Wednesday, 8 February 2012

Profile pic facebook





Ada yang bertanya: ..awak, awak... awak suka eh letak profile pic yg tunjuk awak BERTUDUNG LABUH DAN PAKAI PURDAH? kadang2 sy perhati gak, awak ada juga letak gambar awak yang pakai purdah jadi profile pic kan?

Saya: aih???

Yang bertanya, tanya lagi: awak, awak pkai tudung labuh tu UNTUK APA ek, wak? PAKAI PURDAH UNTUK APA EK?? just sekadar NAK TUNJUK dengan suma FB users yang awak ne pakai tudung labuh n purdah ea?

Saya: hah?

Yang bertanya, berkata: awak...awak pakai tutup2 aurat ne SEBAB SYARIAT kan? ALLAH SURUH kan? Allah SURUH SUPAYA LELAKI TAK PANDANG AWAK SAMPAI TIMBUL KEINGINAN LAIN KAN? tapi kan awak, lelaki sekarang lain tau. dorang SUKAAA SANGAT TENGOK GAMBAR MUSLIMAH NI. Apa lagi yang siap bertudung labuh tutup slengkap2nya. awak tak rasa ke yang gambar2 awak yang awak letak dlm FB BOLEH SEBABKAN LELAKI NI "FIKIR BANYAK'? Awak, tak rasa DOSA ek, sebab timbulnya ZINA HATI dalam diri lelaki2 tu?

saya: ek??? * speechless.

>>>>>>>>>

Ukhti...
wajahmu terlalu cantik untuk dipamerkan...
maka SIMPAN ia demi MARUAH dirimu..
dan juga agar kamu TIDAK MENJADI FITNAH pada MATA-MATA yang TIDAK SEPATUTNYA MEMANDANG...tidakkah kita juga akan turut BERDOSA jika lelaki 'TIDAK MENUNDUKKAN PANDANGAN' kerana kita yang memberi mereka PELUANG????

Bukankah WANITA SOLEHAH itu TIDAK MEMANDANG dan juga DIPANDANG?

Salam ukhuwah dan salam mahabbah

5 comments: