tenang seperti seperti dulu,
Meronta-ronta masih kelaparan..
Minta di isi lagi...


Ana call 991,
mana tahu mereka dapat membantu.
Tapi Dr. pakar Hati refused nak tolong,
Dia kata ini bukan kerja dia.
Hanya ana sendiri mampu merawatnya.
Itu katanya.
Ana binggung.
Bagaimana? How?




Ana menyesal,
Tak sepatutnya ana buat hati ana begini,
Hak-hak dia ana tidak tunaikan..
Dia kelaparan minta di isi,
Tapi ana sendiri buat-buat tak tahu.

Ana buka Quran lagi.
Tadi, ana jumpa Hati ana di situ,
mana tahu, tiba-tiba ana jumpa penawar hati ana di situ.
Tiba-tiba, ana jumpa ini!
Alhamdulillah!



p/s: Jangan biarkan jasad kita kosong dengan hati yang mati.







Monday 17 December 2012

Teringin sangat tiap2 hari dapat bangun Qiam...



Assalamualaikum wbt.

Di bawah ni ana kongsikan 13 tips bagaimana cara  mudah untuk bangun Qiamulail.Copy paste dari blog ni haa...: http://soutulmujahidah.blogspot.com/2011/08/13-cara-mudah-bangun-qiamullail.html

Entry ni khas untuk diri ana juga sebenarnya. Kekadang terlalu banyak labwork buat ana rasa letih sangat2. Bila dah letih sangat, tido pun dah tak sedarkan diri. Tapi ada seorang sahabat FB ana cakap...walau kita letih bagaimana pun, tapi niat kita ikhlas nak bangun qiam, InsyaALLAH Allah akan bantu...

Apapun, rasa sedih sangat. Sebab, ana rasa dari hari ke hari ibadah ni rasa tak pernah bertambah. Lagi kurang adalah...:(