بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
1. Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau DALAM APA JUA KEADAAN SEKALIPUN...
2.BACALAH AL-QURAN atau BUKU-BUKU BERMANFAAT atau dengarlah PERKATAAN yang BAIL-BAIK atau BERZIKIRLAH kepada Allah...dan JANGANLAH MEMBUANG MASA WALAU SEDIKITPUN DALAM PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH....
3.BERUSAHA dan BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH saudara untuk bertutur BAHASA ARAB YANG BETUL (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.
4.JANGANLAH BANYAK BERTENGKAR dalam apa-apa perkara sekalipun kerana PERTENGKARAN TIDAK MEMBERI SEBARANG KEBAIKKAN...
5.JANGANLAH BANYAK KETAWA kerana HATI YANG SENTIASA BERHUBUNG DENGAN ALLAH itu sentiasa TENANG LAGI TENTERAM.
6.JANGANLAH BERGURAU kerana ummat yang BERJUANG itu tidak mengerti melainkan BERSUNGGUH-SUNGGUH dalam semua perkara.
7.JANGANLAH saudara MENINGGIKAN SUARA LEBIH DARI KADAR KEPERLUAN para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
8.JAUHILAH MENGUMPAT PERIBADI ORANG LAIN, MENGECAM PERTUBUHAN-PERTUBUHAN, dan JANGANLAH BERCAKAP melainkan yang boleh mendatangkan KEBAIKKAN.
9.BERKENAL-KENALAN dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asaS gerakan da'wah kita ialah BERKASIH-SAYANG DAN BERKENAL-KENALAN.
10.KEWAJIBAN-KEWAJIBAN kita LEBIH BANYAK daripada MASA YANG ADA. Oleh itu TOLONGLAH saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak MENGUNAKAN MASA DENGAN BERFAEDAH dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka RINGKASKANLAH PELAKSANAANNYA.
No comments:
Post a Comment