Assalamualaikum wbt
"Wahai anak Adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap KEMATIAN tetapi MASIH BERGEMBIRA.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap HARI PERHITUNGAN tetapi dia masih MENGUMPUL HARTA.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap KUBUR tetapi MASIH TERTAWA.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap KEHIDUPAN DI AKHIRAT tetapi dia masih BERISTIREHAT.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap DUNIA DAN KEMUSNAHANNYA tetapi dia MASIH TENANG DENGANNYA.
Aku hairan kepada mereka yang ALIM PADA LIDAHNYA tetapi JAHIL PADA HATINYA.
Aku hairan kepada mereka yang SIBUK BERSUCI dengan air tetapi HATINYA TIDAK SUCI.
Aku hairan kepada mereka yang SIBUK DENGAN KEAIBAN ORANG LAIN tetapi dia LUPA TERHADAP DIRINYA SENDIRI.
Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MENGAWASINYA tetapi dia masih boleh MELAKUKAN MAKSIAT atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan MATI KESEORANGAN, akan MEMASUKI KUBUR KESEORANGAN dan akan DIHITUNG KESEORANGAN tetapi masih JINAK BERSAMA MANUSIA.
"Ketahuilah tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku."
Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah
No comments:
Post a Comment