Tuesday, 10 May 2011

Apa khabar jodohku...


Apa khabar jodoh ku? 
Sihatkah? 
Berat rasanya kelopak mata ku tertutup.
Bagaimana dengan kamu? 
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? 
Dan apakah mulut mu terasa menerus-menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodoh ku...
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu. 
Bukannya aku tak mahu atau aku tak rindu.
Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang.
Dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi sayang.
Kadang-kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkan ku? 
Mengajak ku bertafakur dan bersujud kepada Nya?

Berat hati ini menantikan mu, 
gelisah pula hati ini memikirkan mu. 
Apa kau selalu hiasi langkah mu dengan kebaikan-kebaikan? 
Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukan mu sementara, untuk menghadap Nya?



Jodoh ku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, 
mungkin aku akan merawat mu dengan penuh kasih sayang.

Jodoh ku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, 
Hati mu tidak terluka kan? 
senyumlah kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, 
Jikalau detik ini hati mu sedang terluka, 
berwuduklah dan dekatlah diri kepada Nya. 
Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja.

Jodoh ku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? 
Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepada mu. 
Begitu banyak pula harapan ku untuk menantikan nasihat-nasihat mu. 
Hati ini kosong dan hati ini tak sabar menanti kehadiran mu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihati ku.


Jodoh ku…
Adakah kau juga rindu pada ku? 
Bagaimana dengan Quran mu? 
Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? 
Apa yang kau fahami dari surah itu? 
Ceritakanlah kepada ku. Aku sedia mendengar dan begitu juga dengan keluhan mu, aku sedia mendengarnya.

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? Semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, jodoh ku.
Disetiap langkahku dan seusai solatku,
Ku bisikkan Al-Fatihah untuk mu, agar kau selalu berada dijalan Nya,
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama,
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang.

Jodoh ku..
Nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, 
Jagalah diri mu dari hal-hal yang dilarang agama. 
Kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas...

Jodoh ku..
Bersiaplah kau untuk mencintai ku secara tulus dan mahu menerima segala kekurangan ku. 
Dan membenarkan ku dikala aku salah. 
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu, dengan menjaga sikap mu dan tutur kata mu. 
Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak-anak kita kelak. 
Jangan pernah merasa keseorangan kerana aku disini masih setia menantimu.



Jodoh ku..
Kalau siang sudah berlalu. 
Pejamkan mata mu dengan buaian doa, 
begitu juga ucapan doa dari ku yang selalu menyertai mu. 
Semoga Allah selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin.

Jodoh ku..
Tak terasa penat ku menaip pada keyboard ini, 
memang benar ini adalah tanda kerinduan ku kepada mu,
Ingatlah sayang,
Aku selalu ada untuk mu,
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi.

Semoga kerinduan ku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu,
Salam hormat ku dan sayang ku untuk mu.


sumber: http://tulipungu2011.blogspot.com/2011/04/apa-khabar-jodohku.html

5 comments:

  1. terima kasih...
    hati itu bisa menangis atas nukilan ini..

    ReplyDelete
  2. sama-sama...
    semoga menanti jodohmu dengan penuh kesabaran dan kecintaan kepadaNYA.

    ReplyDelete
  3. Insyaallah..moga kamu temui jodoh yang terbaik untuk diri kamu..

    ReplyDelete
  4. T___T
    jikalau saya punya kesempatan untuk berjodoh.
    kerana hakikatnya kita telah bertunang dengan kematian dan akan berkahwin dengan akhirat. Rasanya saya kenal siapa Hamba Allah. IMP, Kuala Kangsar, Perak.

    ReplyDelete
  5. Hamba Allah: minta maaf. komen2 Hamba Allah sebelum ni terdelete sendirinye. saya pun tak tahu kenapa ia boleh terdelete. harap Hamba ALlah tak berkecil hati. =)

    ReplyDelete