Assalamualaikum wbt
nasihat dalam TENGKINGAN DAN JUGA SINDIRAN SINIS BUKAN CARA YANG BAIK untuk menasihati..ia hanya akan MENCIPTA JURANG antara kita dan mereka...dan seterusnya MEMBINA JARAK yang hanya MENJAUHKAN diri mereka dari kita..lalu, apa hasilnya? Adakah dakwah kita BERJAYA DAN CUKUP BERKESAN untuk MENYENTUH HATI mereka supaya BERUBAH?
Nasihati mereka dengan HEMAH, LEMAH-LEMBUT kerana TIDAK SEMUA ORANG mampu menerima kata-kata SINDIRAN SINIS atau TENGKINGAN...dakwah nabi BUKAN DAKWAH KERAS, tapi dakwah nabi adalah DAKWAH yang LEMAH-LEMBUT, PENUH DENGAN KASIH SAYANG...
Firman Allah swt:
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk (Surah An-Nahl, ayat 125)
p/s: HIDAYAH MILIK ALLAH...DIA bagi kepada sesiapa yang DIA KEHENDAKI..kita, sebagai hamba-NYA hanya MAMPU BERUSAHA MENASIHATI juga MENDOAKAN DIA untuk BERUBAH SEIKHLAS HATI...
No comments:
Post a Comment