Tuesday, 10 May 2011

Dia hadir buat sementara, kemudian pergi buat selamanya


Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah..alhamdulillah…Alhamdulillah…
saya masih mampu bernafas.
Terima kasih ya Allah kerana masih meminjamkan nyawa ini untuk diriku.


"Kak! Ada sms!” suara Piqa yang agak kuat mengejutkan saya dari tidur.



Cuaca yang sangat panas di Samarahan iaitu mencecah 34 darjah celcius kadangkala  membuatkan saya cepat letih. Ditambah lagi dengan kesan kopi yang saya minum 2 cawan semalam membuatkan kepala berdenyut-denyut kerana tidak mendapat tidur yang mencukupi. Namun, handphone tetap dicapai dan sms dibuka malas.

Text Message received from Fidah Biotech.
Read now?
Yes.

“Salam. Tauk x (tau tak)? dedeq @ Nur Fazillah dah meninggal pagi tek (tadi). Lemas. Innalillah….”

Argh… mimpi ngeri lagi.
Sambung tido balik.
Sekejap…
Sms saya baca lagi.

“Salam. Tauk x (tau tak)? dedeq @ Nur Fazillah dah meninggal pagi tek (tadi). Lemas. Innalillah….”

Masih ayat yang sama.
Ini realiti!
Bukan ilusi!
Dan saya juga bukan bermimpi!
Ya Allah! Innalillahiwainnalillahirajiun.
Pipi terasa panas...
Air mata jatuh tanpa dipinta.

....Kenangan 8 tahun lalu perlahan-lahan mengetuk mindaku.
  

“Mas! Jom teman kamek (saya) pegi kedai luar!” dedeq menarik lengan kanan ku.
Adoi...sakitlah! rungut saya dalam hati. Tapi saya turutkan langkah mengikutinya. Masih ada sejam lagi sebelum kelas bermula.

Dulu Dedeq dan saya berada dalam 1 kelas. Tingkatan 2A dan kemudian 3A, SMK Muara Tuang. Setelah itu kami ditempatkan kelas yang berasingan. Tapi masih dalam deretan bangunan yang sama.

Balik dari kedai yang terletak di luar sekolah tersebut, dedeq membimbit satu plastik besar berisi lolipop, cokie-cokie, coca-cola, air kotak, keropok, aiskrim, coklat dan gula-gula…lebih dari RM 10 dia habiskan dalam masa 10 minit saja untuk membeli semua makanan ringan! Aduish!

“Nah! Ini untuk kau, kau dan kau..”

Begitu ringan tangannya membahagikan “hasil shoopingnya” sebentar tadi. Em..ingatkan dia makan sorang…dia bahagi2 ye…huhu…:D

Satu plastik besar yang berisi makanan ringan dibahagikan sama rata kepada kami semua. Sementara menunggu kelas bermula kami berbual kosong sambil makan. Masih ada sejam lagi. Aduh..lamanya! Yup, itulah aktiviti kami setiap hari Jumaat sementara menunggu solat Jumaat selesai.

**************

Itu lapan tahun yang lepas. Selepas tingkatan lima, masing-masing membawa langkah ke destinasi sendiri. Saya menerima tawaran ke Kolej Matrikulasi Labuan dan dia pula melanjutkan pelajaran di sebuah institusi kerajaan demi meneruskan cita-citanya untuk menjadi jururawat.

Pada hari majlis perkahwinan rakan sekelas kami di Dewan Suarah, Samarahan, saya sempat bertegur sapa dengan dia. Saya masih ingat, masa itu dia memakai kebaya putih, tudung putih dan kasut putih. Semuanya putih.

Manakala, kali terakhir saya menemui dia adalah di Sarawak General Hospital, iaitu di cafeteria ketika saya membeli secawan nescafe. Dia memakai pakaian seragam nurse yang serba putih bersih. Praktikal di situ katanya.

Dan baru tadi, saya menerima sms dari rakan karib saya. Nurfazillah a.k.a dedeq sudah meninggal dunia. Beliau mati lemas. Dr. Azri, iaitu sahabat beliau turut mati lemas ketika cuba berusaha menyelamatkan beliau.
Innalillah…

****************
Berita kematian saya terima di sana sini.

Seorang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan membawa beg berisi batu 10 kg terjun dari jambatan Ilmu, UNIMAS. Ini kes  bunuh diri (kadangkala saya mengharapkan dia bukan bunuh diri, tapi terjatuh). Moga Allah mengampunkan dosa-dosanya.

Seorang hamba Allah, mengidap penyakit buah pinggang, dari Fakulti Seni dan Sains Gunaan telah meninggal beberapa bulan yang lepas. Ini pula kes meninggal kerana sakit.

Dan kini,
Seorang sahabat lama saya, telah mati lemas di Puncak Borneo yang terkenal dengan air terjunnya yang beralir deras. Ini kes kemalangan.
rujuk link ini untuk mengetahui berita kemalangan arwah.
http://www.theborneopost.com/?p=128869


Ya Allah, aku mohon, ampunilah dosa-dosa sahabatku ini.
kerana dia adalah seorang sahabat, teman dan kawan saya yang sangat baik.
Al-Fatihah buat Allahyarhammah Nur Fazillah bt Abdul Kadir.

*******************
Berita kematian saya dengar di sana sini.
Dan semuanya melibatkan insan yang dekat dengan saya.
Ya Allah…
Terasa seluruh badan saya terketar-ketar dan mengigil. 
Saya dapat rasakan kematian begitu dekat dengan diri saya.
Dan…

Saat ini saya teringatkan Nurul Hidayah yang menderita penyakit buah pinggang.
Kini dia hanya punya peluang sebanyak 50% untuk hidup. 

Juga insan yang paling dekat dengan saya yang 
mengidapi penyakit Chronic Lymphocitotic Leaukimia. Penyakit yang tiada penawar. Tiada ubat. Pesakit kanser hanya punya peluang tipis untuk hidup. 

“Pak cik, terus terang saya katakan disini…penyakit pak cik tiada ubat. Dalam erti kata lain, pak cik akan mati secara perlahan-lahan. Saya harapkan pak cik dan keluarga pak cik bersedia menghadapi semua ini.”

Itu kata Doktor! Kata Allah pula bagaimana???
Tapi...bunyinya amat menakutkan.
Seluruh badan mengigil.
Sudah bersediakah saya?
Allah, sungguh…saya tidak mampu menghadapi semua ini.
T___T

*******************

Berita kematian yang sangat dekat dengan kita seharusnya diambil sebagai iktibar. Semoga kita yang masih hidup ini sentiasa bersedia dengan amal-amal untuk menyambut kematian yang datang secara tiba-tiba. Tapi sudah cukup kah amalan kita untuk dijadikan bekal menuju negeri abadi? Berapa lama lagi masa yang kita ada? Prof Hamka pernah berkata, kita dapat menghitung masa yang kita telah gunakan, tetapi kita tidak dapat mengitung masa yang masih ada untuk kita.

Sedarlah, kematian tidak mengenal usia, tidak mengenal kesihatan jasad seseorang itu. Tidak mustahil Allah akan menarik nyawa kita ketika kita tidur, belajar, makan, minum malah ketika mandi.

Allah swt telah berfirman di dalam kalam-NYA;

"Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha teliti terhadap apa yg kamu kerjakan" [Al-Munaafiqun:11]

Dan Benarlah janji Allah di dlm Al-Quran,

" setiap yg bernyawa pasti akan merasakan mati..." [Ali-Imran:185]

Masih tidak cukup lagikah peringatan ini untukmu?
Bersedialah kamu wahai insan yang lalai…



*************************

"Ya Allah, jika masa itu telah tiba, jemputlah aku dalam keadaan aku beriman padaMU.. Jemputlah aku tatkala dosa-dosaku sudah terhapus, jemputlah aku tika aku mencintaiMU sepenuh hatiku, agar rasa sakit tika malaikatMU menyeru hujung nyawaku itu tidak terasa olehku dek rasa cinta dan rinduku padaMU..perkenankanlah ya Allah..." 


اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك

"Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada hujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku iaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)"

(H.R. Ibnus Sunny)


اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
"Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan HUSNUL-KHATIMAH (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan SU`UL-KHATIMAH (akhir yang buruk)"






No comments:

Post a Comment