Thursday 30 June 2011

Malaikat Menurut Perspektif Sains


Salah satu Rukun Iman adalah percaya kepada Malaikat. Namun begitu, pernahkah kita terfikir bagaimana caranya kita mendatangkan kepercayaan kepada Malaikat? Keimanan tidak datang secara bergolek. Keimanan kepada Allah boleh datang dengan meneliti, menghayati dan memikirkan tentang ciptaan-Nya di alam ini. Keimanan kepada Nabi boleh datang dengan mukjizat-mukjizat yang dikurniakan Allah kepada mereka. Tapi bagaimana pula keimanan kepada Malaikat? Apakah tanda-tanda kewujudan Malaikat?
Sebelum menjelaskan tentang kewujudan Malaikat, seseorang itu perlu tahu sifat-sifat Malaikat itu sendiri. Al-Qur'an dan Hadis banyak menjelaskan kepada kita tentang sifat-sifat Malaikat.
1. Malaikat dicipta daripada cahaya

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aisyah RA :
"Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)" [Riwayat Muslim]

Wednesday 29 June 2011

Muara C.I.N.T.A


Cinta lagi.
Lagi-lagi cinta.
Ramai yang mungkin bosan dengan topik cinta.
Namun bagi saya, cinta tidak akan mendatangkan kebosanan.
Kerana cinta adalah bahan bakar sebuah kenderaan kehidupan.
Namun cinta yang menyemarakkan semangat kehidupan itu bukan sebarang cinta.



Mencari Cinta

"Kenapa antum mahu nikah muda?"

"Ana nak nikah segera, supaya hati tenang. Bila tenang, mudah nak cari redha Allah."

Perbualan di atas mungkin menjadi penyebab bagi ramai da'i anak muda. Jiwanya dikatakan terganggu dengan keduniaan sehingga tidak mampu menenangkan hati mencari redha Ilahi. Dan perkara yang paling merunsingkannya adalah ketertarikan kepada lawan jantinanya.

Lalu keputusan diambil.
Aku perlu nikah segera.

Benarkan selesai permasalahannya? Benarkah redha Allah dapat digapai apabila di dalam hati sudah punya tempat buat orang yang halal untuk dicintai?

Tuesday 28 June 2011

titik-titik hitam

Jom! hitung titik-titik hitamnya! :P


dah hitung? berapa titik-titik hitam yang awak dapat? :P

jOm belaja math!

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful... 
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Jom blaja math..^^

Assalamualaikum anak-anak murid sume! Saya sebagai seorang yang bercita-cita (dulu) untuk menjadi seorang cikgu Matematik, tapi sayangnya tak kesampaian... sob3.

Tapi hari ini saya nak jugak mengajar subjek Matematik! Saya rasa bab ni penting sangat untuk anak-anak murid sume aplikasikan di masa hadapan. Tapi jangan risau, bab ni senang jer, dan menarik. Cikgu yang tak bertauliah cam saya pun boleh ajar.. hehehe. Jadi sume pelajar sila baca surah al-Fatihah dan doa belajar dulu, sebelum kita bermula okeh?

Okeh, tajuk bab yang akan cikgu ajar hari ni adalah; Aplikasi Darab dalam Kehidupan!

Kapel oh kapel!

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful... 
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Usah BIMBANG, Usah GUNDAH jika tatkala melihat rakan sekeliling MEMPUNYAI ''COUPLE'' .. Katakan ALHAMDULLILAH :) Mengapa? Jika kita mempunyai COUPLE, MUNGKIN banyak DOSA akan kita LAKUKAN..Menjadi KEBIASAAN, COUPLE itu berpegangan tangan, bercakap benda maksiat.. MasyaALLAH.. JODOH itu KETENTUAN ALLAH sejak di LUH MAHFUZ-NYA.. yang TERTULIS sejak azali lagi.

Monday 27 June 2011

Demi masa



In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)

Di keheningan malam, aku duduk bertafakur bersendirian...
Berteleku dan cuba bermuhasabah kembali setiap detik-detik masa yang telah aku lalui...

Dulunya…
Diri ini pernah melangkah laju bersama teman-teman seperjuangan dalam jalan tarbiyah...
dan diri ini juga pernah jatuh rebah dalam memperjuangkan panji laillah haillah muhammadur rasulullah....
tidak selalu kami memang, kerana acap kali kami kalah...
kalah di mata manusia, tapi tidak di mata DIA..insyaAllah!

*****
Kini segalanya berubah..
Masa terus berputar dan kini aku merasakan diriku terlalu lama sudah berehat dalam medan dakwah. 
Rehatnya aku dalam bidang besar ini tanpa aku sedar sedikit sebanyak telah membuatkan aku hilang arah...
Dan sekaligus menyebabkan diri ini kembali diselubungi jahiliyah....

Pelbagai sms, e-mail, calls dari murobiyah, sahabat seperjuangan singgah menyapa HP comel itu...
adakalanya aku balas dengan mood yang terpaksa, 
dan ada jua aku biar tanpa bicara...
yang penting hati pada ketika itu memprotes...aku mahu lari!

Pelbagai alasan yang tercipta tanpa usaha, diberi sebagai jawapan muktamad tanpa berfikir yang sebenarnya diri ini sedang merancang untuk membunuh terus hati yang hampir mati....
dan masa terus berlalu tanpa henti...
membiarkan aku sendiri..
umpama jasad tanpa hati...

Tika itu, diriku diibaratkan seperti berdiri di tepi curam....
hanya perlu satu tolakkan lembut untuk jatuh ke jurang...
jurang gelap JAHILIYYAH!

*****
Tangan itu lembut menyapa aku dari belakang...
mengukir senyuman manis sambil memberi nafas baru untuk membawa ku kembali berjuang...
"Ayuh! kita berjuang bersama...kita perlukan jalan ini untuk kembali kepada DIA...katanya...
Hati itu pada masa itu berbelah bahagi…
Ingin kembali atau terus saja static tanpa hala tuju diri…

Aku fikir lagi…
Kenapa begitu susah diri ini untuk kembali seperti dulu?
Adakah kerana hati ini sudah lama berehat dari dunia dakwah dan tarbiyah?
atau…hati ini sudah kosong dan mati?


Tanpa putus asa, dia pujukku lagi,
Terus nasihat tanpa henti….
Sentiasa berusaha mengapai tanganku walaupun banyak kali ia terlepas dari pegangannya...

*****
Alhamdulillah, alhamdulillah..alhamdulillah...
kerana Allah itu Maha Penyayang....
hati ku terbuka jua untuk kembali…
pengisian pertama yang amat menyentuh hati…
sudah cukup untuk mengalirkan air mata yang dulunya beku tanpa erti….

Kini aku sedar…
Kadangkala hati harus dipaksa dan tenaga harus jua dikerah...
kerana diri ini harus segera kembali kepada fitrah...
iaitu dekat dengan Allah....

Dan tanpa aku sedar,
pelbagai alasan yang ku sengaja cipta atau segala bongkah penghalang yang aku sandarkan dahulu, 
hanyalah satu usaha untuk membunuh diriku sendiri…
ya..itu lah kesilapan yang paling besar yang aku pernah lakukan...

Kini,
kaki ini masih lagi melangkah di atas landasan tarbiyah...
walaupun keadaannya begitu jauh berbeza seperti dulu…
dan walaupun diri ini hanya sendiri, tanpa teman yang menemani...
kerana aku percaya..hidup ini mesti ada tujuan diri! 

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." (Surah al-Ash)

Monday 20 June 2011

Pusingan baru di medan baru



In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Hari ini aku akan memulakan dunia baruku...
walaupun pada hakikatnya aku sedang memulakan lagi dunia yang dulu..
dunia sebagai seorang pelajar, walaupun waktu itu sudah satu tahun berlalu...

Dengan berbekalkan senaskah proposal hasil titik peluh yang ku tulis 2 bulan yang lalu,
Dan buku kecil yang ku namakan maskumasku, 
Aku melangkah laju ke "Genetic Engineering Laboratory" dengan semangat jitu, 
Berperang dan berjuang membawa azam baru.....

Aku amat mengharapkan sokongan dari teman-temanku... 
Doakan supaya aku berjaya dalam medan sarjanaku...
Maafkan diriku andai aku tidak lagi selalu hadir di ruangan sosial itu,
atau juga meng'update input di ruangan blog mujahadahcintaku...

Kepada Ayah dan Ibu,
Tidak lupa jua kepada teman-teman yang sentiasa memberi sokongan yang padu....
Tulip Hijau, Tulip Merah, Tulip Putih dan Tulip Ungu...
Terima kasih, syukran, arigatou...
Doakan aku...
Doakan aku semoga terus tegar dan sabar menghadapi hari mendatang yang penuh liku...




Saturday 11 June 2011

Semalam ku telefon Tuhanku...


Semalam, ku telefon Tuhan dalam tahajjudku.
“Tuut, tuut… tuut, tuuut!” Terus diangkat. Dan sebaik sahaja kudengar talian di sebelah sana diangkat, saat itu terus ku luahkan isi hatiku bagai mencurah-curah ke ladang gandum!
“Wahai Yang Maha Agung, aku ini hambaMu. Aku menghubungimu semata-mata ingin mengadu padaMu ya Allah. Wahai Yang Maha Mendengar, aku ingin mengadu kepadaMu bahawa hatiku telah berlubang!”

Sunday 5 June 2011

Ia yang bernama UJIAN


 In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



 Bertali arus dugaan tiba,
Menakung sebak air mata,
Namun tak pernah pun setitis..
Gugur berderai di pipi…

Tidak ditempah hidup sengsara,
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian…


Agar keikhlasan kita sebagai hamba itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara...ianya seringkali dalam bentuk yang diluar bayangan dan jangkaan kita…ketika ujian itu datang menguji diri, jiwa meronta tidak mahu percaya, hati menangis meraung sekuat hati, dan akal mula meragui segala ketetapan Ilahi.  Saat itu, iman mula rapuh dan mula berputus asa untuk menghadapi segalanya…


Saturday 4 June 2011

Hatiku pergi lagi...



Izinkan aku menulis lagi...

Izinkan aku meluahkan nya disini,
Biar ruang ini mendengar lagi,
Monolong ku yang tak henti-henti....

Hati ini sering  berbicara,
Jiwa ini sedang meronta,
Ada kosong di dalam nya,
kosongnya dulu terisi,
kini telah kosong kembali.....

Hatiku dulu telah hilang lagi,
Dibawa  pergi angin cinta duniawi,
Jadi, ku kini hanya sendiri, 
Bersama jasad kosong tanpa hati...


Hatiku kini sedingin salji,
Menunggu retak, menunggu hancur....
Mungkin akan ku terduduk kalah,
Lalu jatuh tersungkur....

Kini aku menangis lagi,
Kerana aku seorang disini............
Capai tanganku sebelum ku pergi,
Membawa diri lari sekuat hati.


11.30 pm,
3 Jun 2011

Friday 3 June 2011

Bunga yang telah layu



Tangisan di hujung gagang telefon itu sangat menyayukan. Seorang isteri yang rasa disia-siakan, dipinggirkan malah ingin ditinggalkan oleh suaminya.

“Apa salah saya? Segala-galanya sudah saya lakukan. Saya telah banyak berkorban untuk rumah tangga ini. Tetapi suami seolah-olah tidak nampak. Kini saya bertahan cuma kerana anak-anak.”

Begitu sayu saya mendengarnya. Hidup adalah kesinambungan ujian yang berterusan. Setiap kita diuji. Jangan menyangka hanya kita yang diuji, tetapi semua manusia ada habuannya masing-masing. Tetapi biasalah, kita hanya nampak pelangi yang ada di atas kepala orang lain. Maksudnya, kita sering merasakan, hidup orang lain lebih indah, lebih bahagia… hanya kita yang menderita. Pada hal, setiap kita diuji, pada titik kelemahan masing-masing. Dan inilah cerita… isteri yang diuji.

Di mana aku di mata suami ku? Apakah aku ini masih dicintainya? Atau aku masih diterima sebagai isteri hanya kerana sudah tidak ada pilihan dan jalan yang lain lagi… Lalu perkahwinan yang tidak bahagia ini, walau sengsara sekalipun mesti diteruskan. Nanti apa kata sanak saudara? Apa pula anggapan teman-teman? Dan yang paling penting, apa pula nasib anak-anak kalau aku bercerai nanti.

Thursday 2 June 2011

Betapa aku telah lari jauh dari-MU ya Allah!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Tuhanku, aku akui kekuasaan-Mu, nikmat lagi rahmat buat diriku tak terbalas olehku. Segala pujian bagi-Mu Ya ALLah,Tuhan Yang Maha Pengasih. Selawat dan salam buat kekasih-Mu,Nabi Muhammad S.A.W,keluarga serta sahabat baginda S.A.W.

Ya ALLAH,
Sunyi malam ciptaan-Mu telah menggamit hatiku untuk meluahkan pendaman yang telah lama kusimpan.Tenang angin hembusan malaikat-Mu menaikkan rasa sayu dan menambahkan keinginanku terhadap maghfirah-Mu.Namun aku sedar siapalah diri ini. Terlalu kecil untuk dipandang,terlalu hina untuk dikasihi,terlalu kotor untuk didampingi Tuhan Yang Maha Agung.

Ya Tuhanku,
Jika dahulu,titisan air mata kekesalan sering dititiskan untuk-Mu, namun kini aku tercari-cari kemana hilangnya. Pastinya segala dendaman dosa telah menjadi kubu dan menghalang diri ini memperoleh ketenangan hakiki. Jika dahulu,kerap kali lidah ini memohon keampunan-Mu, tetapi kini anggota ini banyak sekali menyumbang dosa, kata-kata dusta dan sia-sia menjadi hiasan lisan yang meragut kesucian iman dan aku semakin tenggelam dalam lautan mungkar dan noda.


Wednesday 1 June 2011

Allah, ampuni daku...




Hawa,

Kami sulit menahan pandangan mata ketika melihat kalian, apalagi jika kalian diamanahkan Allah dengan kecantikkan dan posture yang ideal.
Kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian, kerana itu lebarkanlah pakaian kalian, dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami juga sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian, apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah dengan suara yang merdu dengan irama yang mendayu… Kerana itu, tegaskanlah suara kalian dan berbicaralah seperlunya.
Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian, ketika kalian dapat menjadi tempat mencurahkan isi hati kami, waktu luang kami akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian. Kerana itu, janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalian.