Bismillahirrahmanirrahhim...
Assalamualaikum...
Aktiviti yang sering dilakukan sering berpunca daripada LURUS dan BENGKOKNYA hati.
Abu Hurairah berkata, ‘Hati adalah RAJA, sedangkan anggota badannya adalah TENTERA. Jika RAJA ITU BAIK, maka BAIKLAH PULA TENTERANYA..jika RAJA itu BURUK, maka BURUKLAH juga TENTERANYA”
Hati yang KERAS mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, diantara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. MALAS melakukan ketaatan dan amal kebajikkan
Terutamanya melaksanakan amal ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius menunaikan solat atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-NYA yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan rasa malas dan tidak (pula) menafkahkan( harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan” (At-taubah, ayat 54)
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk dan tunduk, dan juga lalai daripada membaca Al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah swt memberi ingatan yang ertinya. “Maka beri peringatanlah dengan Al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku (Al-Qaf, ayat 45)
3. BERLEBIHAN mencintai dunia dan MELUPAKAN AKHIRAT.
Himmah dan segala keinginannya tertumpu pada urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungans esama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penhujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individualistic, bakhil serta tamak dengan dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah.
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak perduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pelajaran, seperti kematian, sakit dan bencana dan seumpamanya. Dia mamandang orang yang mati atau orang yang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.
“ dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka sedang diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak juga bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran? (At-Taubah, ayat 126)
"Wahai hati tempat jatuhnya pandangan ILAHI.....teruskah berusaha mencapai redhaNYA...kerana itulah kejayaan yang hakiki.... ♥ "
No comments:
Post a Comment