Monday, 9 May 2011

Sultan Muhammad Al-Fateh


Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....
Buku ini sebenarnya buku pertama yang saya buat summary selepas buku "Hari-Hari Dalam Hidupku" -Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili.  Jadi, dah lama saya baca buku ni sebenarnya. Cuma baru nak post.hihi..:) 

Alhamdulillah, Allah memberikan saya kesempatan masa...:) Buku ni ada beratus-ratus muka surat, saya ringkaskan kepada 5 muka surat word..hehe...(saja...untuk menambahkan ingatan..huhu)
jOm, sama-sama kita baca...:D

Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan mangkat pada 3 Mei 1481. Ketika beumur 19 tahun, beliau menaiki takhta mengantikan ayahandanya yang telah mangkat iaitu Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahannya dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhammad Al-FAteh berjaya menakhluk Konstantinopel pada 29 Mei bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia.Ia dihubungkan oleh Selat Bophorus. Sebelum itu, Kota Konstantinopel pernah pernah dicuba ditakhluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia namun tidak berjaya. 


*******************

Umat Islam berusaha menawan Kota KOnstantinopel kerana percaya dengan hadith Rasullulah SAW yang mengatakan Kota Konstantinopel ditawan oleh orang Islam. Sebelum ini, khalifah Ar-Rasyidin yang ke-4 iaitu Saidina Ali bin Abi Talib sudah mencuba untuk menakhluk Kota KOnstantinopel  pada tahun 34 hijrah tetapi gagal. Ramai tentera Islam yang syahid sehingga Saidina Ali terpaksa melupakannya usaha menakhluk Kota Konstantinopel. Tambahan pula berlaku perpecahan di kalangan umat Islam ketika itu.

Usaha itu kemudian diteruskan oleh Muawiyah pada tahun 84 Hijrah sehingga seorang sahabat RAsullulah bernama Abu Ayub al-Anshari gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Kota Konstantinopel. Seterusnya, percubaan penakhlukan Kota Konstantinopel diteruskan oleh Sultan Sulaiman Abdul Malik pada tahun ke-91 Hijrah, Khalifah Harun Ar-Rasyid pada tahun ke 165 Hijrah dan akhir sekali Sultan Murad pada tahun ke 825 Hijrah. Namun semuanya berakhir dengan kegagalan. 

(Potret ini memang masyhur. Siapakah pelukisnya?


Pelukisnya ialah seorang Itali bernama Genti le Bellini. Dia dihantar oleh Senat Venice ke Istanbul pada tahun 1479 untuk bertemu dengan Sultan Muhammad al-Fateh atas urusan hubungan diplomatik. Dialah yang melukis potret Sultan Muhammad Al-Fateh)

Selepas lebih 800 tahun hadith itu di ucapkan oleh Rasullulah SAW barulah kejayaan penakhlukan Kota Konstantinopel menjadi kenyataan. Sultan Muhammad Al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang yang alim Syeikh Syamsuddin Al-Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (Ayahanda Sultan Muhammad Al-Fateh)

“ Wahai Sultan Murad, bukan Tuanku yang akan membebaskan Kota Konstantinopel, tetapi anak yang berada dalm buaian itu,” sambil menunjuk kepada anak yang masih dalam buaian.

Sejak itu, Sultan Muhammad Al-Fateh dilatih hidup sederhana, dilatih dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Baginda membesar sebagai seorang yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Baginda mula menaiki takhta ketika umur 19 tahun. Dikala itu, Baginda sudah cukup arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik bagi mendidik baginda mengenai adat istiadat kehidupan raja-raja tetapi baginda menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang. Selain Maharaja Kostantine bertindak menghantar penari-penari dan hadiah yang mahal tetapi juga ditolak oleh beliau. Tidak cukup dengan itu, Maharaja Konstantine menghantar Zaqhanus iaitu ketua paderi  yang terkenal dengan kebijaksanaannya untuk megubah akidah para ulama-ulama di istana Sultan Muhammad Al-FAteh. Setibanya di istana, Zaqhanus telah mengemukakan satu hadith kepada ulama-ulama tersebut.

Soalan Zaqhanus adalah seperti berikut,

“ Saya pernah terbaca satu hadith mengtakan ulama-ulama di kalangan kamu seperti nabi-nabi Bani Israel. Adakah hadith itu hadith sahih atau hadith palsu?

“ Hadith itu adalah hadith sahih. Memang pernah di ucapkan oleh Nabi Muhammad saw,” jawab seorang ulama yang hadir.

Ketua paderi itu tersenyum lalu berkata, 

"Dikalangan BAni Israel ada NAbi Isa yang boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Sekiranya benar ulama-ulama kamu seperti nabi-nabi Bani Israel maka cuba hidupkan orang yang telah mati! Sekiranya benar kata nabi kamu, dimana ulama-ulama kamu yang yang boleh menghidupkan orang yang telah mati?"

Semua ulama yang hadir terdiam kerana mustahil mereka boleh menghidupkan orang yang telah mati. Pada masa itu, terdapat seorang ulama yang tidak dapat hadir kerana uzur iaitu Syeikh Bayram. Sultan Muhammad Al-Fateh segera mengarahkan Syeikh Bayram datang segera ke istana. Setibanya di istana, Syeikh Bayram agak lama berfikir. Dia sedar bahawa semua orang bergantung kepadanya. Sekiranya dia gagal melakukannya, mereka semua pasti mendapat malu terutamanya Sultan. Dan yang paling ditakuti ada yang akan memperlekehkan hadith Nabi Muhammad serta seterusnya memberi kemenangan moral kepada musuh. 

Syeikh Bayram mengajak paderi tersebut ke kawasan perkuburan. Dengan izin Allah swt, mayat di dalam kubur tersebut bangkit. Tetapi Zaqhanus tidak mempercayainya kerana dia yakin mayat tersebut baru meninggal dunia kerana tidak reput. Dia meminta agar ulama tersebut menghidupkan mayat yang telah lama meninggal dan reput. Dengan izin Allah, mayat yang hanya tinggal tulang temulang itu bertukar menjadi mayat lalu bergerak-gerak dan bangkit daripada kuburnya. Syeikh Bayram bertanya umur dan nama orang tersebut bagi membuktikan kebenaran hadith Rasullulah.

Melihat kejadian itu, Zaqhanus terus mengucap dua kalimah syahadah dan beliau terus mengistharkan dirinya  memeluk agama Islam di depan orang ramai. Semasa usaha menawan Kota Konstantinopel, zaqhanus memegang jawatan sebagai ketua angkatan tentera. 


Selepas itu, Maharaja Konstantine mengarahkan Panglima Adragon pula untuk menghasut orang-orang Yunani di Orland. Beliau memujuk ketua orang Yunani supaya melakukan pemberontakan dalam kerajaan Uthmaniah kerana Panglima Adragon tahu bahawa orang-orang Yunani tidak suka dijajah sesiapa walaupun orang-orang Yunani berasa selamat dibawah pemerintahan orang Islam. Pada ketika itu, sultan  Muhammad Al-FAteh berusaha mendidik tenteranya. Beliau mengarahkan agar tenteranya beramal ibadat pada waktu malam dan mempertingkatkan kemahiran mereka berperang apda waktu siang. Baginda juga mengalakkan kapal dagang dari luar untuk berlabuh di Turki dan tidak mengenakan cukai. Tindakan itu menarik minat ramai pedagang dan akhirnya menyebabkan Maharaja Konstantine marah kerana banyak kapal dagang tidak singgah ke Kota KOnstantine sekaligus menyebabkan barang dagang tidak masuk ke kota Konstantinopel. Hal ini disebabkan maharaja Konstantine sebelum ini mengenakan cukai yang sangat tinggi dan merampas hasil tanaman para petani. Mereka yang membantah akan dihukum bunuh. Hal ini turut menyebabkan ramai penduduk Konstantine berpindah ke Turki dan akhirnya ramai rahyat yang berpindah ke Turki  memeluk Islam. Kejadian ini mengundang kemarahan Maharaja Konstantine lalu bertindak mengeluarkan perintah untuk menghukum mati terhadap sesiapa yang berpindah ke Turki.

Orang-orang Yunani yang membuat pemberontakan disedari oleh sultan Muhammad Al-Fateh dan beliau meminta agar ayahandanya balik dari bercuti. Sultan Murad kemudian mengunakan helah dengan mengarahkan seorang tentera untuk membakar 10 unggun api bagi menakutkan para musuh. Helah tersebut telah menyebabkan orang Yunani memberontak lari kerana menyangka tentera Turki terdiri daripada tentera yang sangat ramai dan akhirnya berpakat untuk balik semula ke Konstantine. 

Kemudian Maharaja Konstantine mengarahkan pula tenteranya untuk segera ke Orland dan bersedia untuk berperang dengan tentera Turki. Pada masa tersebut, Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya dalam perjalanan pulang ke Turki telah tersempak dengan tentera Rom. 

Sebelum berlaku perperangan di Orland, Sultan Muhammad Al-Fateh meminta untuk bertemu dengan Maharaja Konstantine. Beliau telah membuat helah yang bahawa ketika mereka akan berperang di Orland nanti (jauh dari Konstantine) beliau akan menghantar tenteranya bagi menawan Kota KOntantine. Hal ini menyebabkan Maharaja Konstantine menjadi takut dan risau. Kedua-dua pihak akhirnya berjanji untuk mengatakan kepada tentera masing-masing bahawa mereka mendapat wang tebusan bagi mengelak tentera mereka tidak berpuas hati dengan perjanjian tersebut.

Tetapi Maharaja Konstantine pula bertindak enggan menghentikan bekalan senjata kepada orang Yunani di Orland. Hal ini menyebabkan Sultan Muhammad Al-FAteh enggan membayar wang tebusan kepada Maharaja Konstantine dan bertindak mengadakan hubungan persahabatan dengan negara Gelata iaitu negara yang paling hampir dengan Kota Konstantine. Tindakkan ini dibuat untuk memudahkan usaha beliau untuk menakhluk Konstantine kerana beliau tahu bahawa Maharaja Konstantine sering menindas negara Galata sebelum ini.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hissari yang bermaksud benteng orang Rom. Benteng tersebut berukuran mengikut saiz parit yang dikorek semasa perang Khandak @ al-Ahzab iaitu 20 hasta tinggi, 9 hasta lebar dan 5000  hasta panjang. Benteng ini berdiri megah membentengi Selat Bosphorus.  

Melihat terbinanya benteng ini, Maharaja Konstantine segera menghantar tenteranya untuk merobohkan Rumeli Hissari sehingga benteng tersebut musnah lantaran benteng tersebut tidak dikawal pada waktu malam. Apabila peristiwa itu berlaku, Sultan Muhammad Al-Fateh memerintahkan agar tenteranya berkawal di Rumeli Hissari pada waktu malam serta membina semula benteng tersebut. Baginda sendiri membuka baju dann serbannya, mengangkat batu dan pasir sehingga ulama-ulama turut ikut serta. Cubaan kedua tentera Rom untuk memusnahkan benteng juga telah dilakukan namun tidak berjaya. Akhirnya Maharaja Rom bertindak dengan membina kubu tinggi  yang mengelilingi Kota kontanstine kerana takut sultan Muhammad Al-Fateh menyerang Rom.

Pada hari khamis, 6 April 1453;
Keempat-empat pasukan tentera Islam tiba di hadapan kubu kota Konstantinopel kecuali kapal tentera yang dipimpin oleh Zaqhanus kerana mereka tidak dapat memasuki Tanduk Emas yang dihalangi oleh rantai besi raksasa. 

Keresahan dan kebimbangan Maharaja Konstantine hilang kerana dia percaya tentera Turki telah diserang hendap dari belakang oleh tentera mereka yang mengawal jambatan, sungai dan jalan yang berada di dalam kubu di sepanjang jalan menuju ke Kota KOnstantinopel. Maharaja Rom merayainya dengan mengadakan majlis.  Pada masa itu, Sultan Muhamad Al-Fateh telah mengutuskan tenteranya untuk menhantar surat kepada Maharaja Konstantine. Sultan Muhammad Al-Fateh memberi pilihan kepada Maharaja Konstantine samada memeluk Islam atau menyerahkan kunci Kota Konstantinopel. Maharaja Konstantine sangat marah dan mengoyak surat tersebut. 

Pada malam itu juga, Maharaja KOnstantine bertindak menghantar 100 orang konamdo Romawi untuk memusnahkankan meriam ciptaan Urban  dengan memasukan cecair ke dalam lubang meriam tetapi gagal kerana disedari oleh tentera Islam yang berkawal. 70 Komando mereka ditawan dan akhirnya memeluk Islam kerana tertarik dengan akhlak dan peribadi sultan Muhammad Al-FAteh dan kemurnian islam yang tidak melakukan kezaliman.

Di hadapan perlabuhan Tanduk Emas pula:

Semasa usaha menakhluk Konstantinopel, tentera laut Islam yang dipimpin Zaqhanus tidak dapat memasuki tanduk emas kerana tanduk emas tersebut dipagari oleh rantai besi raksasa yang berukuran sepemeluk badan manusia. Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan  100 orang tentera untuk memutuskan rantai tersebut dengan mengunakan gergaji yang di cipta oleh Urban. Tetapi usaha tersebut gagal kerana setiap kali tentera Islam memotong rantai tersebut, lonceng yang terdapat pada rantai tersebut akan berbunyi. Tambahan pula rantai tersebut di tenggelamkan di bawah air pada waktu malam. Selain itu, di kawasan perlabuhan tanduk emas, terdapat batu karang yang menyebabkan ramai tentera terkorban semasa memotong rantai tersebut. Kapal-kapal perang tidak dapat melanggar rantai tersebut untuk memutuskannya kerana rantai tersebut juga di kelilingi oleh duri2. Hadapan Kapal-kapal perang  juga di ubah suai bagi memutuskan rantai tersebut namun gagal.

Kegagalan memutuskan rantai besi tersebut menyebabkan ramai tentera islam kecewa. Terdapat di kalangan tentera mereka yang tidak menyakini tampuk pemerintahan turki yang dipegang oleh sultan yang terlalu muda. Tambahan pula terdapat khabar angin yang mengatakan terdapat 100 buah kapal perang dari Genoa yang sarat dengan tentera dan peralalatan tentera bagi membantu tentera Rom di Kota Konstantinopel.  Panglima Amir Pasya  bimbang sekiranya khabar tersebut hanya cerita angin dan menyebabkan kekuatan untuk menyerang Kota Konstantinopel berkurangan seperti yang berlaku semasa pemerintahan Sultan Murad. 

Tetapi, khabar angin yang disampaikan oleh pedagang Arab itu ternyata benar. 100 buah kapal perang dipimpin oleh Gustiniani tiba di perlabuhan. Walaubagaimanapun, hanya 40 buah kapal perang pimpinan Gustaniani berjaya memasuki tanduk emas dan selebihnya tenggelam dan pulang ke negara mereka. Kapal pimpinan Gustaniani yang berjaya memasuki Tanduk emas telah berjaya mengusai lembah Lycos yang berada di sebelah barat Kota Konstantine.

Di bahagian lain pula,
Serangan ke atas kubu Kota konstantine masih diteruskan. Namun,Setiap kali kubu kota Konstantine diserang dengan meriam,  tentera Rom akan menampal kubu tersebut sehingga tentera Islam sukar untuk  menembusi kubu tersebut. Tentera Rom lebih mencintai Kota Konstantine daripada nyawa mereka. Tambahan pula, kubu tersebut dibina sebanyak 3 lapisan (Urban merupakan seorang lelaki bangsa Yunani yang ditawan oleh Maharaja konstantine kerana Urban enggan memberi kerjasama kepada beliau untuk membina meriam. Sultan Muhammad Al-Fateh membebaskan Urban dengan mengorek terowong rahsia ke penjara bawah tanah dimana Urban di kurung. Lokasi tempat dimana Urban dikurung diselidik oleh tentera islam dengan menyamar sebagai para pedagang yang datang ke Kota Konstantinopel untuk tujuan berdagang).

Kemudian, Sultan Muhammad Al-Fateh dan tentera Islam bertindak untuk cuba menyerang Kota Konstantinopel dari lembah Lycos yang terletak di sebelah barat. Sekiranya mereka dapat menawan lembah Lycos, maka usaha untuk memasuki Kota Konstantinopel akan menjadi lebih mudah. Cadangan tersebut di cadangkan oleh Panglima Sulaiman Olgo.

Akhirnya tentera Islam bertindak untuk melakukan serangan bukan sahaja dari sebelah barat malah juga dari timur Kota Konstantine. Tetapi usaha tersebut gagal kerana di sebelah barat tentera Islam ditentang sengit oleh tentera Rom dari Genoa di bawah pimpinan Gustiniani. Mereka (Tentera Rom) telah membina kubu dan mengali parit serta melakukan serang hendap terhadap tentera Islam. Atas nasihat Syeikh Syamsudin Al-Wali, Sultan Muhammad Al-FAteh mengundurkan tenteranya kerana terlalu banyak tentera yang mati syahid. Peperangan di sebelah timur juga menemui kegagalan. 

Pada malam itu, Sultan Muhammad Al-FAteh menangis hiba kerana usaha untuk menawan KOnstantinopel tidak menampakan hasil. Beliau berdoa…

“Wahai Tuhan, kami tidak mampu mengalahkan mussuh tanpa bantuanMu. Kami hampir putus asa kerana tidak berjaya menawan Kota KOnstantinopel walau pelbagai usaha yang dilakukan. Sebab itu aku memohon kepadaMU tuhan . BAntulah kami, berikan lah petunjuk kepada kami untuk mengalahkan musuh..”

Selepas berdoa beliau terus tertidur dan bermimpi. Di dalam mimpi tersebut beliau bermimpi kapal-kapal perangnya berlayar di Semenanjung Fera lalu berlabuh di Tanduk Emas. Kemudian baginda terjaga daripada tidurnya. Kerana menyangka mimpi itu cuma mainan tidur, maka baginda menyambung tidurnya. Tetapi mimpi itu berulang kembali sebanyak 3 kali. Baginda yakin itu adalah petunjuk daripada Allah. Selepas sembahyang subuh, Sultan Muhammad Al-FAteh menemui gurunya lalu menceritakan mimpinya.

Selepas berjumpa dengan gurunya, akhirnya Sultan Muhammad Al-FAteh mengambil keputusan untuk memindahkan semua kapal perang melalui jalan darat walaupun panglima-panglima perangnya tertawa kerana memikirkan ianya adalah satu gurauan kerana adalah mustahil untuk kapal berlayar di atas darat.

“ Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-FAteh menukar daratan menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-FAteh dengan usahanya ini mengatasi Alexander The Great!

_Pakar sejarah Byzantine_

Di istana Maharaja KOnstantine pula, maharaja bergembira kerana mendapat berita yang mereka mendapat bantuan tentera daripada Raja-raja Eropah yang akan menghantar 200 000 orang tentera dalam masa seminggu lagi. Tetapi hal itu mebimbangkan Alexi iaitu perdana Menteri KOnstanine kerana dalam masa 7 hari tentera Islam mampu berbuat apa sahaja bagi menawan Kota KOnstantinopel seperti melakukan serangan secara besar-besaran. 

Oleh yang sedemikian, panglima Ardogan mencadangkan bahawa mereka mengadakan gencatan senjata selama 7 hari dengan tentera Islam di turki. Akhirnya maharaja Konstantine menghantar Alexi untuk berjumpa dengan Sultan Muhammad Al-FAteh bagi mengadakan perjanjian gencatan senjata. 

Semasa berjumpa dengan sultan Muhammad Al-FAteh, Alexi sangat terkejut dengan penampilan Sultan Muhammad Al-Fateh yang seperti tentera biasa dan hanya merupakan anak muda yang kelihatan terlalu awal untuk memerintah kerajaan Uthmaniah. Alexi juga mengatakan perasaaan sedihnya kepada Sultan Muhammad Al-Fateh kerana sebelum dia berjumpa dengan sultan Muhammad Al-FAteh, seorang paderi tua membisikkan sesuatu kepadanya iaitu Kota KOnstantinopel akan ditakhluk oleh seorang Raja yang Baik dan Raja tersebut mempunyai tentera yang baik. Dia berasa bimbang sekiranya yang dimaksudkan oleh paderi tua tersebut adalah sultan Muhammad AL-fateh.  Kemudia Alexi mangatakan tujuan untuk berunding berkenaan gencatan senjata seperti yang di arahkan oleh Maharaja KOnstantine.

Setelah berbincang dengan pembantu dan gurunya, sultan Muhammad Al-Fateh menerima rundingan tersebut kerana sepanjang gencatan senjata itu, mereka dapat mengerahkan seluruh tenaga tentera Islam memandangkan peperangan tidak akan berlaku pada masa itu. TAmbahan pula, pemindahan kapal akan dapat dilakukan dengan mudah kerana menurut firasat Syeikh Syamsudin Al-Wali,  angin akan bertiup kencang dari laut menuju daratan pada malam Jumaat.

Peluang genctan sejata digunakan sepenuhnya oleh tentera Islam. Baginda mengerahkan semua tenteranya untuk membina jalan dari kawasan pantai melalui kawasan berbukit Tanjung Fera hingga ke Tanduk Emas. Mereka bekerja siang malam dan semua tentera terlibat dalam kerja tersebut. Selepas jalan siap, Sultan Muhammad AL-FAteh memerintahkan tenteranya menebang pokok kayu yang besar kemudian kayu itu dipotong unutk dijadikan landasan bagi dilalui oleh kapal-kapal perang mereka. Kayu-kayu itu dilumur dengan lemak dan darah haiwan supaya menjadi lebih licin.

Sebelum menjelangnya malam jumaat, tentera Turki asyik beribadat memohon bantuan daripada Tuhan dan memohon supaya usaha memindahkan kapal-kapal perang itu berhasil. Selepas sembahyang Isyak pada malam Jumaat tersebut, angin bertiup kencang disertai hujan lebat. Tentera laut Turki membongkar sauh serta memasang kain layar lalu m eluncurlah kapal-kapal perang mereka ke atas daratan semenanjung Fera. Kemudian kapal-kapal itu ditarik sejauh tiga batu hingga berlabuh di Tanduk Emas. Sebuah demi sebuah kapal perang berjaya dipindahkan. Menjelang pagi, kesemua 70 buah kapal perang Berjaya dipindahkan ke Tanduk Emas. Tentera Turki meraikan kejayaan luar biasa itu dengan bertakbir. 

Maharaja KOnstantine terjaga daripada tidur apabila mendengar suara orang bertakbir. Baginda sangat terkejut melihat 70 buah kapal perang tentera Turki yang berlabuh di Tanduk Emas dan berada betul-betul di hadapan Kota KOnstantinopel. Maharaja KOnstantinopel berasa hairan apabila dimaklumkan rantai besi tidak putus tetapi kapal-kapal perang tentera Turki sudahpun berada di depan Kota KOnstantine.

Maharaja Konstantine mengarahkan semua pintu kota Konstantinopel ditutup rapat dan semua orang diarahkan berjaga siang dan malam untuk memastikan tidak ada seorang pun tentera Turki memasuki kota tersebut. Namun tentera Turki tetap dapat memasuki Kota tersebut dengan mengali terowong rahsia. Maharaja KOnstantine mengarahkan tenteranya untuk mengali terowong sehingga bertemu dengan terowong tentera Turki dan seterusnya menyerang tentera Turki dengan api. Peristiwa itu menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fateh memberhentikan  usaha tersebut kerana ramai tentera Islam telah mati syahid. 

Jesteru itu, tentera Islam mencipta menara beroda dan menghentam kubu 3 lapisan yang dibina oleh tentera KOnstantinopel  dengan mengunakan meriam ciptaan Urban.  Usaha untuk menaiki kubu yang dibina oleh tentera Rom gagal kerana setiap kali tentera Islam mendaki, tentera Rom akan mencurahkan timah cair dan menyebabkan ramai tentera Islam mati syahid.

Akhirnya Sultan Muhammad AL-FAteh mengarahkan agar menghentikan serangan dan melakukan serangan secara besar-besaran pada pagi Isnin. Sebelum hari tersebut tiba, semua tentera Islam diberi cuti. Tenteranya menghabiskan waktu itu dengan beramal ibadat siang dan malam.  Pada masa yang sama, semua rahyat Rom juga berada di gereja untuk berdoa diberi kemenangan bagi mengalahkan tentera Islam.

Pada pagi Isnin, semua rahyat Kontantinopel berarak sambil mengusung patung Maryam. Zaqhanus mencadangkan kepada Sultan Muhammad Al-Fateh agar menyerang Tentera Rom semasa rahyat Rom beribadat tetapi ditegah oleh sultan Muhammmad Al-Fateh kerana beliau mahu  mengikut sunnah RAsulullah supaya tidak menyerang orang yang sedang beramal ibadat. Sebaliknya Sultan Muhammad AL-FAteh menyuruh tenteranya terus berzikir bertakbir dan bertahmid. Ternyata suara tentera Turki menenggelamkan suara dari Kota KOnstantinopel. Malah ramai yang gementar ketika laungan Allahu Akkbar diucapkan oleh tentera Turki beramai-ramai.

Maharaja Konstantine mengarahkan rahyatnya mengeraskan suara. Tiba-tiba sesuatu yang tidak diduga berlaku dimana patung Maryam yang diusung tiba-tiba jatuh berderai . Semua paderi menangis melihat keadaan tersebut kerana mereka tahu bahawa perkara buruk akan berlaku sebentar lagi. Hari yang panas tiba-tiba bertukar menjadi redup. Hujan turun dengan sangat lebat. Maharaja Konstantine menaikkan semangat tenteranya dengan mengatakan hujan rahmat akan turun dan banjir akan menghanyutkan tentera Turki sebentar lagi. 

Semua orang ramai berkumpul di gereja Aya Sophia apabila hujan turun. Mereka bersembahyang dan berdoa. Tetapi perkara yang tidak terduga berlaku lagi kerana kilat memancar lalu menyambar Gereja Aya Sophia dan di ikuti ledakakn petir yang sangat kuat. Orang ramai ketakutan sehingga terdapat rahyat Rom jatuh pengsan. Ketua paderi mengatakan bahawa menurut Kitab lama iaitu apabila 3 petanda berlaku iaitu kapal berlayar di daratan, patung maryam pecah berderai gereja Aya Sophia disambar petir bermakna malapetaka besar akan berlaku.

Alexi ketua menteri Maharaja KOnstantine menasihatkan agar mereka berdamai dengan Turki tetapi tidak dipersetujui oleh Maharaja KOnstantine malah beliau berasa sangat marah terhadap Alexi malah berjanji akan mengantikan jawatan perdana menteri kepada orang lain.

Di sebelah pihak sultan Muhammad Al-FAteh pula, Khalil PAsya iaitu ketua menteri Sultan Muhammad AL-FAteh memujuk beliau untuk mengundurkan tentera mereka kerana bagi beliau peperangan tersebut telah banyak mengorbankan nyawa tentera Islam sebelum ini dan mengatakan bahawa tentera Islam sudah kepenatan. Walaubagaimanapun, sebenarnya sebelum ini, Khalil Pasya pernah menerima rasuah daripada Alexi untuk memporak perandakan pendapat di kalangan dan menghalang tentera Turki untuk memerangi Rom.

Pendapat Khalil Pasya telah ditentang oleh zaqhanus. Baginya tentera Islam perlu berjuang habis habisan demi menawan Kota Konstantinopel walaupun pemerintah  sebelum ini gagal menawan Kota Konstantine. Akhirnya, Sultan Muhammad Al-Fateh mengarahkan sekali lagi tentera Islam  supaya sedaya upaya untuk cuba menawan semula Lembah Lycos. Hal ini kerana mereka (tentera Islam) melihat bantuan tentera disalurkan ke dalam kota konstantine melalui lembah tersebut.

Di lembah Lycos terdapat pintu masuk yang dinamakan Edirne. Tiga pasukan telah dibentuk iaitu tiap satunya dipimpin oleh PAnglima Tharhan, HAmzah Pasha dan zaqhanus.

Meriam dilepaskan ke arah lembah Lycos bagi memusnahkan kubu-kubu tentera Genoa. Tindakkan itu berjaya membuat tentera Gustiniani cemas dan kelam kabut. Kemudian, lembah Lycos diserbu oleh pasukan tentera Turki yang pertama yang dipimpin oleh Panglima Thahan. kemudian diserbu oleh pasukan kedua dan ketiga. Berlakulah pertempuran yang hebat di antara tentera Turki dan tentera Genoa. 

Pada masa tersebut, tentera rom tidak berani keluar dari Kota Konstantinopel dan hanya menyaksikan pertempuran tersebut di atas kubu kota Konstantinopel. Asakan tentera Turki menyebabkan pertahanan tentera Genoa semakin lemah dan menyebabkan tentera Genoa mengalami kekalahan lalu Gustaniani segera menemui maharaja Konstantine serta manasihatkan beliau berdamai. Tetapi maharaja enggan dan tekad untuk berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Setelah Tanduk Emas dikuasai oleh tentera Turki, kapal perang bantuan daripada Eropah tidak dapat memasuki Tanduk Emas kerana rantai besi masih terpasang. Meriam-meriam Urban dipindahkan ke lembah Lycos untuk memecahkan tembok di sebelah barat. Walaubagaimanapun, Urban syahid apabila meriam yang digunakan meletup kerana terlalu panas. Maka, tentera Islam bertindak menyapu meriam-meriam dengan minyak zaitun  setiap kali melepaskan tembakkan kearah tembok sebelah barat bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang.

Setelah tembok barat berjaya ditembusi, tentera Turki menyerbu masuk ke kota Konstantinopel melalui pintu masuk Erdine. Kedatangan mereka dihalang oleh beribu tentera rom tetapi Hassan Ulubate berjaya  meloloskan diri dan juga berjaya memancakkan bendera Turki di atas menara Kota Konstantinopel. Walaubagaimanapun, beliau menemui syahid apabila anak panah dilepaskan ke arahnya oleh tentera Rom. Tindakkan Hassan Ulubate tersebut telah berjaya menaikan semangat tentera turki. Akhirnya tentera Turki berjaya memasuki Kota konstantinopel.

Di istana pula, Maharaja Konstantine mengarahkan semua penghuni istana berkumpul di istana. Beliau meminta maaf kepada semua penghuni istana dan mengatakan yang beliau akan berjuang demi mempertahankan Kota Konstantinopel. Semua penghuni istana sebak mendengar ucapan beliau lebih-lebih lagi apabila beliau sanggup memeluk setiap orang yang berada di dalam istana. Kemudian Maharaja Konstantine menanggalkan mahkotanya dan menukar pakaian maharaja kepada pakaian perang.

Beliau kemudian keluar dari istana dan mencabar sultan Muhammad al-fateh yang ketika itu menunggang kuda putih sambil memberi semangat kepada tenteranya. Akhirnya berlaku pertempuran di antara maharaja Konstantine dengan Sultan Muhammad Al-FAteh. Ternyata maharaja Konstantine bukan laawan Sultan Muhammad Al-fateh kerana beliau sudah tua. Tambahan pula sultan Muhammad Al-Fateh mahir berpedang sehingga menyebabkan pedang di tangan maharaja terlucut. 

Ketika sultan Muhammad Al-Fateh ingin menamatkan riwayat maharaja Konstantine, maharaja Konstantine telah meludah muka Sultan Muhammad al-fateh sehingga menyebabakan Sultan Muhammad Al-Fateh menghentikan niatnya untuk membunuh Maharaja Konstatine kerana beliau tidak mahu membunuh Maharaja Konstantine atas sebab marah. 

Ketika Sultan Muhammad Al-Fateh membelakanginya, Maharaja Konstantine cuba menghunuskan pedang keduanya ke arah Sultan Muhammad Al-Fateh tetapi Panglima Amir Pasya yang berada di situ segera bertindak pantas. Beliau berjaya memutuskan tangan kanan Maharaja Konstantine dan Panglima Oglo pula menyerang dan menjatuhkan Maharaja Konstantine. Topi besi Maharaja tertanggal dan Panglima Amir PAsya pun dengan pantas memenggal leher Maharaja KOnstantine.

29 mei 1453
Di Kota Konstantinopel,

Panglima Adragon menyeru semua rahyat berperang dan tindakkannya itu berjaya menaikkan semangat tentera mereka. Panglima Adragon berhadapan dengan dengan Paglima Tharhan. Panglima Tharhan yang sudah tua dan keletihan syahid dalam pertempurann tersebut kerana beliau terpaksa memimpin tentera turki pada sepanjang malam itu. Sultan Muhammad Al-FAteh yang berada tidak jauh dari situ terus menerpa PAnglima Adragon. Panglima Adragon mencabar Sultan Muhammad Al-Fateh untuk bertarung di luar Kota Konstantinopel sambil disaksikan oleh orang ramai. Persaingan sangat hebat kerana kedua-kedua mereka mahir berpedang.

“Mahukah engkau menerima tawaran ku” Adragon tiba2 bersuara.

"Tawaran apa?" Jawab Sultan Muhammad Al-Fateh.

“ Kita berdamai” jawab Panglima Adragon.

“ Aku setuju tapi dengan satu syarat”, kataSultan Muhammad Al-Fateh.

“Apa syaratnya?" Tanya Panglima Adragon.

"Serahkan Kota Konstantinopel kepada aku!” jawab Sultan Muhammad Al-Fateh.

“Aku setuju tetapi hanya beberapa hari sahaja. Selepas itu kau  mesti meninggalkan Negara kami!

Aku dilahirkan untuk merebut kota konstantinopel daripada engkau. Aku mahu berada di sini selama2nya".

Adragon naik berang mendengar kata-kata Sultan Muhammad Al-Fateh. Dia menyerang Sultan Muhammad Al-Fateh dengan bertubi-tubi.

"Mahukah engkau menerima tawaranku?" Giliran sultan Muhhammad al-fateh pula bersuara.

“Apa tawarannya? Tanya Adragon.

“Peluk Islam dan engkau selamat di dunia dan akhirat” jawab sultan Muhammad Alfateh.

“ Aku tetap dengan agmaku dan engkau tetap dengan agamamu. Sekiranya aku mati biarlah aku mati dalam agamaku".

Ternyata Adragon tidak dapat dipujuk lagi. Sultan Muhammad Al-Fateh tiba-tiba bertakbir dan disahut oleh tentera Turki sehingga menyebabkan tentera Rom gentar. Sultan Muhammad Al-Fateh menyerang Adragon bertubi-tubi sehingga berjaya menetek leher Adragon. Amir pasya yang melihat Adragon mengerang kesakitan sambil memegang lehernya terus menetak leher Adragon sehingga putus serta menjulang kepala Adragon. Melihat peristiwa itu, tentera Rom menjadi patah semangat lalu menyerah kalah. Tentera Turki yang menyambut kemenangan itu dengan bertakbir.

30 mei 1453

Tentera islam menyambut kemenangan itu dengan bertahmid dan bertakbir pada pagi itu. Sultan Muhammad Al-Fateh memasuki kota Konstantinopel melalui pintu Erdine dan sujud syukur. Semua rahyat dan tentera Rom menanti hukuman daripada Sultan Muhammad Al-Fateh. Mereka tahu yang mereka akan dijatuhkan hukuman mati.

Sultan Muhammad Al-Fateh teringat kisah penakhlukan Mekah pada zaman Rasullullah. Orang Quraisy yang sekian lama memusuhi serta memerangi Rasullullah dikumpulkan di depan kaabah. Mereka menanti hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Rasullullah. Perkara yang sama telah berlaku dimana tentera Rom yang selama ini memusuhinya dikumpulkan. Mereka  sedang menunggu Sultan Muhammad Al-Fateh menjatuhkan hukuman.

Sultan Muhammad Al-Fateh bukanlah pemimpin yang kejam dan tidak bertimbang rasa. Baginda tahu tentera Rom telah banyak menyebabkan kematian ke atas tentera Islam dan penduduk kota itu pula banyak memberi bantuan. Namun baginda mahu mencontohi apa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad semasa menakhluk Mekah. Sultan Muhammad Al-FAteh berdiri didepan tawanan dan lalu berkata;

“Hari ini adalah hari kemenangan kepada kami, umat NAbi Muhammad SAW.. kamu sudah menjadi hina dengan kekalahan ini. Sesungguhnya apabila datng yang hak mka lenyaplah yang bati. Apabila datang kebenaran maka lenyaplah kemungkaran. Apabila datang keadilan maka lenyaplah ke adilan. Sesungguhnya kami datang membawa cahaya kebenaran dan kami menegakkan keadilan. Percaylah tidak ada sesiapa yang di inayai hari ini.

“ sekiranya kami bukan umat NAbi Muhammad SAW, nescaya apda hari ini kepala kamu bercerai dari badan. Kalaulah kami bukan umat islam, nescaya pada hari ini darah kamu mengalir bagaikan sungai. Anak2 gadis kamu di perkosa dan anak2 kamu dibakar hidup-hidup. Tetapi agama islam melarang kami berlaku zalim. Kami disuruh mencontohi pemimpin kami yang mulia, Nabi Muhammad SAW kerana baginda sebaik-baik pemimpin yang mesti kami contohi,” sambung Sultan Muhammad Al-FAteh.

“ Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi  Maha Penyayang, saya maafkan kamu. Pada hari ini tidak ada sesiapa yang dizalimi. Selepas ini kamu boleh pulang ke rumah masing-masing bagi memulakan hidup baru"

Mendengar kata-kata Sultan Muhammad Al-FAteh,semua rahyat Rom menangis kegembiraan bagaikan mati hidup semula.

“Memang benar tunku pemimpin yang baik. Tentera Tuanku tentera yang baik. Kami berjanji akan menjadi rahyat yang baik, “ kata rahyat Rom.

Rahyat Rom dibenarkan menganut agama mereka sendiri dan mereka dibenarkan beribadat di gereja kecuali Gereja Sophia kerana ia akan dijadikan sebagai masjid. Sultan Muhammad Al-Fateh menukar nama Kanstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikannya sebagai ibu kotanya. Beliau juga telah mencari kubur di mana Abu Ayyup Al-Ansari ditanam. Melalui mimpinya beliau telah mendapat petunjuk dan akhirnya beliau berjaya menemui makam tersebut ditanam. 

Kemudian baginda menakhluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhammad Al-Fateh menakhluk Italia, Hungarydan Jerman. Ketika berada di puncak kegemilangan, sultan Muhammad Al-Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian baginda membuat persiapan untuk menakhluk Rhodensia tetapi  mangkat kerana diracun oleh seorang yahudi bernama Maaesto Jakopa.

Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan mangkat pada 3 Mei 1481 ketika berumur 49 tahun. 


4 comments: