Untuk mencari damai di hati dan jiwa, PULANGLAH KE ASAL...
Mungkin kerana itu, zikrullah, solat dan majlis ilmu sering mengundang damai....
Sedangkan dosa, lagha dan tenggelam oleh urusan dunia, acap kali menimbulkan GELISAH DAN RESAH. Kerana asal jiwa ini DEKAT DENGAN ALLAH....
Masakan tidak “dekat”…
Kita pernah bersoal jawab dengan dengan Allah secara lansung, di alam roh yang misteri, namun boleh difahami bahawa asal maujudnya kita adalah DEKAT kepada-NYA.
Allah bertanya secara lansung kepada kita:
“Bukankah aku Tuhan kamu?”
Dan kita semua telah menjawab secara lansung kepada DIA:
“Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi (Al-A’raaf: 172)
Di alam itu, kita dekat dengan-NYA. Dan hakikat itu memainkan peranannya pada kembara kita di sebuah dunia.
Apa rasanya seorang perantau yang terbuang sendirian di bumi asing?
Sunyi dan resah tidak tentu masa.
Pastinya gembira, hilang sunyi, terhibur malah rasa “selamat”.
Bagaimana perasaan itu menjelma?
Dari mana perasaan itu muncul di dalam jiwa?
Tentu sahaja, kerana insan yang ditemuinya itu berkongsi asal yang sama.
Apabila diri dibawa pulang ke asalnya, jiwa tenteram beroleh damai.
Itulah rahsia zikrullah menenangkan jiwa ketika roh kita dibawa kembali ke sifat asalnya. DEKAT dengan Allah.
BERCINTA SAMPAI KE SYURGA,
HASRIZAL ABDUL JAMIL
No comments:
Post a Comment