Assalamualaikum wbt.
Dulunya…setelah menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bioteknologi sumber, saya bekerja sebagai pembanci di Jabatan Statistik Sarawak, kemudiannya menjadi pelatih siswazah di Jabatan Tanah dan Survey. Oleh kerana kehidupan family yang amat memerlukan saya bekerja tidak memberi pilihan untuk saya untuk tidak memimilih kerja. SAYA TIDAK KISAH. Malah saya berasa amat BERSYUKUR kerana saya diberi peluang untuk mengenali manusia di sekeliling saya setelah 4 tahun saya menjadi katak di bawah tempurung: kerana saya duduk asrama di matrix dan unimas ^__^’
Yala..saya kan jarang keluar rumah. Kalau keluar rumah pun..kompem orang tanya camni:
“anak sapo ni, tak penah nampak pon muka dia”..
begitu lah antara soalan-soalan mereka.
:D
Tapi, oleh kerana saya ini seorang yang ANTI DUDUK OFFICE, pada HARI PERTAMA selepas balik kerja di office jabatan Tanah dan Survey, saya sudah bising-bising mengomel sendiri di rumah:
“ nak berhenti kerja, sebab takde keje kat opis tu..asyik duduk n ngadap computer, BORING!”
Kemudian ayah saya akan jawab: "BAGUSLAH! Tak penat..hujung bulan dapat gaji"
Ayah saya ketawa.suka.
T__T
Itulah lah hakikatnya..SAYA MEMANG TAK BERAPA SUKA KERJA DALAM OFIS. Tapi kenapa?
Saya tak suka dengar orang MENGUMPAT, GOSIP dan sewaktu dengannya. Tempat pertama yang saya akan PERGI MEMBAWA DIRI sekiranya mendengar kes mengumpat, caci mencaci dan juga gosip gosipan adalah SURAU/MASJID. Bukan nak tunjuk BAIK, tapi bagi saya itulah tempat yang paling DAMAI dan TENTERAM yang pernah ada di dunia ini.
p/s: tu sebab saya suka bekerja dalam LAB, jarang orang mengumpat sebab sibuk ngan keje..:D
Dan akhirnya…apabila saya sudah mencapai tahap TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN di ofis, makanya saya cuba mencari solusi untuk melarikan diri dari tempat SERAM tersebut.
Saya cuba merisik seorang pensyarah untuk bertanyakan perihal master. Walaupun sebenarnya itu bukan lah master cita-cita utama saya. Bagi saya, selepas degree saya hanya ingat untuk KERJA. Tapi jalan ceita ALLAH sungguh MISTERI, DIA takdirkan saya untuk belajar lagi..:) Namun, terasa jiwa begitu gembira kerana berjaya melarikan diri dari tempat yang menyeramkan itu: office ^___^’
Dan kini…pejam celik, pejam celik…kini sudah 8 bulan saya menimba ilmu di sini, UNIMAS. Hari yang berlalu terasa begitu amat laju sekali. Jam berdetik tidak menunggu manusia. Yang leka dan lalai akan ketinggalan. Yang punya matlamat akan terus berjuang.
Firman ALLAH swt dalam surah Al-Ashr: 1-3
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat
menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi
kesabaran.
**********
Sekarang, saya sedang berfikir tentang apa yang akan berlaku setelah saya menamatkan pengajian saya tahun hadapan (InsyaALLAH)…adakah saya akan terus melibatkan diri dalam bidang BIOTEKNOLOGI?
“duduk lah dalam lab sampai kulit ko jadi kuning..main lah bacteria tu puas2..”
Itu kata kazen saya..
Mulut dia, sabo je la…:D
Saya fikir jauh lagi…lagi dan lagi…
Apa yang sebenarnya saya mahukan dalam hidup ini?
*********
Saya sedar, setinggi mana pun pendidikan kita, kita hanya seorang HAMBA ALLAH. Hamba ALLAH tugasnya adalah mengabdikan diri kepada ALLAH swt.
Setelah menaelah+mempertimbangkan aspek2 lain+bermuhasabah +menilai kemampuan diri, akhirnya, saya sedar apa yang sebenarnya saya mahu dalam hidup saya.
Selama ini,sebenarnya hubungan saya dan bioteknologi hanyalah SEKADAR HOBI :P kami bukan pasangan kembar yang tidak mampu dipisahkan.. :P
Ya, itulah sebenarnya. Saya hanya meminati nya. Tapi bukan 100% untuk dijadikan JALAN UNTUK MENERUSKAN HIDUP.
Saya…sebenarnya punya impian yang LEBIH BESAR selain menjadi biotechnologist.
Firman ALLAH dalam surah Al-Baqarah: 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Surah Muhammad: 41
Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
Maka, saya bertekad untuk memilih kerjaya yang paling mengaut banyak PAHALA untuk membeli tiket ke SYURGA, supaya saya boleh MENJADI APA SAJA SAYA SUKA DI SANA..wah! haha..:D
KETAWA? tapi SAYA SERIUS..:)
InsyaALLAH, pada masa hadapan.. apabila tamat pengajian nanti, saya mahukan kerjaya yang mampu membawa orang lain mendekati ALLAH swt. BEKERJA sambil BERDAKWAH.InsyaALLAH, moga ALLAH memilih saya untuk menjadi salah seorang calon yang membawa risalah-NYA.amin.
Biarlah orang kata kerja saya tidak setaraf dengan pendidikan saya, kerana saya lebih mementingkan PANDANGAN ALLAH. Kerana ALLAH akan menegakkan kedudukkan hamba2 yang membantu AGAMA-NYA. IMPIAN saya bukan DUNIA, kerana SYURGA itu KEKAL ABADI.