Monday, 27 June 2011

Demi masa



In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)

Di keheningan malam, aku duduk bertafakur bersendirian...
Berteleku dan cuba bermuhasabah kembali setiap detik-detik masa yang telah aku lalui...

Dulunya…
Diri ini pernah melangkah laju bersama teman-teman seperjuangan dalam jalan tarbiyah...
dan diri ini juga pernah jatuh rebah dalam memperjuangkan panji laillah haillah muhammadur rasulullah....
tidak selalu kami memang, kerana acap kali kami kalah...
kalah di mata manusia, tapi tidak di mata DIA..insyaAllah!

*****
Kini segalanya berubah..
Masa terus berputar dan kini aku merasakan diriku terlalu lama sudah berehat dalam medan dakwah. 
Rehatnya aku dalam bidang besar ini tanpa aku sedar sedikit sebanyak telah membuatkan aku hilang arah...
Dan sekaligus menyebabkan diri ini kembali diselubungi jahiliyah....

Pelbagai sms, e-mail, calls dari murobiyah, sahabat seperjuangan singgah menyapa HP comel itu...
adakalanya aku balas dengan mood yang terpaksa, 
dan ada jua aku biar tanpa bicara...
yang penting hati pada ketika itu memprotes...aku mahu lari!

Pelbagai alasan yang tercipta tanpa usaha, diberi sebagai jawapan muktamad tanpa berfikir yang sebenarnya diri ini sedang merancang untuk membunuh terus hati yang hampir mati....
dan masa terus berlalu tanpa henti...
membiarkan aku sendiri..
umpama jasad tanpa hati...

Tika itu, diriku diibaratkan seperti berdiri di tepi curam....
hanya perlu satu tolakkan lembut untuk jatuh ke jurang...
jurang gelap JAHILIYYAH!

*****
Tangan itu lembut menyapa aku dari belakang...
mengukir senyuman manis sambil memberi nafas baru untuk membawa ku kembali berjuang...
"Ayuh! kita berjuang bersama...kita perlukan jalan ini untuk kembali kepada DIA...katanya...
Hati itu pada masa itu berbelah bahagi…
Ingin kembali atau terus saja static tanpa hala tuju diri…

Aku fikir lagi…
Kenapa begitu susah diri ini untuk kembali seperti dulu?
Adakah kerana hati ini sudah lama berehat dari dunia dakwah dan tarbiyah?
atau…hati ini sudah kosong dan mati?


Tanpa putus asa, dia pujukku lagi,
Terus nasihat tanpa henti….
Sentiasa berusaha mengapai tanganku walaupun banyak kali ia terlepas dari pegangannya...

*****
Alhamdulillah, alhamdulillah..alhamdulillah...
kerana Allah itu Maha Penyayang....
hati ku terbuka jua untuk kembali…
pengisian pertama yang amat menyentuh hati…
sudah cukup untuk mengalirkan air mata yang dulunya beku tanpa erti….

Kini aku sedar…
Kadangkala hati harus dipaksa dan tenaga harus jua dikerah...
kerana diri ini harus segera kembali kepada fitrah...
iaitu dekat dengan Allah....

Dan tanpa aku sedar,
pelbagai alasan yang ku sengaja cipta atau segala bongkah penghalang yang aku sandarkan dahulu, 
hanyalah satu usaha untuk membunuh diriku sendiri…
ya..itu lah kesilapan yang paling besar yang aku pernah lakukan...

Kini,
kaki ini masih lagi melangkah di atas landasan tarbiyah...
walaupun keadaannya begitu jauh berbeza seperti dulu…
dan walaupun diri ini hanya sendiri, tanpa teman yang menemani...
kerana aku percaya..hidup ini mesti ada tujuan diri! 

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." (Surah al-Ash)

No comments:

Post a Comment