Saturday, 14 May 2011

Ukhti dah isi borang baitulmuslim?


“Ukhti dah isi borang baitulmuslim? ke Ukhti sudah ada calon sendiri?”

“Bila perancangannya Ukhti akan menamatkan zaman bujang ukhti?”

“Apa perancangan ukhti 2 tahun,3 tahun, 4 tahun akan datang?”
***
Soalan-soalan ini sering kali menerpa diri saya ketika habis usrah, ketika program atau mahupun ketika bersiar-siar bersama murobiyah dan rakan satu usrah. Mungkin kerana disebabkan saya sudah pun menghabiskan pengajian sejak 2010 yang lepas, maka saya seringkali menjadi “sasaran” utama mereka.

Saya diam. Angguk tidak, geleng pun tidak.
Hanya senyuman mampu berbahasa.


Ya ukhti-ukhti ku sayang, ana memang akan berkahwin kerana hakikatnya ana sudahpun bertunang sekarang. Bertunang dengan seseorang yang bernama Kematian. Jadi, Maafkan ana kerna diam membisu. Maafkan ana… Kerana ana TIDAK TAHU SAMADA ANA LAYAK MEMILIKI KESEMPATAN UNTUK PUNYA BEBERAPA TAHUN YANG KAMU TANYAKAN ITU...
***

Kematian seorang sahabat tercinta telah banyak mengubah diriku ini. 
Pemergiannya tanpa kembali memberi bekas yang mendalam pada diri.
Hadirnya dia selalu dalam mimpi, mengundang rasa sayu dan tangisan dalam hati.

Sahabatku sayang, 
bahagiakah engkau disana? 
Bagaimana malam pertama di alam barumu? 
Sungguh… aku berasa gerun dan ngeri  tatkala membaca buku “Malam Pertama di Alam Kubur” yang kau hadiahkan buat diriku. 
Kini kau telah mengalaminya.
Tunggulah aku, aku akan menyusulmu.  Sabarlah sayang, usah menangis.  Tunggulah daku dalam senyumanmu.

"Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras, berat)." (Riwayat Tirmizi)


 “Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara sekejab, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, niscaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri”. (Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan).




***************

♥ KITA BERCINTA DI SYURGA YE SAYANG 


Wahai jodohku, Bukan ku tak cinta atau ku tak mahu.

Bukan ku tak rindu atau ku tak sayang pada mu.
Tapi hati ini amat merasakan sakaratul maut seinci lebih dekat dengan diri ku. 
Cuma dimana, bagaimana dan sampai bila nyawaku ini dipinjam aku tidak tahu.
Maka daku tidak berani memberi harapan mahupun kata janji padamu. 
Namun, jikalau aku punya kesempatan untuk menyayangimu, Cintai dan sayangi lah aku jua dengan setulus hatimu. 
Setialah menantiku.
InsyaAllah, Jika tidak didunia, di syurga abadi kita akan bertemu.



ooo... burungpun bernyanyi
melepas sgala rindu
yang terendam malu
di balik qolbu

ooo...anginpun menari
mencari arti
apakah ini fitrah
ataukah hiasan nafsu

didalam sepi ia selalu hadir
didalam sendiri ia selalu menyindir
kadang meronta bersama air mata
seolah tak kuasa menahan duka

biarlah semua mengalir
berikanlah kepada ikhtiar dan sabar
untuk mengejar...

sabarlah menunggu
janji ALLAh kan pasti
hadir tuk mdatang
menjemput hatimu

sabarlah menanti
usahlah ragu
kekasihkan datang sesuai
dengan iman di hati

bila di dunia ia tiada
moga di syrga ia telah menanti
bila di dunia ia tiada
moga di syurga ia telah menunggu

******************
Ya Allah,
Tatkala malaikat-MU bernama Izrail menarik semula nyawa yang KAU pinjamkan pada diriku, Adakah pada masa itu lidahku mampu mengucap kalimah syahadah sebagai bukti aku ini hambaMU? 

Adakah ketika aku pergi bonda dan ayahanda akan memaafkan semua kesalahanku dan meredhai aku sebagai anak yang tidak derhaka kepada mereka?

Dan adakah aku pergi dalam keadaan bakal suami ku redha dengan diriku sebagai isteri yang solehah dan taat kepada dirinya?

Dan adakah setelah aku pergi, sahabat handai akan mengingati ukhuwah cinta antara kami semua?

Allah… 

Bagaimana agaknya nanti aku pergi meninggalkan dunia-MU ini?
  
Adakah perginya aku kerana ujian kesakitan atau musibah kemalangan?

Adakah aku pergi diatas pangkuan suami tercinta atau bonda dan ayahanda yang kusayang?

Atau mungkinkah aku bersendirian ketika itu?

Ibu, benarkan aku pergi dalam pelukkan mu...



Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan, Di alam barzakh jasad dikebumikan

***
12.50 am, 14 Mei 2011

1 comment: