Wednesday, 8 February 2012

Nikmat MASA

Assalamualaikum wbt

“Dua NIKMAT yang SELALU DILALAIKAN iaitu MASA SIHAT dan MASA LAPANG.” (Hadis riwayat Bukhari).

Amr Khaled, seorang penceramah dan penulis yang terkemuka, telah menyimpulkan satu RUMUS yang berguna sebagai peringatan bagi kita semua:

>PEMUDA + WAKTU LAPANG = AWAL MAKSIAT<

Dan Ibnu Jauzi pula pernah berkata: 

“Terkadang manusia berada dalam keadaan sihat, namun ia tidak memiliki waktu lapang disebabkan KESIBUKKAN MENGERJAKAN URUSAN DUNIANYA. Dan terkadang pula seseorang itu mempunyai masa lapang, tetapi ia dalam keadaan TIDAK SIHAT. Apabila TERKUMPUL PADA SESEORANG ITU WAKTU LAPANG daN SIHAT, maka sungguh akan datang RASA MALAS dalam melaksanakan ketaatan.” Itulah manusia yang telah TERTIPU(TERPEDAYA).

Selari dengan firman ALLAH swt dalam surah Al-'Ashr, ayat 1-3; 

Demi MASA...
Sesungguhnya manusia itu BENAR-BENAR dalam KERUGIAN, KECUALI;

1.orang-orang yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH 
2. dan saling MENASIHATI supaya MENTAATI KEBENARAN
3. dan saling MENASIHATI supaya MENETAPI KESABARAN

“Jadi...Ayuh sahabat! Bangkit, BERSEGERALAH dan BERLUMBALAH dengan WAKTU, MANFAATKAN WAKTU anda.
Waktu adalah emas. 
TIDAK!!! DEMI ALLAH SWT! Waktu LEBIH berharga dari emas >.<
Emas diperjual belikan.
Sedangkan waktu, jika sudah pergi, TIDAK TIDAK AKAN KEMBALI lagi selamanya. Jika WAKTU TELAH HILANG, bererti USIA kita JUGA TELAH HILANG!’

No comments:

Post a Comment