Monday 3 June 2013

Kerana dia AYAHKU. Part 1


Petang itu, ku telaah buku belajar dengan rasa yang tidak tentu. Exam esok hari, tapi jiwa ku seolah-olah tidak mampu meneruskannya lagi.Walaupun buku di depan mata, tapi hati masih teringatkan ayah di hospital. 

Semalam doktor mengesahkan bahawa paru-paru ayah dijangkiti kuman. Jadi, sepanjang tempoh rawatan, Ayah lansung tidak dibenarkan menerima pelawat. Tidak ada apa-apa yang kami boleh buat apabila doktor menegaskan begitu. Jadi, aku dan abang juga adik-adik hanya mampu melambai ayah dari jauh di luar tingkap wad.

Dari luar wad, ku lihat Ayah kesat air mata. 
Ayah menangis. 
Buat kami turut menangis.
Entah...segalanya tiba-tiba menjadi terlalu beremosi.

Pelbagai andaian, pelbagai tekaan...mengocak jiwa yang berombak kencang. Kalau paru-paru ayah dijangkiti kuman, kenapa ditahan di wad pesakit yang disyaki H1N1? Ada ku tanya soalan itu dengan doktor, tapi doktor memberi penjelasan yang ku kira tidak mampu ku terima.

Aku rindu ayah.
Aku benar-benar rindu ayah!
Suasana di rumah benar-benar terasa seperti ada sesuatu yang kekurangan tanpa ada suara ayah yang mengisi.

 **************

Ring ring ringgggg....

Bunyi telefon pada petang itu mengejutkan aku dari lamunan.
Kakak segera menekan punat accept dari telefon. Button loudspeaker sengaja ku minta kakak on.

“Boleh saya bercakap dengan Puan sarah?” Minta seorang doctor pakar dari hospital.
“Ye..saya bercakap” Ujar mak berdebar dalam tenang. Hati seorang isteri seolah-olah dapat merasa ada sesuatu yang tidak baik bakal dikhabarkan.

Perlahan...ku curi dengar perbualan emak di telefon.
“Puan....saya berharap Puan bertenang mendengar penjelasan saya. Pihak hospital sudah melakukan pemeriksaan darah terhadap suami puan. Kami mendapati  darah putih suami puan 10 kali lebih banyak dari normal..” terang doktor perlahan.

Emak tidak faham. 
Segalanya terlalu scientific bagi emak.
Menerusi telefon, emak mula menyoal soalan demi soalan kepada doktor walaupun hati kecil aku sudah dapat mengagak apa yang doktor jelaskan.

Leukimia?

Itu disease pertama yang aku tahu jika darah putih melebihi darah merah terlalu banyak. Subjek Medical Biotechnology sedikit sebanyak mendedahkan aku dengan penyakit tiada penawar itu. Namun, hati cepat-cepat menepis perasaan itu jauh-jauh. Mana mungkin! Aku berharap biar aku silap menilai penjelasan kali ini.

Ku cuba dengar lagi penjelasan doktor kepada emak.

“Sebenarnya..suami puan disyaki mengidap barah darah...” Ujar doktor pelahan. 

Doktor seolah-olah memberi kata mati, membuat aku terkedu lalu tertepis segala lamunan ku lansung terhenti. 

Doktor..
Mana mungkinnn....!
Aku lihat mata emak.
Merah.
Satu demi mutiara jernih menitis dari pipi cengkung emak. 
Tiada apa yang emak ucap selain menyebut nama ALLAH.


Dari jauh...

Aku menangis. Ku lihat kakak juga menangis. Adik-adik pula terpinga-pinga tidak mengerti.

Petang itu awan berarak kelam, berwarna kelabu.
Seperti memahami hati aku juga begitu.