Wednesday, 27 April 2011

Cerita FacebOok



Adik: Janji nak buat facebook untuk piqa. Mana? takde pun...
Kakak: Okey, okey...jap lagi la kita buat. Nak siapkan proposal ni jap. Tak siap-siap..huhuhu...-_-

Keesokkan harinya...

Adik: jom  la kita buat facebook...
Kakak: Okey, okey...Nak siapkan keje jap. Pastu kita buatlah facebook.

Keesokan harinya pula...

Adik: dah banyak kali mintak tolong buat facebook.takde pun!

Erk...marah dah budak kecik ni...emm...nak buat ke tak ea..karang 24 jam budak kecik ni online. Main game barbie pun dah berjam-jam. Kalau ada facebook, kompem seharian dia melekat kat laptop nih...
huhu...

Emmm...baik tipu..
tipu? tak lah, berhelah je..:D


Kakak: dah buat dah...

MASTURA SANI -------> ni haa facebook piqa. Profile pic pun guna gambar piqa. Malas la buat akaun banyak2....Kita kongsi ja la facebook ni...(boleh control skit..hehee)

Adik: Betul?
Kakak: ye, betul...kongsi ja...:)



Ni la adik saya.. Nur Syafiqa :) tersangat lahhh manjaaaaaa.huhu!


Sebulan kemudian..

Adik: 'Mengentam' dalam BM apa?
Kakak: Dalam BM maksudnya "menyebabkan". Nak buat apa?
Adik: Adalah...mana boleh bagitau...

15 minit kemudian...

Adik: Haaa...siap!!!
Kakak: Apa yang siap?
Adik: Ni haa...kad. Cikgu suruh buat.
Kakak: waaa..cantik..tengok! Kompem dapat A ni!


REMAJA...
JAUHI DADAH!
DADAH MENYEBABKAN ANDA BEGINI!
(terlukis kartun yang tengah menahan kesakitan disitu)




mm..bagus-bagus,
budak kecik memang patut didedahkan dengan keburukan dadah ni semua..
good2...
kiut jugak kad ni...
warna-warni....
tiba-tiba...
erkkk....

MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBANTERAS KEGIATAN DADAH,
UNTUK MAKLUMAT LANJUT,
SILA LAYARI FACEBOOK SAYA,
_MASTURA SANI_


Wahhh....
terpampang nama saya dalam kad itu!
haha.....sejak bila facebook saya jadi agen anti dadah ni? huhu
fames sekejap...:D


PENGAJARAN 
1. Jangan kongsi laman sosial peribadi anda dengan sesiapa pun samada dia ialah adik BONGSU, abang, kakak, ibu, ayah, cucu, moyang dan sewaktu dengannya.
2. Budak kecik kadang-kdang akan terima bulat-bulat apa yang kita cakap, so hati-hati! huhu...:D


2 comments: