Wednesday 30 March 2011

Nurul Hidayah

Assalamualaikum adikku...
Apa khabar?
Macam mana keadaan Dayah hari ini?

Sunyi. Sepi. Tiada jawapan.
Bibir itu tetap membisu.
Seperti selalu.


******************************

" Akakkkkkkk!!!!  Tahniah kak! Rindu sangat kat akak....lama dah tak tengok akak. Akak pergi mana?". Wajah manis itu menyapa sewaktu hari konvokesyen ku pada 10 Oktober 2010 yang lepas. Dia manyalami dan mencium tanganku. Perkara lazim yang dilakukan Dayah setiap kali berjumpa denganku malah juga kepada kakak-kakak senior yang lain.

" Eh, Dayah! Terima kasih Dayah. Lamanya tak jumpa Dayah. Akak pun rindu sangat-sangat kat Dayah. Alaa...akak kan dah habis belajar, kena duduk luar. Mana boleh stay dalam Unimas lagi. Tu yang lama tak tengok akak tu...menghilang sekejap.hihi..."

Dayah gelak. Senyum.


"Akak, Dayah nak gi umah akak. Bila Dayah boleh pegi ni?"


"Eh! kenapa nak minta izin pula? Datang je bila-bila masa Dayah nak. Kalau Dayah datang nanti, akak siap hampar karpet merah untuk Dayah", Aku cuba bergurau senda dengan Dayah walaupun ada sesuatu  yang membuatkan aku tertanya-tanya di wajah bersih itu.


Dayah cuma tersenyum. Dia tidak banyak bercakap seperti selalu.

"Emm...Dayah, Dayah sihat? Kenapa muka Dayah nampak pucat je?" Aku cuba mencungkil rahsia kedukaan di wajah itu. Kakak-kakak senior pernah memberitahu kepadaku yang Dayah mempunyai masalah. Tapi kali ini aku ingin mengetahuinya dari bibir Dayah sendiri.

"Errr, Dayah tak apa-apa kak. Sihat je". 
Dia senyum. Tapi hambar. Tidak ceria.

Disebalik senyumannya, aku tahu Dayah sedang menyembunyikan sesuatu. Wajahnya yang ceria tiba-tiba berubah. 

"em..kak, Dayah kena gi dulu ye kak. Tengah program. Kena cepat", ujar Dayah. Dia menundukkan wajah seperti tidak membenarkan aku menatap wajahnya.

"Okey, okey...hati-hati". Jawab ku ringkas. Aku membiarkannya pergi walaupun hati ku mengandungi seribu persoalan. Dayah seperti mengelakkan diri dariku. Tapi kenapa?

Tuesday 29 March 2011

LepAskaN gElaS iTu!


Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”
Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?
“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Sunday 27 March 2011

..tulang rusuk takkan tertukar...


“Ana akan ta’aruf dengan ukhti beberapa tahun lagi, ketika ukhti sudah lulus”

“Untuk apa antum katakan itu skrg akhi?
Jika belum siap adalah jawapannya,
Lalu mengapa harus antum katakan rencana tersebut pada saya?
Tak tahukah antum, kalimat itu menggoyahkan kekukuhan iman yang susah payah saya bangun?”

Ketika antum mengatakan:
“Ana ingin jaga hati ana untuk ta’aruf dengan ukhti nanti”

“Lantas, apakah dengan antum berkata seperti itu,
Lalu prilaku antum yang sering menelefon saya itu tidak bererti mengotori hati?
Antum memang sudah seharusnya menjaga hati,
hingga tiba saatnya nanti untuk antum berikan seutuhnya kepada wanita yang berhak.”

Ketika antum mengatakan:
“Hati hati, di sana. Jaga diri baik baik.”

“Bukannya saya tidak suka diperhatikan dan dijaga,
tapi cukuplah Allah yang akan menjagaku...
Bukankah Allah adalah sebaik-baik Pelindung?”

Ketika antum mengatakan: 
“Ana harap ukhti tidak ta’aruf dengan orang lain sebelum ana”

“Saya tidak bisa menjanjikan apapun,
kerana saya tidak tahu apa yang akan terjadi nanti..”






Sebuah ibroh,

Wahai akhwat, jika datang kepadamu laki-laki baik-baik yang melamarmu,
maka bisa jadi dialah pangeranmu.

Wahai ikhwan, jika gadis pujaanmu telah dikhitbah laki-laki lain, maka ikhlaskanlah. 
Kerana bisa jadi dia bukanlah bidadarimu.

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk yang keji pula dan laki-laki yang keji untuk wanita-wanita yang keji, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik juga diperuntukkan bagi perempuan-perempuan yang baik….” (QS.24:26)"

Maka jika nantinya kita tidak berjodoh, mungkin saya tak cukup baik untukmu,
pasti ada wanita lain yang lebih baik untukmu....
Dan yakinlah, jika memang aku adalah pasangan dari tulang rusukmu, 
maka tanpa antum minta untuk tidak ta’aruf dengan orang lainpun,
saya akan tetap menjadi pendampingmu...
Karena saya yakin TULANG RUSUK TAKKAN TERTUKAR................



Friday 25 March 2011

Ilusi vs Realiti



Apabila tiada persoalan di hati,
Tiada yang mustahil untuk dikecapi,
Imaginasi begitu indah disulami pelbagai janji dan mimpi...

Ungu gelap ialah warna yang menghiasi kanvasnya,
Di atas, dia melorekkan PASTI BOLEH! dengan huruf-huruf yang terang dan nyata.

Ceria sentiasa di hati,
kerana dia yakin,
Segalanya akan menjadi realiti suatu hari nanti....

Allah! saya mohon bantuan-MU dalam perjuanganku...

Thursday 24 March 2011

Nota untuk SAHABAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih sahabatku untuk segalanya....
Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.
Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang....
Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu.

Duhai sahabatku,
Dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama....
Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu....
Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik...
Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya...

Sendiri

Sendiri.
Tidak bermakna kesunyian.
Bukan tiada kegembiraan.
Cuma ia tersorok di sebalik kedukaan.

...Sendiri.
Mengajar erti bertuhan.
Mengenal makna kehidupan.
Menguatkan jiwa yang kerapuhan.

Sendiri.
Membekalkan air tangisan.
Menuju tempat kebahagiaan.
Meninggalkan dunia khayalan.


Wednesday 23 March 2011

♥ Pertemuan ♥

Hari ini,
Terjadi pertemuan yang amat bermakna 
Sungguh tak sangka...

Emmm….
Awak, 
Sebenarnya dari dulu, 
Saya amat menantikan pertemuan ini.
Sejak 10 bulan yang lepas…
Lama saya tunggu kamu.
Huhu..
Tapi tak sangka, hari ini kita dapat jumpa juga..(gembiranya saya!)
Alhamdulillah..Allah, terima kasih!

Mulanya, kami saling tak mengenali…
(sebab masing2 berlagak punya mata normal padahal dua2 rabun!-tak pakai spek... Hik3x)
Tapi dia kenal saya dulu…hihihi…malunya!
Pertemuan kami amat singkat, beberapa minit cuma…
Tapi penuh makna….('',)

Dan pertemuan ini telah menyedarkan saya akan satu hakikat.
Kita perlu berani! Kita perlu berhijrah! Kita perlu bergerak!
Yeah! Kita Boleh! (bersemangatnya saya! Hihihi)

Terharu+gembira sungguh saya,
Hinggakan masa tu saya mengalirkan air mata..
Perdulila orang lain...yang penting saya nak nangis jugak...haha..
(baru saya sedar, saya memang seorang yang suka mengalirkan air mata..hehe)

Kini, walaupun baru beberapa minit pertemuan itu berakhir,
Saya masih merindui dia,
Bahkan semakin rindu….
Subhanallah! Perasaan apakah ini?

Awak, 
Saya rindu kamu,
Rindu yang teramat rindu!!!!!!!!!
Bila kita boleh kuar date lagi?

^___________^
Awak, saya sayang kamu...
Awak la sahabat saya dunia dan akhirat..=)

p/s: Kamu ingat saya tulis pasal siapa? Boyfren ye..aduishh!







"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."

Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)

"Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah ia memberitahu bahawa dia mencintainya"
(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)



Tuesday 22 March 2011

Aku khuatir


Mungkin nilaian buruk kamu, SAMA dengan nilaian Allah terhadapku.

Tetapi…

Aku takut sekiranya nilaian baik kamu TIDAK SAMA dengan nilaian Allah terhadapku.

Aku khuatir pada sangkaan baik ini….

Hurm…
" Only Allah can judge me...... ''

Serahkan segalanya pada Allah.
DIA sebaik-baik Penilai.

Monday 21 March 2011

Your potential is huge! Unlock it for unlimited success!



  Fadilla Sani & Ferdaos Salwa


Dari matamu ku lihat hampa, 
Dari wajahmu ku lihat putus asa,
Senyumanmu menyimpan kecewa.

Tabahkan hatimu wahai adindaku,
Jalan masih panjang untuk kau jejaki,
Luatan masih luas untuk kau renangi,
Akal masih segar untuk kau manfaatkan.

Bangunlah,
Yang berharga dalam hidup adalah usaha,
Yang penting dalam usaha, janganlah putus asa.

Esok,
Hanya milik mereka yang terus berusaha,
Yang tak pernah kenal erti putus asa,
Dan tidak pernah kecewa,

Kini, berusahalah,
agar kau berjaya.


Bila ku sedari diri disayangi,
Langkah kaki ini semakin berani,
Bila ku keliru ku ucap nama MU,
Terasa diriku kembali dipandu.

****

....Ketahuilah olehmu
wahai orang-orang yang suka
menuntut ilmu..

Sesesungguhnya apabila
kamu menuntut ilmu
untuk bermegah-megah dan
untuk mendahului
rakan-rakan sesamamu,
serta untuk mengarah
muka manusia supaya
merasa segan kepadamu,
Maka…..
perjalanan mu yang demikian
adalah untuk meruntuhkan agamamu,
serta menjual akhiratmu dengan duniamu,
Maka perniagaan dan dagangan engkau
akan menemui kerugian….

Renungilah wahai adik-adik kusayang… ('',)


Maka adik-adikku,
Marilah sama-sama kita memperbetulkan kembali niat kita....
Belajar kerana Allah, belajar kerana kita ingin mendalami ilmunya...
Semoga peperiksaan SPM ini akan menjadikan kita lebih DEKAT dengan Allah swt... 

*****

Allah doesn't want us to be the best,
But, HE want us to do the best,
and for sure,
Let HIM 'do' for the rest...


Maan Najah!
Promise yourself to do the best in SPM.
Straight A, yeah! You can get it...
^___^

With love,
Me.




Your potential is huge! Unlock it for unlimited success!

Saturday 19 March 2011

Muhasabah

Diari merah jambu itu dibuka lagi.
Kerap benar ianya telah dibuka sejak akhir-akhir ini.
Kemudian,  tangannya pantas mencapai pen dakwat hitam cair,
Mungkin sederas air mata yang mengalir...


***

19 March 2011,
Sabtu.

Kesalahan yang telah dilakukan hari ini :


1.       Aku telah………………..
2.       Aku telah……………
3.       Aku telah…………………
4.       Aku telah………………….
5.       Aku telah………………
6.       Aku telah……………………
7.       Dan aku telah………………………


Alpa.Lalai.Leka dengan dunia sendiri.

Perjanjian,

Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan di atas sekali lagi.

Ditandatangani:
Manusia yang ALPA dan LEKA.



Tears are word, the heart can't say...


Muhasabah diri,
10.55 pm

Saya Telah Bertunang...

Saya telah bertunang..........................................


Betul... 
Saya telah bertunang.

Telah bertunang dengan KEMATIAN, setelah puas membujang dengan NAFSU.
Akan berkahwin dengan AKHIRAT, setelah nekad menceraikan DUNIA....






6.20 pm,
Muhasabah diri.

Wednesday 16 March 2011

Bertahan!

Aku diuji lagi!
Bertahan!
InsyaAllah,
Sikit masa lagi...
Semuanya akan baik-baik..

Allah,
Ku mohon bantuan,
Juga jagaanMU...



***

Senyum lah senyuman ku,
Walau terlutut jangan hilangkan senyuman itu, 
Nyata pada garisan manis,
Wujud kekuatan,
Walau di dalam hati kau muram dengan tangisan,

Senyum lah senyuman ku senyum,
Nanti hati menjadi riang,
Dan segala dugaan menjadi senang.... 



Saturday 12 March 2011

Ruhul Jadid


Ila Syabab....
Antum Ruhul Jadid
Fil Jasadil Ummah

Kepada pemuda yang Berjiwa Besar,
Mempunyai Cita-Cita Besar,
Memiliki Matlamat yang Besar dan Jelas,
Menjadikan ISLAM sebagi yang Utama...

Kini Kita sudah tiada masa...
Usah berpaling semula kebelakang,
Usah kembali kepada Zaman Jahiliyyah Kita dahulu...

Orakkan langkah kita kehadapan..
Sentiasa meletakkan Allah sebagai Matlamat Kita
dan Islam sebagai Risalah dan Cara Hidup Kita..
Mencontohi sunnah Terbesar Nabi Muhammad...

Jadikan Tarbiyyah sebagai perkara Utama..
Mendidik Jiwa dengan Fikrah Islam Sebenar,
Dakwah sebagai Amal Ikhlas Kita,
Mencari Redho sang Pencipta...

Agar Kita semua berjumpa
Di Syura Allah yang kekal Abadi
Kuatkan Ukhuwwah Kita
Satukan Wehdahtul Fikrah Kita
Kejayaan Islam pasti Menjelma
Dengan Hamassah Kita
dan Hikmatus Syuyukh Kita

Ingatlah kerana Antum
Kerana Antum...
Ruh baru dalam Jasad Ummah ini
Antumlah Pemuda yang dinantikan....
Oleh Umat Islam Ini...

Allahu Akbar!!!






Dipetik dari: HalaqahBorneo

Aku Menyesal Kawen Awal!






Ini cerita aku.. Aku baru aje kawin, dengan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pun dia. Tapi mak punya pasal kan, aku terpaksa "follow" je la. Arghh, menyesal betul kahwin....
Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku saja nak tidur pukul berapa, nak bangun pukul berapa. Kadang-kadang sampai tengah hari tidur, sampai terlepas kuliah.... haha. Tak ada orang marah pun. Lecturer pun tak marah.
Tapi sekarang, nak tidur lewat sikit aje ada orang sound. "Jom la bang tidur...". Kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..
Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku aje nak makan pukul berapa, nak makan apa. Boleh makan sedap-sedap, sebab beli di kedai.. Tapi sekarang, huhu.. Macam budak kecil aje, kena ikut jadual makan! Dah lah kadang-kadang dia masak masin lah, pahit lah.. Lepas tu kadang-kadang dia bagi aku makan sayur banyak-banyak. Tak makan nanti kecil hati pula, lepas tu tulis pada status facebook dia. Arghh, menyesal betul kahwin..
Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku aje nak "shopping" bila, kat mana, nak beli apa.. Kira berbelanja tanpa waswas lah. Tu yang shopping kejap saja melayang 2-3 ratus sekelip mata. Hohoho.. Tapi sekarang, nak pergi shopping je, dia dah siap dengan lis barang nak beli. Tak ada dalam lis, tak boleh ambil!! Dah lah berjam-jam pusing.. Leceh betul lah orang perempuan ni. Muka dia tak payah cerita lah, memang ceria je kalau masuk 'shopping mall'. Aku je yang muka 'tension'. Arghh, menyesal betul kahwin...
Kalau dulu masa belum kahwin, rambut aku ni macam-macam 'pesen' la boleh buat.. Ala Korea boleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pun boleh buat, tak da orang 'sound'. Tapi sekarang, panjang sikit je kena 'sound'.. panjang sikit je kena 'sound'.. Dia kata tak 'hensem' lah, tak kemas lah.. Tak gunting nanti dia tak nak gosok baju aku pula. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan di JUSCO, ada lah seorang awek comel melintas depan kami. Aku pun terpandang 'awek' tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta bini aku (mentang-mentang la aku 'hensem'..). Apa lagi, menjerit la aku kat situ.
Mahu nya tak kuat, satu foodcourt tengok kami, termasuk 'awek' tadi.. Arghh pertama kali kut rasa malu macam tu. Rasanya muka aku lagi merah dari sos cili atas meja (andaian) . Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian lah kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..
Tapi yang 'bestnya', sekarang aku dah tak payah basuh baju, gosok baju sendiri.. Semua dah 'ready made'. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku tak berapa suka. Kalau dulu masa belum kawin, sekali 'iron' baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tak nak iron lagi! (Oppss kantoi..). Lepas tu baju-baju bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tidur atas kain baju ni (padahal malas kemas). Sekarang... hehehe.
Lagi yang best, masa aku demam ke, tak sihat ke, rasa diri ni macam dihargai je.. Yelah, kira ada orang 'take care' la. 'Total care' !! Hehehe.. Kalau masa belum kahwin dulu pandai-pandai lah bawa diri kalau demam. Huhu, ..
Lepas tu kan, sekarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding dengan dulu, hmm.. tak produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hati ku. Maklum lah kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ada yang tolong ingatkan. Ini lah pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tidur lambat
Boleh lah abang bangun awal-awal pagi.. kita solat Subuh sama-sama..
Tapi kalau abang tak bangun juga,
'ayang' cubit je peha abang
abang tak kan marah..
Lagi abang sayang ada la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok sekarang abang dah nak gemok da
Tak ada la kurus je macam mula-mula kahwin dulu..
Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ya?
Jangan bimbang atau ragu ok,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong 'iron' baju abang
Sebab abang memang 'allergic' sikit bab gosok baju
Jangan risau la nanti abang gunting rambut..
Sekarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut dah kemas, baju dah kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pun terjaga, badan pun berisi juga
Argghh, menyesal betul kahwin LAMBAT!!!
(cerita rekaan yang mungkin ada kena mengena dengan sesiapa)




Dipetik dari: IqJohor