Friday, 23 December 2011

mieow-mieow yang tomey!

Comel tak? hihi..sangat cute, miut dan tiut kan... ^____^
p/s: sy sangat2 suka ANAK KUCING (SAHAJA..huhu)

JAGA-JAGA dengan WAJAHmu wahai MUSLIMAH!

Bismillahiraahmannirahhim.
Assalamualaikum wbt


gambar PROFILE si MUSLIMAH pelbagai GAYA,
tak kira yang berniqob(berpurdah) atau sebaliknya..
gambar tunduk malu, gambar dari sisi, atas, belakang..
adohai..pendek kata macam-macam ada..=='
dah la semuanya cantik2 belaka..
lebih2 lagi bila difokus kat MATA dan MUKA...
alamak!...si adam yang kuat iman pun pon boleh cair macam gula-gula.. =P
kaum adam tolonglah kuatkan iman didada ya...
dan jangan cepat terpedaya dengan hasutan syaitan yang menggoda..
kadang2 ada SEBAHAGIAN gambar hanya effect adobe photoshop semata2.. =='


Bersenandung Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi,
"Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita
Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya
Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya
Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya"


MASYAALLAH..kerana MELIHAT WAJAH kita saja kaum adam menjadi TIDAK BERDAYA..kerana itu WAJAH WANITA adalah SEBESAR-BESAR FITNAH kepada kaum lelaki..


Diriwayatkan daripada hadith sohih, pada ketika Rasulullah saw diisrak hingga ke langit, beliau telah melihat wanita yang dalam keadaan amat dahsyat sehinggakan baginda menangis mengenangkan azab yang diterima mereka..antara adalah perempuan yang MEMOTONG BADANNYA SENDIRI dengan GUNTING API NERAKA kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada ORANG ASING, BERSOLEK DAN BERHIAS supaya KECANTIKKANNYA DILIHAT OLEH LELAKI LAIN...masyaAllah!


Oleh itu sahabat2 muslimah seagamaku...
TAK PERLU+TAK USAHLAH KITA "WAR-WARKAN" GAMBAR yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik di dalam internet samada dalam FRIENDSTER,FACEBOOK atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.
Lagipun, menyertai FB TIDAK SEMESTINYA perlu MENONJOLKAN KECANTIKKAN WAJAH atau TUBUH BADAN KAN? ^___^


CUKUPLAH kita MENYAMBUNG SILATURAHIM, MERAPATKAN UKHUWAH dan BERDAKWAH dengan menyampaikan KATA-KATA YANG BAIK...
jika ALASANnya kamu ingin dikenali sahabat taulan..
memadai jika sahabat mengenali kamu melalui NAMA dan PROFILE PERIBADI..^____^


Dan kepada KAUM ADAM pula...
CUKUP-CUKUPLAH memuji-muji SI KECANTIKAN SI HAWA YANG TAK HALAL BAGIMU..
jika si dia cantik pun, cantik lagi yang MAHA MENCIPTA,
ini baru makhluk ciptaan-NYA...
jadi lebih baik kita MEMUJI Allah subhanallahu wa taala..
dapat juga PAHALA...
betul tak?


Eh, tunggu dulu! Bukan ana nak melarang sahabat2 muslimah semua letak gambar kat facebook untuk berkongsi kenangan dan sebagainya..letaklah...tak larang pon...^___^


CUMA...PRIVATEKAN SAJA ALBUMnye supaya orang2 tertentu seperti FAMILI dan RAKAN-RAKAN MUSLIMAH saja yang boleh melihatnya ya..^___^
KAN BEGITU LEBIH SOPAN... dan yang paling penting KITA SELAMAT DARI MATA-MATA LELAKI ^__^ 


MAAF ya kaum ADAM..bukan nak BURUK SANGKA..
TAPI LEBIH BAIK KAMI KAUM HAWA BERJAGA-JAGA..BETUL TAK? ^___^


p/s: hanya SUAMI kita yang punya HAK yang HALAL untuk menatap gambar kita..bukan SEBARANGAN LELAKI..lebih2 lagi FREN FB LELAKI yg kita tak kenal..kesian kan, kalau suami kita nanti dapat tengok gambar yang BEKAS lelaki lain DAH TENGOK?Lebih2 lagi gambar yang fokus kat MUKA...aduhai..RUGI suami kita...JADI...SIMPAN DULU ya gambar2 kamu yang cantik itu..^__^


::sambung semula keje2 di lab::

DAkwah itu seperti hubungan seorang AYAH dan ANAKnya

Bismillahirrahmaniirahhim.
Assalamualaikum wbt.

Allahyarham KH. KH. Rahmat Abdullah: 
Berda'wah itu mirip dengan pekerjaan seorang PETANI. Biji yang ditanam TIDAK CUKUP hanya DIBENAMKAN ke tanah lalu DITINGGALKAN. Kemudian kita BERHARAP akan kembali pada suatu hari untuk memetik HASILNYA.


MUSTAHIL! MUSTAHIL ITU!!!
Tanaman itu harus DISIRAM setiap hari, DIJAGA, DIPELIHARA, DIPAGARI, bahkan kalau TUNAS-TUNASNYA mulai tumbuh, kita harus MENUNGGUINYA, sebab burung-burung juga berminat pada pucuk-pucuk segar itu.


Jadi, para mad`u (pengikut da'wah) kita harus di-ri'ayah (dirawat), DITUMBUHKAN, DIARAHKAN, DINASIHATI SAMPAI IA BENAR2 MATANG. Dijaga alur PEMBINAANYA, ditanamkan MOTIVASI-MOTIVAS, dibangun KEIKHLASAN mereka, DIDENGARKAN pendapat-pendapatnya, bahkan kita perlu sesekali BERPERGIAN dengannya. Agar kita MEMAHAMI betul watak kader da'wah kita sebenarnya......"



nyah kau PENCABUL KALBU! huhu

PENGAJARAN: Kaum ADAM yang BETUL-BETUL SERIUS dan IKHLAS nak kawin bila dia BERANI JUMPA PARENTS..bukan yang hanya BERANI AJAK KELUAR juga MAINKAN HATI KAUM HAWA dan BILA SOH JUMPA IBUBAPA,buat MUKA TAK TAHU APA-APA! =="


Tuesday, 13 December 2011

Buat sahabat yang ku CINTA...



                                                                  Bismillahirrahmannirahhim..

Di akhir solatku....
sering kutitipkan doa buatmu...
lama ku duduk berteleku..
memikirkan APA YANG HARUS KU MINTA dari DIA untuk dirimu...

MAAF..
aku AKU TIDAK AKAN MINTA DIA untuk MENGHENTIKAN DUGAAN buatmu...
atau memberi kamu hanya BAHAGIA hingga akhir hayat hidup kamu...
kerana ku yakin DIA LEBIH MENGETAHUI kenapa DIA bebuat begitu...
yang penting, ia BUKAN BENCANA buat dirimu..JAUH sekali malapetaka...
tapi ia UJIAN yang penuh dengan RAHMAT jua KASIH SAYANG...
dari PENCIPTA engkau dan pencipta aku..

Teman yang ku CINTAI...
ku hanya doakan..
agar Allah MEMIMPIN HATIMU...
supaya kamu TABAH menghadapi liku-liku...
juga supaya kamu TIDAK sesekali berputus asa..
atau KECEWA..
dan mungkin juga HAMPA...
kerana Allah sedang BERBICARA dengan kamu sebagai hambaNYA,
tentang erti KESABARAN jua REDHA...

Monday, 12 December 2011

10 Wasiat As-Syahid Hassan Al-Banna ^___^

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

1. Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau DALAM APA JUA KEADAAN SEKALIPUN...
2.BACALAH AL-QURAN atau BUKU-BUKU BERMANFAAT atau dengarlah PERKATAAN yang BAIL-BAIK atau BERZIKIRLAH kepada Allah...dan JANGANLAH MEMBUANG MASA WALAU SEDIKITPUN DALAM PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH....

3.BERUSAHA dan BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH saudara untuk bertutur BAHASA ARAB YANG BETUL (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam. 

4.JANGANLAH BANYAK BERTENGKAR dalam apa-apa perkara sekalipun kerana PERTENGKARAN TIDAK MEMBERI SEBARANG KEBAIKKAN...

5.JANGANLAH BANYAK KETAWA kerana HATI YANG SENTIASA BERHUBUNG DENGAN ALLAH itu sentiasa TENANG LAGI TENTERAM.

6.JANGANLAH BERGURAU kerana ummat yang BERJUANG itu tidak mengerti melainkan BERSUNGGUH-SUNGGUH dalam semua perkara. 

7.JANGANLAH saudara MENINGGIKAN SUARA LEBIH DARI KADAR KEPERLUAN para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu yang sia-sia dan menyakiti hati orang. 

8.JAUHILAH MENGUMPAT PERIBADI ORANG LAIN, MENGECAM PERTUBUHAN-PERTUBUHAN, dan JANGANLAH BERCAKAP melainkan yang boleh mendatangkan KEBAIKKAN. 

9.BERKENAL-KENALAN dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asaS gerakan da'wah kita ialah BERKASIH-SAYANG DAN BERKENAL-KENALAN.

10.KEWAJIBAN-KEWAJIBAN kita LEBIH BANYAK daripada MASA YANG ADA. Oleh itu TOLONGLAH saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak MENGUNAKAN MASA DENGAN BERFAEDAH dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka RINGKASKANLAH PELAKSANAANNYA.

Friday, 9 December 2011

10 muwasafat tarbiyyah... n____n

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
1.Aqidah yang bersih (salimul aqidah)
2.Ibadah yang benar (shahihul ibadah)
3.Akhlak yang kokoh (matinul khuluq)
4.Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi)
5.Intelek dalam berfikir (mutsaqqoful fikri)
6.Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatun linafsihi)
7.Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) 
8.Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi)
9.Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan mandiri (qodirun alal kasbi)
10.Bermanfaat bagi orang lain (nafi’un lighoirihi) 

Ikhtilat SIFAR... ^____^

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim: 




1. ELAKKAN BERHUBUNGAN DENGAN LELAKI.
Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.


2. RINGKAS DAN PADATKAN AYAT.
Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. TAK PERLULAH MELETAKKAN IKON SENYUM YANG SEMEMANGNYA COMEL. TAK PERLU DISERTAKAN DENGAN GELAK KETAWA SEPERTI HUHU, HAHA, HIHI. HIKHIK....Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja...


Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran:


"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." 


3. TUNDUKKAN HATI.
Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan. 


4. TUNDUKKAN PANDANGAN.
Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.


5. MEMPERCEPATKAN URUSAN.
Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Pesanan untuk muslimah ku sayang... ^__^

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Ukhti...
wajahmu terlalu cantik untuk dipamerkan...maka simpan ia demi dirimu dan juga agar kamu tidak menjadi fitnah pada mata-mata yang tidak sepatutnya memandang..tidakkah kita juga akan turut brdosa jika lelaki 'tidak menundukkan pandangan' kerana kita yang memberi mereka peluang????
bukankah wanita solehah itu tidak suka memandang dan juga 
dipandang?♥♥♥

~peringatan utk diri sendiri dan akhwatku~~
 Allahua'lam

Khas untuk bakal suamiku..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Jika namamu tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku, niscaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita.Tugasku bukan untuk mencari dirimu..tetapi mensolehahkan diriku..Wahai seseorang yang telah tertulis di Lauhul Mahfudzku, imamku, ayah kepada anak-anakku...engkau yang akan membersamai perjalananku nanti...Aku percaya engkau sedang memperbaiki dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu, dan buah hatimu kelak?

cinta VS CINTA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

cinta kecil itu adalah KEKELIRUAN perasaan yang terbit dari KEINGINAN untuk diberi PERHATIAN , MAHU DIKASIHI DAN MENGASIHI,emosi yang KOSONG dari ASAS, MATLAMAT DAN KESEDARAN terhadap implikasi jenis cinta ini. KELIRUNYA antara dua anak muda ini tanpa mereka sedar hanyalah sekadar MELAYAN EMOSI YANG SUNYI BARANGKALI...dan tanpa sedar mereka SEDANG MERANCANG UNTUK SALING MEROSAKKAN ANTARA SATU SAMA LAIN.

CINTA SEBENAR itu harus terbit daripada emosi dan naluri fitrah manusia..namun ia harus juga lahir dengan sandaran RASIONAL DAN SEDAR DIRI terhadap ASAS CINTA, TANGGUNGJAWAB yang mengiringi perasaan cinta tersebut serta KESAN yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaan cinta seperti ini. yakni, cinta yang ada "sense of begin with the end of mind"

_Saiful islam,AKU TERIMA NIKAHNYA_

*********
CINTA itu suci, jadi jangan sesekali kamu kotorkannya dengan nafsu...♥ ♥ ♥

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as WRONG and PROVEN FALSE by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the FIRST STEP you make is by stepping into what He has prohibited" ~iluvislam.com

Kasih-sayang ALLAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kita selalu beranggapan kasih sayang diantara manusia adalah sangat dalam. Menjadi lumrah kehidupan manusia untuk berkasih sayang dan bercinta. Tetapi ingatlah saudara seagamaku, walau sedalam mana kasih sayang kita kepada manusia dan makhluk yang lain. Ianya tidak dapat menandingi dengan kasih sayang Allah Kepada hambaNYa. 

Hakikat sebenarnya, Allah sangat kasihkan hambaNya, cuma hambaNya yang tidak sedar. 

" Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat, 
Allah sayangkan kita..
Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan, 
bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..
Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan, 
janganlah hampa. 
Ini bukan kerana Allah bencikan kita
tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."


Allah tidak pernah mengecewakan kita kerana kasih sayang Allah mendahului dari kemurkaanNya. Janganlah sesekali kita buruk sangka terhadap Allah. Begitu hebat sekali kasih sayang Allah kepada hambaNya. Bagaimana pula kasih sayang hambaNya kepada Allah? Adakah kita layak untuk mempertikaikan kasih sayang Allah SWT kepada kita? Sama-sama lah kita renungkan dan fikir-fikirkan...

Orang beriman punya cara dia tersendiri...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Orang beriman selalu punya cara sendiri untuk menata hatinya..meskipun berlawanan dengan apa yang dia terima dalam kehidupannya....Saat mendapat muhibah, air matanya menitis...tetapi hatinya terilham untuk menyakini bahawa apa yang diberikan Allah pasti yang terbaik untuknya...fiziknya mungkin lelah...fikirannya mungkin penat, tetapi tidak dengan hatinya yang terus yakin apabila diuji Allah!




" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir" (Al-Baqarah:286)

Thursday, 8 December 2011

Mari duduk dan beriman sebentar...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum wbt…
Apa khabar sahabatku?
Apa khabar pula imanmu?

Marilah kita duduk dan beriman sejenak….
Seperti mana mu’az bin Jabal mengingatkan sahabatnya….

إجلس بنا نؤمن ساعة
(Duduklah bersama kami, kita beriman sejenak)

Kemudian ungkapan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah r.a, lalu dia berkata kepada Abu ad Dardaa’ r.a sambil memegang tangannya:

تعال نؤمن ساعة إن القلب أسرع تقلبا من القدر إذا استجمعت غليانا

(Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak)

Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri...
untuk memberi sesuatu pada hati...

Jangan tanya SIAPA aku...



Jangan tanyakan tentang diriku dan siapa aku. Kerana ia adalah rahsia sebuah kehidupan... sebuah anugerah dan sebuah ujian. Aku hanya ingin menjadi sebutir berlian berkilauan, namun tidak pernah dilihat malah disentuh... 
~Kerana setiap ciptaan Allah itu amat berharga maka aku tidak akan sesekali membiarkan diriku ditonton lelaki dan dikejar di laman sosial bernama FACEBOOK!

Ku serahkan cintaku UTUH TAK TERSENTUH hanya padamu...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ku katakan padamu wahai para wanita perhiasan terindah dunia..
Jangan pernah merendahkan kehormatanmu untuk hal yang kau sendiri tak yakinkehakikiannya…!
Mengertikah akan maksudku?

Ku tanya padamu, pernahkah kau jatuh cinta?
Ku akui, akupun juga…
Tapi tidak sepatutnya kita meluahkan rasa itu..
Rasa yg entah akan berlabuh di mana??

Lalu cuba kau bayangkan...
jika dia yang kau cinta itu, 
yang mengganggu tidurmu,
yang membuatmu lemah kerana rindu,
yang membuatmu resah kerana mengingatnya selalu,
ternyata bukan atau mungkin tidak akan pernah menjadi pendampingmu,
atau bukan kau yang dia pilih?
apakah perasaanmu kelak bila saat itu tiba-tiba menghantuimu?
Tidak malukah? Tidak malukah wahai sang cinta?

Lalu, adakah kau masih mampu untuk menatap wajah suamimu kelak dengan cinta yang seutuhnya..?
jika ternyata dulu kau pernah menaruh separuh hatimu pada lelaki lain…??

Wahai para lelaki, tidak cemburukah?
Tidak cemburukah?
Tidak cemburukah kau jika saat ini 
wanita yang kau pilih kelak sedang menyerahkan hatinya pada lelaki selainmu,
namun ternyata kau yang akan meminangnya…?

Tidakkah hatimu sakit bila ketika bersamamu,
ternyata dia tengah membandingkanmu dengan insan lain yang pernah berada di dalam hatinya?
Tidak sedihkah? Tidak sakitkah? Tidak cemburukah?
Jika kau, para lelaki, menjawab 'ya' maka, itu pula yang kami, wanita, rasakan..
Takkan pernah bosan ku ingatkan, 
bahwa yang akan berlaku tetaplah ketetapan-Nya….
Sekuat apapun usaha kalian,
jika tidak sejalan dengan kehendak-Nya, 
maka tidak akan pernah terjadi.. .
Lalu, untuk apa kau bazirkan waktumu?
Untuk apa Kau habiskan tenagamu?
Kerana apa kau habiskan airmatamu?....
untuk orang yang belum tentu menjadi milikmu? Untuk apa?
Aku khuatir sekali andai permulaan yang tidak mendapat berkat, dan akhirnya kelak perhubungan itu semakin jauh dari berkat….
Adakah kau mahu rasa cinta itu terus mekar atas murka Allah?

Dan ku katakan padamu..
Mungkin kau yang akan memilihku belum ku cinta saat itu
Tapi ketahuilah, kerana kau memilihku, akan kau ku cinta...
Bukankah jatuh cinta itu adalah sebuah proses?
Akan ada sebab, akan ada hal yang membuatku jatuh cinta padamu, dan kau pun akan mencintaiku..

Dan ketika itu terjadi, 
semua telah terangkai dengan indah dalam kerangka kehalalan,
dalam ikatan pernikahan yang disebut mitsaqan ghalizhan..
Dan tak akan pernah ada ragu ku katakan 
kuserahkan cintaku UTUH TAK TERSENTUH,

padamu.. Hanya padamu.. 
ya, hanya padamu dan untukmu duhai cintaku….

Resepi untuk mendapat IMAN YANG MANIS..^___^

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"TIGA perkara sesiapa yang memilikinya...maka dia memperolehi kemanisan iman:

Allah dan RasulNYA lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya,
dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah,
dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api..."
[Riwayat al-Bukhari]

Gambarku hanya untuk SUAMIku.. ^___^

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Comel laaa bila kaum hawa ni pakai purdah/niqob...alhamdulillah!!!! ..suka sangat2 tengok...sama2 kita istiqamah..:) ehem~ tapi kan, tak risau ke kalau2 nanti ada yang "dari mata jatuh ke hati" bila tgk gambar berniqob yang fokus kat mata yang comel tu? hihi.... em, kaum adam pulak, anda tak rasa terganggu? ehem! apa2 pun yang paling penting, sama-sama kita bermuhasabah kembali ttg tujuan dan niat kita memakai niqob..♥♥♥ cayang akhwat2 semua! ^_____^


_gambarku HANYA untuk SUAMI ku, bukan di muka buku atau di dada FACEBOOK_ =))))))

Isteri cerdik yang solehah,penyejuk mata,penawar di hati...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Jom! bagi makanan pada hati-hati kita! =)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillah...perut dah kenyang selepas bersarapan...tapi hati ini SEDANG & MASIH kelaparan...perlukan makanan rohani untuk mengisi hati yang kosong ini...teringat kata2 dari kawan ana, jangan biarkan jasad kita kosong dengan hati yang mati!...so, apa tunggu lagi!...jom! kita bagi makanan pada hati-hati kita...n___n


SARAPAN untuk HATI pada pagi ini: solat dhuha & quran..:) jom!!!! kejap je!


Doa selepas solat sunat dhuha


“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu,
kecantikan itu ialah kecantikanmu,
keindahan itu keindahanmu,
kekuatan itu kekuatanmu,
kekuasaan itu kekuasaanmu
dan perlindungan itu perlindunganmu...

Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit,
turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah.
Jika masih jauh dekatkanlah...

Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


Lelaki paling MACHO adalah? ....hihi..^___^

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling cool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?


jeng, jeng,jeng....hihi
...jawapanya senang je...
Dia adalah LELAKI YANG MAMPU MENJADI IMAM.. ^___^


Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan. Tapi lelaki yang cool, paling macho, paling tampan dan hebat adalah hanya kerna dia mampu jadi Imam!


Lelaki adalah PEMIMPIN kepada keluarga. Lelaki yang mampu menjadi Imam kepada keluarganya bukan sahaja akan berusaha gigih membentuk diri sebagai seorang mukmin yang sejati, tetapi beliau juga tidak akan lupa untuk membawa keluarganya ke gerbang kejayaan hakiki..iaitu SYURGA! ~~~


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”
(Surah al-Furqan ayat 74)


So,kaum Adam diluar sana..sila lah sahut cabaran ini untuk menjadi lelaki paling cool dan macho! yeah! you can do it! hihi.. n______n 

Jodoh lagi! huhu..^___^

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Tulang rusuk Adam yg hilang,biarlah dia yg mencarinya sendiri.Hawa pula, tunggulah & bersabarlah,tak perlulah kamu yg mencari Adam.Kerna kamu tetap tulang rusuknya yg hilang,maka dia akan datang mencarimu & mengambilmu satu hari nanti.Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa dalam TAHAJUDmu agar Adam yg datang itu adalah Adam yg beragama,berakhlak baik dan beramal dgn agamanya .Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yg lurus untuk ke syurga~~~InsyaAllah..
Apa yang penting wahai Adam dan Hawa, bertenang dan yakinlah kamu dengan janji Allah swt dalam kalamNYA,


"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) 
[An-Nur: 26]
Untuk kaum adam pula,
usahlah risau dan gelisah kalau-kalau si Hawa yang cantik itu akan terlepas ke tangan orang, si manja itu akan menjadi pemaisuri adam yang lain, kerana jika memang dia adalah tulang rusukmu yang hilang, maka ia TIDAK AKAN TERTUKAR dengan tulang rusuk yang lain...

U-Turn ^___~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Tika hati masih ragu-ragu serta tidak kuat untuk berubah ke arah yang lebih baik, doakan agar Allah MEMIMPIN HATIMU.....

Ya! Masih BELUM TERLAMBAT untuk U-turn!


Biar Potret berbicara... n__n


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Kerana ujian Allah SEHEBAT nikmat-NYA.



Dakwah itu menuntut SEGALA-GALANYA dari kamu...





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


YA...DAKWAH itu memang menuntut SEGALA-GALANYA darimu...baik HARTA, DIRI mahupun MASA yang kita ada...tapi...PERCAYALAH...perjuangan kita bukan PERJUANGAN yang SIA-SIA...kerana perjuangan kita dibayar dengan SYURGA...

"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang MUKMIN baik DIRI mahupun HARTA mereka dengan memberi SYURGA untuk mereka..." (At-Taubah:111)

JUJURLAH dalam MENILAI dirimu...


Bismillahirrahmanirrahhim...
Assalamualaikum...

JUJURLAH dalam MENILAI dirimu..AKUI segala MAKSIAT yang telah kita lakukan...TAK PERLU diceritakan pada orang lain...cukuplah kita MENGINGATKAN HATI agar MEMBENCI segala kemaksiatan itu...dan segeralah meminta ampun kepada-NYA dengan SEBENAR-BENAR PENYESALAN dan TAUBAT NASUHA...