In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)
Bertali arus dugaan tiba,
Menakung sebak air mata,
Namun tak pernah pun setitis..
Gugur berderai di pipi…
Tidak ditempah hidup sengsara,
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian…
Agar keikhlasan kita sebagai hamba itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara...ianya seringkali dalam bentuk yang diluar bayangan dan jangkaan kita…ketika ujian itu datang menguji diri, jiwa meronta tidak mahu percaya, hati menangis meraung sekuat hati, dan akal mula meragui segala ketetapan Ilahi. Saat itu, iman mula rapuh dan mula berputus asa untuk menghadapi segalanya…
********************
Kerana dunia ini penuh pancaroba, ia ibarat seperti dewan peperiksaan kepada manusia. Setiap manusia itu adalah calon yang sedang menduduki peperiksaan dunia, dikawal siang dan malam oleh juri bernama malaikat dan yang pasti akan dihakimi di SANA oleh Allah yang Maha Adil...
Logiknya... apa sahaja yg berlaku di sekitar kita sebenarnya adalah ujian dari Allah. Kita yang punya akal tapi seringkali terlalai ini hanya merasakan ujian itu hanya terdiri kesusahan...Kita terlupa satu hakikat dalam dunia yang penuh perhiasan palsu ini... kemewahan dan kesenangan yang kita miliki jua sebenarnya adalah ujian daripada Allah...kerana Allah itu Maha Bijaksana, maka setiap apa yang berlaku di dunia fana ini pasti punya alasannya...
Cuba...renungi firman Allah dalam Kalam-NYA, surah Al-Kahf, ayat 7...
Logiknya... apa sahaja yg berlaku di sekitar kita sebenarnya adalah ujian dari Allah. Kita yang punya akal tapi seringkali terlalai ini hanya merasakan ujian itu hanya terdiri kesusahan...Kita terlupa satu hakikat dalam dunia yang penuh perhiasan palsu ini... kemewahan dan kesenangan yang kita miliki jua sebenarnya adalah ujian daripada Allah...kerana Allah itu Maha Bijaksana, maka setiap apa yang berlaku di dunia fana ini pasti punya alasannya...
Cuba...renungi firman Allah dalam Kalam-NYA, surah Al-Kahf, ayat 7...
“Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumisebagai perhiasan baginya, untuk kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya”
(Al-Kahf 18:7)
Apabila ditimpa ujian dan dugaan hidup, seringkali perkara pertama yang timbul di dalam diri adalah sifat "mempersoalkan" dan "keluhan"...…kenapa mesti aku, kenapa tidak orang lain? Atau keluhan aku tak mampu, aku tak sanggup hadapi ujian ini!
Saudaraku, jangan jadi insan yang cepat berputus asa...kerana itu bukanlah ciri orang yang beriman. Kerana Allah yakin kamu mampu menghadapi ujian itu, maka Allah telah memilihmu untuk menerima ujian-NYA. Mari renungi firman Allah ini saudara seagamaku…
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya….”
(Al-Baqarah 2:286)
STATUS KITA HANYA HAMBA
Janganlah sesekali lupa dengan status kita di bumi fana ini...kita adalah hamba-NYA..dan selama-lamanya kita tetap hamba-NYA...Kerana status kita HAMBA, maka itu lah yang telah menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji dan terus diuji…Namun, kerna Allah Maha Penyayang, tidaklah musibah itu sia-sia melainkan terkandung selautan hikmah didalamnya…
Sesungguhnya Allah itu lebih Mengetahui apa yang terbaik buatmu, maka DIA merencanakan sesuatu yang kadangkala di luar jangkaan kita. Itulah tanda sayang dan cinta Allah kepada hamba-hambaNYA…. Maka, bersyukur lah menerima ujian-NYA kerana setiap ujian yang disandarkan dibahumu menunjukkan Allah amat menyayangi kita...
Mari...hayati hadith ini....
Mari...hayati hadith ini....
‘Tidaklah seorang muslim terkena duri, atau lebih dari itu, kecuali Allah mengangkat baginya satu darjat, dan menghapuskan darinya satu dosa’ (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dan renungi firman Allah ini,
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (QS 29:2)
Disamping sebagai kafarah dosa, ujian itu juga sebenarnya hadir untuk menguji tahap keimanan kita. Umpama seorang pelajar yang menghadapi peperiksaan di sekolah...mereka diuji sejauh mana kefahaman mereka mengenai apa yang dipelajari selama tempoh tertentu.
Tanpa ujian peperiksaan, sebahagian besar dari manusia tidak memilih untuk tidak mendalami subjek-subjek yang dipelajarinya…. Maka, dengan meletakkan ujian, akan menjadi keperluan bagi pelajar untuk mengulangkaji pelajarannya, biar secara terpaksa atau dengan rela hati…
Ujian-ujian material di dunia ini seperti peperiksaan itu menghasilkan suatu output yang sangat baik. Melalui ujian, pelajar-pelajar akan lebih memahami mata pelajaran yang diambilnya. Bahkan lebih dari itu, jika keputusannya baik, namanya akan tersohor di mata manusia dan peluang pekerjaannya juga tentulah lebih meluas insyaAllah. Itu sudah menjadi sunnah Allah di bumi ini.
Mengapa begitu asyik saya bercerita mengenai ujian-ujian material ini? Tidak lain agar kita dapat melihat secara jelas TUJUAN dan KESAN ujian-ujian yg ditimpa ke atas kita, atau lebih spesifik lagi, kepada Roh kita.
Nah...musahabah dan renungi diri kembali...
Seorang hamba yang memahami ujian Allah ini, tidak akan pernah mengeluh dengan suasana atau musibah yang menimpanya. Sebaliknya dia akan tersenyum memikirkan bahawa Allah, para malaikat dan orang-orang beriman sedang menunggu untuk menyaksikan BAGAIMANAKAH TINDAKKAN saat di kenakan ujian tersebut.Ya...Allah sedang melihat BAGAIMANA kamu akan mendepaninya...samada dengan sabar dan redha ataupun penuh dengan putus asa...
Dalam konteks peperiksaan di atas, jika seseorang pelajar itu faham dan dia sedia, maka dia akan lulus. Begitu jua iman...Allah uji..dan uji kita untuk melihat tahap keimanan kita terhadap-NYA. Adakah kita benar-benar sabar dan redha sebagai hamba-NYA yang tidak akan putus-putus diuji musibah yang mengetuk jiwa? Dan apakah saat diuji, jiwa kita semakin dekat dan mengharapkan pada-NYA atau kita semakin jauh dan menyalahkan-NYA?
Ia sebenarnya satu proses untuk kamu belajar mengenai perit getir kehidupan disamping pada masa yang sama Pencipta hatimu sedang menguji dan menajamkan imanmu...
Betapa Allah itu Maha Bijaksana…Maka, DIA jadikan seluruh isi dunia ini sebagai saksi kepada ketabahan hamba-hamba-NYA.
Selain itu, ujian dan dugaan hidup adalah didikan terus dari Allah S.W.T. Ini kerana ujian dan cubaan akan menjadikan manusia lebih baik, mantap, berilmu dan bersedia menghadapi dugaan kehidupan yang lebih mencabar lagi.
Mari..kita cuba singkap mesej yang cuba disampaikan oleh Habiburrahman El Shirazy dalam novel terulungnya... Ayat-Ayat Cinta...
AYAT-AYAT CINTA
“Oh, novel itu sangat bagus. Ia panduan bercinta menurut Islam,” komen gadis-gadis Islamik yang jatuh hati dengan novel Habiburrahman El Shirazy.
“Ceritanya indah sekali. Ana kepingin menjadi Fahri,” ulas seorang akh yang larut dalam kisah syahdu di bumi Kinanah itu.
Mana mungkin Habiburrahman El Shirazy menulis sebuah novel, hanya untuk membentangkan soal cinta!
Saya tidak melihat novel itu kemuncaknya adalah cinta. Saya tidak jadi ‘mabuk cinta’ membaca bait Ayat-ayat Cinta. Sebaliknya jiwa saya remuk meneman Fahri ketika di dalam penjara, kerana di situlah mesej teragung yang sepatutnya diangkat sebagai muhasabah terbesar ke atas jiwa.
Sama ada rakan sepenjara Fahri itu adalah Profesor Abdur Rauf yang dinukil novel, atau lelaki gila tanpa nama di dalam filem, ungkapannya bagai panahan lintar menampar pipi Fahri, juga saya yang membacanya:
“Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLAS itulah Islam”
Ya… kesalahan Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah hidup dalam ilmu dan ketaatan, beliau tidak wajar diuji. Beliau itu bersih, suci, bagai yang dimahukan oleh Allah. Apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu yang bertentangan dengan nilai hidupnya. Mana mungkin seorang yang begitu bersih dari menggauli manusia berlawanan jantina, tertuduh dengan sebusuk-busuk fitnah, merogol Nora?
“Apa salah saya kepada Allah???” soalan seorang manusia bernama Fahri, yang tertipu dengan dirinya sendiri.
“Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!” bicara waras seorang manusia gila.
Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada ibadahnya kepada Dia. Tetapi ikhlas dan musuh ikhlas itu sulit. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada malam yang hitam pekat.
[ABU SAIF]
Ketika musibah menimpamu percayalah sebenarnya Allah sedang berbicara denganmu… Berbicara denganmu mengenai kesabaran dan keredhaan....juga keikhlasan kamu sebagai hamba-NYA yang akan sentiasa diuji...
Namun, adakah kita perlu menghadapinya dengan sabar sahaja? Sabar itu perlulah seiring dengan redha. Tanpa redha, kesabaran itu hanya pura-pura....Tanpa redha, sabar itu tiada nilainya...
Orang yang beriman akan menghadapi ujian dengan penuh kesabaran dan keredhaan serta menanti-nantikan alam syurga yang penuh dengan kebahagiaan.
(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (QS 2:156)
[Maksudnya: Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali]
Di samping itu, ujian juga sebenarnya adalah satu cara halus Tuhan untuk mendidik manusia supaya tidak terlalu cintakan dunia sebaliknya sentiasa merindui akhirat.
Cuba kita renungi kembali…saat kita kehidupan kita dalam kemewahan dan dikelilingi kesenangan, berapa kali kah kita mengingati-NYA? Paling-paling hanyalah dalam solat. Jika dihitung dengan masa, dalam 24 jam, mungkin cuma 30 minit saja masa yang kita peruntukkan untuk mengingati DIA. Kemana lagi 23 jam 30 minit??? SIBUK. Kita sibuk dengan urusan duniawi yang takkan dapat membantu kita saat amalan kita dihitung dan ditimbang.
Jadi, setidak-tidaknya dengan ujian kesusahan ia akan membuatkan kita lebih meletakkan pergantungan kita pada Allah. Buka pergantungan biasa tapi PERGANTUNGAN TOTAL di mana tiada yang lain yang kita harapkan melainkan hanya pada Allah. Betapa Allah inginkan kita untuk kembali padaNYA...
Ujian itu datang bukan untuk menyesatkan atau menjauhkan manusia dari Allah...orang beriman yang sentiasa sabar dan redha serta tawakal dan tidak pernah meragukan hikmah Allah akan mampu menghadapinya dengan tabah.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (QS 3:139)
Andai berat mehnah yang kita tanggung, jangan kita lupa bahwa kita ada Allah untuk bergantung. Malah Allah sendiri telah menawarkan diriNYA untuk dijadikan sebagai tempat kita mengadu saat tak tertanggung dugaan itu.
FirmanNya dalam surah Al-Ikhlas,112:2
“Allah tempat meminta segala sesuatu”
Ketahuilah saudaraku...
dalam kita melangkah di bumi fana ini,
kita akan sentiasa diuji dengan ujian yang berat,
sehingga kadangkala kita terduduk menangis....
peritnya terasa dan hati calar terluka...
Tapi saudaraku,
muhasabah dan renungi diri kembali...
kerana kadangkala air mata itu hadir..
kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman kita yang kian terkoyak..
lantaran ada langkah-langkah yang tersasar sebelum ini....
Dan ketahuilah...
setiap ujian itu adalah tarbiyah dari Allah...
apakah kita akan sabar menghadapinya atau sebaliknya...
kesenangan yang datang selepas kesusahan adalah nikmat dari Tuhan...
kerana sesungguhnya syurga itu manis,
maka ujian itu amat pahit...
Dan ingatlah tidaklah berlaku sesuatu di dunia ini melainkan ia terjadi dengan kehendak Allah. Setiap sesuatu biar sekecil manapun ia.
“..dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata.” [6:59]
9.20 pm
Kota Samarahan,
The Knowledge City
No comments:
Post a Comment