Bismillahirrahmanirrahim.
Bagi menyembunyikan kekejaman pemerintahan Jamal Abdul Nasser pada masyarakat setempat ketika itu, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Manakala Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat.
Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan (semasa regim Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan Mesir) setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan. Zainab al-Ghazali telah pergi menemui Ilahi pada hari Rabu, 3 Ogos 2008 pada usia 88 tahun. Perginya Zainab tidak kembali, tetapi kisah perjuangannya tetap menjadi inspirasi aktivis Islam masa kini.
‘Ibrah dari secebis coretan sejarah perjuangan Srikandi Islam di atas adalah;
1) Punya prinsip yang teguh dalam menegakkan Islam. Justeru kita mesti mengimani Kalamullah ini yang bermaksud,“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah At-Taubah: ayat 111).
2) Punya rasa kebergantungan semata-mata kepada Allah Ta’ala, Allah berfirman yang mafhumnya ‘Cukup Allah menjadi Penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung.”(maksud surah Ali-‘Imran: 173).
4) Yakin kemenangan itu hak mutlak Allah Ta’ala, kita sebagai aktivis Islam hanya mampu berjuang merealisasikan kemenangan itu. Firman Allah Taala dalam surah Al-Anfal ayat 10 yang mafhumnya, ‘Dan kemenangan itu hanya dari Allah.” Lagipula, dalam kamus kehidupan seorang aktivis Islam yang tulen, tidak ada perkataan “menyerah kalah”, dia hidup sebagai mujahid ataupun mati sebagai syahid.
5) Sentiasa bertawakkal kepada Allah Ta’ala. Berdoalah, “Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada-Nya; tidak ada daya, tidak ada kekuatan kecuali kerana Allah.”
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Hari ini saya baru sahaja selesai membaca buku “Hari-Hari dalam Hidupku” yang ditulis sendiri oleh Sang Mujahidah Zainab Al-Ghazali al-Jubaili. Buku ini mengisahkan realiti penyeksaan beliau di penjara tentera Mesir.
Siapa Zainab Al-Ghazali ya?
Mujahidah Zainab al-Ghazali al-Jubaili adalah seorang muslimat Ikhwanul Muslimin di Mesir yang memperuntukkan hidupnya untuk Islam.Beliau lahir pada tahun 1917 di Buhaira,Mesir dan sememangnya beliau berketurunan Amirul Mukminin,Sayyidina Umar al-Khattab r.a. Rupa-rupanya inilah lambang keberanian sang mujahidah sesuai dengan Sayyidina Umar al-Khattab r.a yang diketahui sifatnya semasa sama-sama berjuang bersama Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W. dahulu.
Menceritakan lebih lanjut perihal sang mujahidah ini,dirinya pernah menganggotai Gerakan Wanita Mesir pada usia remajanya. Akan tetapi,matlamat gerakan itu tidak bersesuaiannya dengan fikrahnya sebagai seorang mujahidah lalu beliau menubuhkan Jemaah Wanita Muslimah sebagai satu wadah untuk meneruskan perjuangan.Gerakan ini aktif melakukan kerja dakwah dan kerja kebajikan hingga mula mendapat perhatian kaum wanita di Mesir.Gerakan ini terus aktif sehingga ia diharamkan regim thoghut pemerintah Mesir pada masa tersebut.Tanggal 15 Sept 1946 gerakan ini telah diharamkan. Sebenarnya dalam usia 18 tahun,beliau telah pun aktif dengan kerja-kerja dakwah dan di saat pengharaman gerakan yang diasaskannya itulah beliau bertemu dengan As-Syahid Imam Hasan al-Banna. Hasil hubungannya dengan seorang Muslimat
Ikhwanul Muslimin telah menyebabkan beliau menyertai Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh As-Syahid Imam Hasan al-Banna.Keterlibatannya bersama Ikhwanul Muslimin ini terus dipacu bagi meneruskan perjuagannya untuk memenangkan agama Allah.Setelah syahidnya As-Syahid Imam Hasan al-Banna, beliau tetap bersama Ikhwanul Muslimin dalam meneruskan perjuagan bersama As-Syahid Sayyid Qutb dan Abdul Fattah Ismail dan juga.

Pada era pemerintahan presiden Jamal Abdul Nasser, puluhan ribu malah ratusan ribu anggota ikhwan muslimin dipenjara dan diseksa kerana Jamal Abdul Nasser telah menganggap kebangkitan islam ini akan menumbangkan kuasa ditaktornya yang kejam itu.
Zainab Al-Ghazali dengan sepenuh kemampuan yang dimilikinya berusaha sedaya upaya meringankan bebanan keluarga yang dipenjarakan, pelbagai bantuan kebendaan dan rohani dihulurkan.
Perisik dari Amerika dan Rusia telah memuatkan laporan kepada Jamal Abdul Nasser bahawa telah wujud nya gerakkan pemikiran Sayyid Qutb dari dalam penjara yang kemudiannya dipimpin oleh Zainab Al-Ghazali dan as-Syahid Abdul Fattah Ismail. Jika Jamal Abdul Nasser tidak mampu menghancurkan harakah islam ini, maka pemerintahannya akan diambil alih oleh golongan islam. Secara umum, inilah intipati kandungan laporan para perisik Amerika dan Rusia kepada Jamal Abdul Nasser.
Sejak itu, seramai 100,000 orang ikhwan telah ditangkap dalam masa 20 hari sahaja termasuk lah Sayyid-Qutb. Pada hari Jumaat, menjelang fajar, iaitu pada 20 Ogos 1965, tibalah giliran beliau. Beliau telah ditangkap dan bermulalah kehidupan beliau di dalam penjara.
***************
“Atas perintah Jamal Abdul Nasser, Presiden Republik Mesir, Zainab Al-Ghazali al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan ke atas seorang lelaki”
Atas arahan Jamal Abdul Nasser, beliau telah dipukul dengan tongkat dan cemeti beratus-ratus kali malah kadangkala sehingga 1000 kali dalam sehari.
“ Awas! Jangan bergerak! Walaupun gerakkan yang kecil. Jamal Andul Nasser memerintahkan kami menyebat kamu (Zainab Al-Ghazali) 1000 kali sehari”----Sofwat ar-Robbi
Beliau juga diperlakukan seperti binatang, digantung kaki ke atas sambil dipukul sehingga tulang belakang beliau patah dan badan-badannya penuh dengan luka dan darah.
Tidak cukup dengan itu, askar-askar suruhan Jamal Abdul Nasser juga mengurung beliau bersama-sama berpuluh-puluh ekor anjing yang sangat ganas dan terlatih.
********
“Aku rasakan anjing-anjing ini bergantungan di tubuh, dikepala, ditangan, dikaki, didada, dipunggung!Pendeknya seluruh tubuhku. AKu merasakan salakan anjing-anjing itu menguasai diri dan memenuhi setiap pendengaranku. Ku cuba membuka mata, tetapi untuk seketika saja. Ku tutup kembali kerana takut untuk melihat keadaan yang mengerikan ini”Kemudian aku meletakkan tanganku di bawah ketiak dan mulalah aku membaca Asmaullah al-Husna” –Zainab Al-Ghazali.
Dalam keadaan gawat tersebut, beliau menyerahkan pengharapannya kepada Allah. Beliau bermunajat dan membaca kalimah-kalimah Allah. Subhanallah, beliau sentiasa merasakan Allah bersamanya dalam setiap ketika beliau diseksa.
“Aku menyangka pakaian putih yang kau pakai sudah berlumuran darah. Aku juga yakin bahawa anjing-anjing itu sungguh-sungguh telah mengoyakkan tubuhku. Tapi aneh! Pakaian ku seakan-akan tidak diusik, dan tidak ada bekas cakaran anjing ditubuhku. Maha Suci Engkau Ya Allah” –Zainab Al-Ghazali.
Tidak cukup itu, beliau juga tidak dibenarkan ketandas, berwudhuk, makan dan minum serta direndam seharian dalam penjara air.
“Aku duduk dan air sampai ke dagu… apabila air masuk kedalam luka-lukaku, wah! Alangkah azabnya…aku tidak mampu menanggungnya. Kalau tidak dengan pertolongan Allah, aku tidak mampu menanggungnya"---Zainab Al-Ghazali.
Dipenjara dengan tikus,
“Aku mendongak ke atas. Tiba-tiba aku ternampak beberapa utas tali terjuntai dari tingkap dan dipenuhi tikus. Seolah-olah seperti ada orang yang meletakkan tikus di situ. Aku merasa gerun dan takut.
“Aku berlindung dengan Allah dari segala kejahatan dan kekotoran. Wahai Tuhanku! JAuhkan kejahatan ini daripadaku menurut kehendak-MU dan bagaimana Kau kehendaki,” doaku berulang kali.
Aku terus mengulangi doa ini, sehingga terdengar azan Zuhur. Aku terus bertayammum dan bersembahyang. Setelah selesai sembahyang, aku berzikir kepada Allah sehingga kedengaran azan Asar, lalu aku bersembahyang. TAtkala itu masuk pengganas sofwat ar-Robbi. Waktu itu, tikus-tikus tadi hanya tinggal beberapa ekor sahaja. Dia memandang ke sana kemari di segenap penjuru penjara dengan padnangan yang dahsyat. Terpapar di wajahnya seribu tanda tanya dan takjub. Seakan-akan hal ini sukar untuk dipercayai. Kemudian dia pergi dengan caci hamun dan keluhan putus asa----Zainab Al-Ghazali
Siksaan demi siksaaan tidak sedikit pun mengugat pendirian Zainab Al-Ghazali walaupun cubaan untuk menjatuhkan maruah beliau turut dilakukan.
“Lantas dia (askar) memberikan tugas kepada kedua askar itu. Meraka diarahkan melakukan perkara paling keji, durjana dan sungguh memalukan iaitu merogolku”
“Awas, jangan cuba menghampiriku walaupun selangkah! Kalau kamu menghampiriku, aku akan bunuh! Ku bunuh! Ku bunuh! Faham tak!” kataku dengan segala kekuatan yang dikurniakan Allah kepadaku. Aku melihat askar itu merasa kecut dan gentar. Walaupun begitu, dia tetap menghampiri ku dengan beberapa langkah.
Tanpa disedari, kedua tanganku mencekik lehernya dan sekuat hati memekik “Bismillah, Allahu Akhbar.” AKu mengigit lehernya dengan sekuat-kuatnya. Tiba-tiba dia terlepas dari gengamman ku dan jatuh terjelepok di tapak kakiku dalam keadaan yang tidak berdaya. Dia mengerang kesakitan dan mulutnya berbuih seperti buih sabun. Binatang buas itu jatuh di telapak kakiku ibarat bangkai yang kaku dan tidak bernafas lagi. Buih putih terus keluar dari mulutnya”----Zainab Al-Ghazali.
Subhanallah, subhanallah, subhanalllah…..
Terdapat banyak lagi penyeksaan yang telah dilakukan terhadap beliau. Beliau dihina malah diaibkan tapi semangatnya tidak pernah luntur,tidak pernah merasa kecewa kerana memilih hidup untuk dicurahkan tenaganya kepada Islam. Satu demi satu siksaan dihadapi dengan tenang dan penuh munajat kepada Allah. Segalanya dihadapi dengan penuh yakin akan janji Allah. Seluruh pengharapannya diserahkan hanya kepada Allah.
“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung”
*******************
Bagi menyembunyikan kekejaman pemerintahan Jamal Abdul Nasser pada masyarakat setempat ketika itu, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Manakala Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat.
Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan (semasa regim Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan Mesir) setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan. Zainab al-Ghazali telah pergi menemui Ilahi pada hari Rabu, 3 Ogos 2008 pada usia 88 tahun. Perginya Zainab tidak kembali, tetapi kisah perjuangannya tetap menjadi inspirasi aktivis Islam masa kini.
1) Punya prinsip yang teguh dalam menegakkan Islam. Justeru kita mesti mengimani Kalamullah ini yang bermaksud,“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah At-Taubah: ayat 111).
2) Punya rasa kebergantungan semata-mata kepada Allah Ta’ala, Allah berfirman yang mafhumnya ‘Cukup Allah menjadi Penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung.”(maksud surah Ali-‘Imran: 173).
3) Tidak berasa lemah dan putus asa kerana Allah telah berfirman yang bermaksud, “Janganlah kamu merasa lemah dan berdukacita. Kamu adalah lebih tinggi (darjatnya) sekiranya kamu beriman.” (maksud surah Ali-‘Imran: 139)
4) Yakin kemenangan itu hak mutlak Allah Ta’ala, kita sebagai aktivis Islam hanya mampu berjuang merealisasikan kemenangan itu. Firman Allah Taala dalam surah Al-Anfal ayat 10 yang mafhumnya, ‘Dan kemenangan itu hanya dari Allah.” Lagipula, dalam kamus kehidupan seorang aktivis Islam yang tulen, tidak ada perkataan “menyerah kalah”, dia hidup sebagai mujahid ataupun mati sebagai syahid.
5) Sentiasa bertawakkal kepada Allah Ta’ala. Berdoalah, “Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada-Nya; tidak ada daya, tidak ada kekuatan kecuali kerana Allah.”
Di sini dinukilkan pesanannya kepada kita....
"Tidak ada jalan keluar bagi suatu ummat,bahkan bagi dunia melainkan dengan dakwah Islam.Betapa kejam dan ganas siksaan yang dikenakan,tidak akan mampu meruntuhkan keyakinan dan kebenaran dakwah Islam.Bahkan ia akan tumbuh dengan subur sebagai kekuatan yang akan menghancurkan kebathilan dengan penuh ketabahan dan kesabaran"
Subhanallah! Tidakkah anda merasa cemburu dengan dirinya wahai insani yang bergelar wanita...contohilah dirinya,beliau antara tokoh mujahidah di abad moden yang hidupnya untuk Islam seperti mana kehebatan Sumayyah,Mashitah dan juga Ummu Nusaibah..seperti mana Sayyidatina Aisyah r.h.a dan ramai lagi..Subhanallah…
Moga bermanfaat...
Sumber: Tokoh2 Gerakan Islam Abad Moden karya Ustaz Zainuddin Hashim dan Ustaz Riduan Mohamad Nor dan Hari-Hari dalam Hidupku yang dikarang oleh Zainab al-Ghazali al-Jubaili sendiri.
subhanallah!! ingin mencontohi mujahidah itu!!
ReplyDeleteInsyaALLAH! :)
ReplyDelete