Friday 29 June 2012

Dilema seorang NIQOBIS~

Assalamualaikum wbt
"ALLAH..kenapa saya rasa TAK TENANG ya...erm..saya dah TUTUP SEMUA AURAT...Alhamdulillah~ saya dah tutup dengan SEMPURNA..saya pakai STOKING dan saya pakai NIQOB...tapi kenapa ya saya rasa MASIH TAK TENANG? hurm..saya buka album FACEBOOK saya, ALLAH..patutlah saya rasa TAK TENANG...gambar saya BANYAK, WALAUPUN BERNIQOB...saya juga mungkin mendatangkan FITNAH. haaa..LELAKI dan PEREMPUAN PUJI saya...diorang kata CANTIK, MENAWAN...ini TAK BOLEH JADI, saya nak jadi MUSLIMAH yang BERKUALITI..saya MESTI DELETE!"



Thursday 28 June 2012

Hadith Qudsi


Assalamualaikum wbt

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:


"Wahai anak Adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap KEMATIAN tetapi MASIH BERGEMBIRA.


Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap HARI PERHITUNGAN tetapi dia masih MENGUMPUL HARTA.


Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap KUBUR tetapi MASIH TERTAWA.


Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap KEHIDUPAN DI AKHIRAT tetapi dia masih BERISTIREHAT.


Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap DUNIA DAN KEMUSNAHANNYA tetapi dia MASIH TENANG DENGANNYA.


Aku hairan kepada mereka yang ALIM PADA LIDAHNYA tetapi JAHIL PADA HATINYA.


Aku hairan kepada mereka yang SIBUK BERSUCI dengan air tetapi HATINYA TIDAK SUCI.


Aku hairan kepada mereka yang SIBUK DENGAN KEAIBAN ORANG LAIN tetapi dia LUPA TERHADAP DIRINYA SENDIRI.


Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MENGAWASINYA tetapi dia masih boleh MELAKUKAN MAKSIAT atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan MATI KESEORANGAN, akan MEMASUKI KUBUR KESEORANGAN dan akan DIHITUNG KESEORANGAN tetapi masih JINAK BERSAMA MANUSIA.


"Ketahuilah tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku."




Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah

BELAJARLAH untuk REDHA

Assalamualaikum wbt

Apabila kita REDHA dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka PERCAYALAH ALLAH swt akan MENGANTIKAN kekecewaan itu dengan sesuatu yang TIDAK DIJANGKA iaitu sesuatu yang JAUH LEBIH BAIK! InsyaALLAH!~♥

HATI yang LALAI

Assalamualaikum wbt

Sewaktu BELUM mempunyai calon, sejadah memang menjadi hamparan, tazkirah setia menjadi teman, doa kepada Allah siang dan malam. Bila SUDAH mempunyai calon, semua itu sedikit demi sedikit jadi LAKONAN. Fokus beralih kepada si dia yang menjadi idaman. Yang dinasihat supaya berbincang tentang pernikahan, tapi yang dibuat adalah berhubungan siang dan malam. Hujung pangkal pernikahan belum nampak jalannya teman. Boleh jadi calon yang diberikan itu hanya sebagai UJIAN, BUKAN JODOH YANG DITETAPKAN. Allah mahu melihat SEJAUH mana engkau punya KEIMANAN. Adakah engkau akan jatuh dalam kealpaan, atau masih setia dengan niatmu di permulaan ツツ

ABILITY vs RESPONBILITY!


Assalamualaikum wbt

~WITH THE GREAT ABILITY, COMES THE GREAT RESPONBILITY~


JANGAN berbangga dengan KELEBIHAN DIRI. Sebaliknya kita perlu SEDAR, KELEBIHAN diri itu adalah ANUGERAH yang perlu kita SUMBANGKAN KEMBALI kepada masyarakat. Ya! Sekiranya kelebihan diri SELUAS LAUTAN, kerendahan hati haruslah SELEBAR BUMI! ^____^

Wednesday 27 June 2012

NIKAH itu satu PERJANJIAN!



PERKAHWINAN bukan suka-suka. Ia adalah PERJANJIAN sampai mati. Dalam perkahwinan, kita perlu BERKONGSI, MEMBANTU antara satu sama lain, serta sama-sama MEMBERI.. ia BUKAN sekadar tempat untuk MENAGIH dan MEMPERSOALKAN HAK sebagai suami isteri~ Buat sahabat2 yang akan melansungkan perkahwinan pada musim cuti, TAHNIAH.. =) moga kalian bercinta sampai ke SYURGA!~


Maksud lafaz nikah: 

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”

Thursday 21 June 2012

SATU HATI kerana yang MAHA SATU


Assalamualaikum wbt




Ketika Allah MENGINGINKAN DUA HATI BERTEMU, 
DIA akan menggerakkan keduanya...
TIDAK hanya salah satu. 


Dan apabila dua hati MENGINGATI SATU, 
maka MUDAHLAH bagi keduanya untuk BERSATU ^___^


Apabila hati terikat CINTA kepada Allah dan Rasul-NYA..
tiada yang menyakitkan, tiada pula yang menakutkan..
dan tiada yang kesepian...
kerana Dia sentiasa MEMERHATI!~♥


ALLAH, ALLAH..ALLAH!

Tuesday 19 June 2012

~NILAI SEHELAI TUDUNG LABUH~

Assalamualaikum wbt


Adik: "kak, mak kirim tepung"
saya: "ok!"

5minit kemudian.

Adik: "kak,lupa...belikan coklat yg bentuk teddy bear, bunga n bla..bla..bla... ala yang beli satu percuma satu tu..alaa...yang satu tu..
saya: "ya la..ya la.."

5 minit kemudian lagi..

Adik: "kak..kirim mayonis..pastu boleh tak kirim ni...ni...ni..bla..bla..beli tau, nanti kempunan.

aii...ayat terakhir dia, BOLEH TAHAN! permintaan berbau UGUTAN!huhu...
saya merungut.tapi..belum sempat saya memuntahkan lecture percuma, talian dimatikan setelah sempat saya mendengar ketawanya yang berdekah2 di hujung talian telefon..aiya..SABAR JA LAH!

dari satu barang ke satu barang dipesan..kenapa tak pesan ja sekaligus dari tadi? eeee...BUDAK NI..kalau ko ni roti, dah lama aku kunyah2..ngeee (garang kan saya :D)

bibir merungut, tapi mata tetap meliar mencari barang2 yang dipesan..bukan soal tak nak beli..tapi..serius, saya sangat penat.

namun, memikir tanggungjawab seorang kakak, juga kasih sayang terhadap adik, saya turutkan juga. keadaan supermarket yang sesak saya redah dengan badan yang sangat LETIH.LAPAR.GASTRIK. semuanya bercampur jadi satu.hanya tuhan saja yang tahu.



Baru saja hendak masuk ke lorong bahagian rak yang tersusun makanan segera dalam tin yang sempit, 3 orang lelaki berkopiah, lewat 25-an barangkali, cuba 'mengensot' ke tempat yang sama.

mereka pandang tudung saya dari atas sampai bawah dengan pandangan yang aneh.

hati memberontak.
tak suka dipandang sebegitu.
mahu saja dihambur ayat killer.

"boleh tak awak bertiga jangan pandang saya mcam alien? saya tak suka!"

tapi..ayat itu hanya berdialong dalam hati.
nak dihamburkan segalanya di bibir? 
itu tidak mungkin. kang jatuh plak saham saya..:D

"maafkan saya, silakan..."

dia mengarah tangannya memberi laluan.
lagaknya seperti seorang pelayan hotel 5 bintang..(hiperbola) sambil sebelah tangannya lagi cepat2 menarik sahabatnya yang hampir terlanggar bahu saya..

terpana.
rasa macam princess charming?
oh, TIDAK.
saya cuma rasa...
AMAT DIHORMATI.

saya hanya mengangguk. tersenyum tidak, marah pun terus tak jadi..tangan menyambar botol mayonis dan terus berlalu ke kuanter pembayaran dengan muka setebal 10 inci menahan malu.. huuuu

dalam hati: dia dengar ayat killer aku tadi ek? tapi aku tak sebut betul2 kan tadi? dalam hati je kan? eh...dia boleh baca ke isi hati aku? erkkkkkk....)


tapi, syukur...alhamdulillah, sehelai tudung yang saya pakai mampu menyelamatkan saya.lebih baik dihormati daripada diminati oleh kaum adam. ITULAH SEBAIKNYA...

Monday 11 June 2012

Cita-Citaku Di Dunia dan Di Akhirat :')


Assalamualaikum wbt.

Dulunya…setelah menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bioteknologi sumber, saya bekerja sebagai pembanci di Jabatan Statistik Sarawak, kemudiannya menjadi pelatih siswazah di Jabatan Tanah dan Survey. Oleh kerana kehidupan family yang amat memerlukan saya bekerja tidak memberi pilihan untuk saya untuk tidak memimilih kerja. SAYA TIDAK KISAH. Malah saya berasa amat BERSYUKUR kerana saya diberi peluang untuk mengenali manusia di sekeliling saya setelah 4 tahun saya menjadi katak di bawah tempurung: kerana saya duduk asrama di matrix dan unimas ^__^’

Yala..saya kan jarang keluar rumah. Kalau keluar rumah pun..kompem orang tanya camni: 

“anak sapo ni, tak penah nampak pon muka dia”..

begitu lah antara soalan-soalan mereka.

:D

Tapi, oleh kerana saya ini seorang yang ANTI DUDUK OFFICE, pada HARI PERTAMA selepas balik kerja di office jabatan Tanah dan Survey, saya sudah bising-bising mengomel sendiri di rumah:

“ nak berhenti kerja, sebab takde keje kat opis tu..asyik duduk n ngadap computer, BORING!”

Kemudian ayah saya akan jawab: "BAGUSLAH! Tak penat..hujung bulan dapat gaji"

Ayah saya ketawa.suka.

T__T

Itulah lah hakikatnya..SAYA MEMANG TAK BERAPA SUKA KERJA DALAM OFIS. Tapi kenapa?

Saya tak suka dengar orang MENGUMPAT, GOSIP dan sewaktu dengannya. Tempat pertama yang saya akan PERGI MEMBAWA DIRI sekiranya mendengar kes mengumpat, caci mencaci dan juga gosip gosipan adalah SURAU/MASJID. Bukan nak tunjuk BAIK, tapi bagi saya itulah tempat yang paling DAMAI dan TENTERAM yang pernah ada di dunia ini.


p/s: tu sebab saya suka bekerja dalam LAB, jarang orang mengumpat sebab sibuk ngan keje..:D

Dan akhirnya…apabila saya sudah mencapai tahap TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN di ofis, makanya saya cuba mencari solusi untuk melarikan diri dari tempat SERAM tersebut.

Saya cuba merisik seorang pensyarah untuk bertanyakan perihal master. Walaupun sebenarnya itu bukan lah master cita-cita utama saya. Bagi saya, selepas degree saya hanya ingat untuk KERJA. Tapi jalan ceita ALLAH sungguh MISTERI, DIA takdirkan saya untuk belajar lagi..:) Namun, terasa jiwa begitu gembira kerana berjaya melarikan diri dari tempat yang menyeramkan itu: office  ^___^’



Dan kini…pejam celik, pejam celik…kini sudah 8 bulan saya menimba ilmu di sini, UNIMAS. Hari yang berlalu terasa begitu amat laju sekali. Jam berdetik tidak menunggu manusia. Yang leka dan lalai akan ketinggalan. Yang punya matlamat akan terus berjuang.


Firman ALLAH swt dalam surah Al-Ashr: 1-3


Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. 
**********
Sekarang, saya sedang berfikir tentang apa yang akan berlaku setelah saya menamatkan pengajian saya tahun hadapan (InsyaALLAH)…adakah saya akan terus melibatkan diri  dalam bidang BIOTEKNOLOGI? 

“duduk lah dalam lab sampai kulit ko jadi kuning..main lah bacteria tu puas2..”

Itu kata kazen saya..

Mulut dia, sabo je la…:D

Saya fikir jauh lagi…lagi dan lagi…

Apa yang sebenarnya saya mahukan dalam hidup ini?
*********
Saya sedar, setinggi mana pun pendidikan kita, kita hanya seorang HAMBA ALLAH. Hamba ALLAH tugasnya adalah mengabdikan diri kepada ALLAH swt.

Setelah menaelah+mempertimbangkan aspek2 lain+bermuhasabah +menilai kemampuan diri, akhirnya, saya sedar apa yang sebenarnya saya mahu dalam hidup saya.

Selama ini,sebenarnya hubungan  saya dan  bioteknologi hanyalah SEKADAR HOBI :P kami bukan pasangan kembar yang tidak mampu dipisahkan.. :P

Ya, itulah sebenarnya. Saya hanya meminati nya. Tapi bukan 100% untuk dijadikan JALAN UNTUK MENERUSKAN HIDUP. 

Saya…sebenarnya punya impian yang LEBIH BESAR selain menjadi biotechnologist. 

Firman ALLAH dalam surah Al-Baqarah: 216

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Surah Muhammad: 41

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Maka, saya bertekad untuk memilih kerjaya yang paling mengaut banyak PAHALA untuk membeli tiket ke SYURGA, supaya saya boleh MENJADI APA SAJA SAYA SUKA DI SANA..wah! haha..:D 

KETAWA? tapi SAYA SERIUS..:)



InsyaALLAH, pada masa hadapan.. apabila tamat pengajian nanti, saya mahukan kerjaya yang mampu membawa orang lain mendekati ALLAH swt. BEKERJA sambil BERDAKWAH.InsyaALLAH, moga ALLAH memilih saya untuk menjadi salah seorang calon yang membawa risalah-NYA.amin.

Biarlah orang kata kerja saya tidak setaraf dengan pendidikan saya, kerana saya lebih mementingkan PANDANGAN ALLAH. Kerana ALLAH akan menegakkan kedudukkan hamba2 yang membantu AGAMA-NYA. IMPIAN saya bukan DUNIA, kerana SYURGA itu KEKAL ABADI.