Wednesday, 29 February 2012

jauh di sudut hatiku...


Assalamualaikum...

apa khabar mujahadahcintaku?
hari ini aku tidak tahu apa yang harus ku coretkan dalam ruangan dirimu kerana akal ku kosong dan hati ku terasa mati....
jadi..benarkan aku membiarkan jari ku menari-nari di ruang kecilmu untuk melepaskan luahan hati kecilku...
mujahadahcintaku...
dalam beberapa ketika ini, terlalu banyak perkara yang terjadi.. akal ku seperti mati untuk membuka simpulan masalah yang kian menjadi...

kosong............
maaf, aku sudah tidak mampu meneruskannya...

Wednesday, 8 February 2012

Profile pic facebook





Ada yang bertanya: ..awak, awak... awak suka eh letak profile pic yg tunjuk awak BERTUDUNG LABUH DAN PAKAI PURDAH? kadang2 sy perhati gak, awak ada juga letak gambar awak yang pakai purdah jadi profile pic kan?

Saya: aih???

Yang bertanya, tanya lagi: awak, awak pkai tudung labuh tu UNTUK APA ek, wak? PAKAI PURDAH UNTUK APA EK?? just sekadar NAK TUNJUK dengan suma FB users yang awak ne pakai tudung labuh n purdah ea?

Saya: hah?

Yang bertanya, berkata: awak...awak pakai tutup2 aurat ne SEBAB SYARIAT kan? ALLAH SURUH kan? Allah SURUH SUPAYA LELAKI TAK PANDANG AWAK SAMPAI TIMBUL KEINGINAN LAIN KAN? tapi kan awak, lelaki sekarang lain tau. dorang SUKAAA SANGAT TENGOK GAMBAR MUSLIMAH NI. Apa lagi yang siap bertudung labuh tutup slengkap2nya. awak tak rasa ke yang gambar2 awak yang awak letak dlm FB BOLEH SEBABKAN LELAKI NI "FIKIR BANYAK'? Awak, tak rasa DOSA ek, sebab timbulnya ZINA HATI dalam diri lelaki2 tu?

saya: ek??? * speechless.

>>>>>>>>>

Ukhti...
wajahmu terlalu cantik untuk dipamerkan...
maka SIMPAN ia demi MARUAH dirimu..
dan juga agar kamu TIDAK MENJADI FITNAH pada MATA-MATA yang TIDAK SEPATUTNYA MEMANDANG...tidakkah kita juga akan turut BERDOSA jika lelaki 'TIDAK MENUNDUKKAN PANDANGAN' kerana kita yang memberi mereka PELUANG????

Bukankah WANITA SOLEHAH itu TIDAK MEMANDANG dan juga DIPANDANG?

Salam ukhuwah dan salam mahabbah

Malu itu mahkota WANITA~

Assalamualaikum wbt


Hanya PERASAAN MALU yang dapat menjadi PERISAI kepada MARUAH seseorang wanita..HILANG MALU..HILANGLAH MARUAH~~~

Nikmat MASA

Assalamualaikum wbt

“Dua NIKMAT yang SELALU DILALAIKAN iaitu MASA SIHAT dan MASA LAPANG.” (Hadis riwayat Bukhari).

Amr Khaled, seorang penceramah dan penulis yang terkemuka, telah menyimpulkan satu RUMUS yang berguna sebagai peringatan bagi kita semua:

>PEMUDA + WAKTU LAPANG = AWAL MAKSIAT<

Dan Ibnu Jauzi pula pernah berkata: 

“Terkadang manusia berada dalam keadaan sihat, namun ia tidak memiliki waktu lapang disebabkan KESIBUKKAN MENGERJAKAN URUSAN DUNIANYA. Dan terkadang pula seseorang itu mempunyai masa lapang, tetapi ia dalam keadaan TIDAK SIHAT. Apabila TERKUMPUL PADA SESEORANG ITU WAKTU LAPANG daN SIHAT, maka sungguh akan datang RASA MALAS dalam melaksanakan ketaatan.” Itulah manusia yang telah TERTIPU(TERPEDAYA).

Selari dengan firman ALLAH swt dalam surah Al-'Ashr, ayat 1-3; 

Demi MASA...
Sesungguhnya manusia itu BENAR-BENAR dalam KERUGIAN, KECUALI;

1.orang-orang yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH 
2. dan saling MENASIHATI supaya MENTAATI KEBENARAN
3. dan saling MENASIHATI supaya MENETAPI KESABARAN

“Jadi...Ayuh sahabat! Bangkit, BERSEGERALAH dan BERLUMBALAH dengan WAKTU, MANFAATKAN WAKTU anda.
Waktu adalah emas. 
TIDAK!!! DEMI ALLAH SWT! Waktu LEBIH berharga dari emas >.<
Emas diperjual belikan.
Sedangkan waktu, jika sudah pergi, TIDAK TIDAK AKAN KEMBALI lagi selamanya. Jika WAKTU TELAH HILANG, bererti USIA kita JUGA TELAH HILANG!’

Langit ILAHI~

Assalamualaikum wbt

Dengan MERENDAHKAN DIRI dan JIWA, PANDANGLAH ke langit...Adakah terasa ALLAh begitu jauh? TIDAK. ALLAH TIDAK PERNAH JAUH! Allah swt itu amat DEKAT..

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya AKU DEKAT. Aku kabulkan permohonan orang yang BERDOA apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah Ku dan BERIMAN kepada Ku, agar mereka memperoleh KEBENARAN...” ( Al-Baqarah : 186)

usrah untuk SEMUA ^__~

Assalamualaikum wbt~


USRAH BUKAN untuk yang BERTUDUNG LABUH SAJA, USRAH juga BUKAN untuk yang ALIM-ALIM ATAU yang SOLEHAH/SOLEH SAJA, USRAH juga BUKAN UNTUK yang PANDAI/TINGGI ILMU AGAMA SAJA ...TAPI USRAH ADALAH untuk SEMUA! JOM!!!! MARI BERUSRAH SEMUA! (=

Inilah dia BULATAN GEMBIRA yang tidak boleh dijual beli, HIBURAN HATI yang SEJATI! CARI bulatan gembira anda juga agar HATI ini berbunga kembali. Usrah WAJAR dijadikan SANTAPAN mingguan untuk MAKANAN ROHANI. Berbunga dengan minda dan jiwa yang LEBIH DEKAT dengan ILAHI! ^___~

Bring QURAN everywhere

Assalamualaikum wbt

Indahnya jika kita membaca al-Quran SEKERAP kita login facebook..hmm ^^
Jom! kita baca Quran untuk MEMBERI SESUATU pada HATI...
kalau perut pun boleh lapar tanpa makanan, ni kan lagi HATI yang MEMANDU semua anggota badan..

p/s: HATI YANG LAMA TIDAK mendapat MAKANAN ROHANI lama-kelamaan akan MATI..maka jadilah kita seperti JASAD KOSONG yang hidup dengan HATI YANG MATI...ayuh! BACALAH al-quran walaupun hanya sehelai sehari..yang penting kita ISTIQAMAH mengamalkannya...

"Jadikanlah jiwa kita sebagai JIWA YANG MEMBACA QURAN SETIAP HARI kerana didalamnya terdapat KETENANGAN BAGI JIWA..."

berhikmahlah menasihati ^___~

Assalamualaikum wbt

JANGAN TERUS PANDANG SERONG pada WANITA YANG TIDAK BERTUDUNG...kerana boleh jadi satu hari nanti mereka akan menjadi LEBIH BAIK DARI KITA...boleh jadi suatu hari nanti dia MAMPU MEMIKUL TANGGUNGJAWAB DAKWAH dan MENYEBARKANNYA di seluruh dunia...

nasihat dalam TENGKINGAN DAN JUGA SINDIRAN SINIS BUKAN CARA YANG BAIK untuk menasihati..ia hanya akan MENCIPTA JURANG antara kita dan mereka...dan seterusnya MEMBINA JARAK yang hanya MENJAUHKAN diri mereka dari kita..lalu, apa hasilnya? Adakah dakwah kita BERJAYA DAN CUKUP BERKESAN untuk MENYENTUH HATI mereka supaya BERUBAH?

Nasihati mereka dengan HEMAH, LEMAH-LEMBUT kerana TIDAK SEMUA ORANG mampu menerima kata-kata SINDIRAN SINIS atau TENGKINGAN...dakwah nabi BUKAN DAKWAH KERAS, tapi dakwah nabi adalah DAKWAH yang LEMAH-LEMBUT, PENUH DENGAN KASIH SAYANG...

Firman Allah swt:
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk (Surah An-Nahl, ayat 125)

p/s: HIDAYAH MILIK ALLAH...DIA bagi kepada sesiapa yang DIA KEHENDAKI..kita, sebagai hamba-NYA hanya MAMPU BERUSAHA MENASIHATI juga MENDOAKAN DIA untuk BERUBAH SEIKHLAS HATI...

Hebat seorang ikhwah

Assalamualaikum wbt
HEBAT seorang ikhwah itu...BUKAN pada kepetahan butir bicara dia...mahupun kelajuan dalam dakwahnya, atau tulisannya gempak gempita (dan muka yang boleh tahan macho dan hensem)...tapi, HEBAT SEORANG IKHWAH itu adalah pada SETIAP JUZUK KEHIDUPAN dia...

Seluruh kehidupan dia adalah CERMINAN DARI AL-QURAN. Lambang seorang muslim yang benar-benar MENGOTAKAN KEISLAMANNYA dengan AMALNYA...Yang benar-benar memenuhi 10 MUWASAFAT MUSLIM!


Doa Pengasih untuk pikat perempuan? hihi ^__^


STUDY kerana ALLAH SWT

Assalamualaikum wbt

TAK SUSAH...namun..TAK MUDAH..InsyaAllAH...doakan saja moga Allah permudah...Ameen ya Allah.


Untukmu sayangku...

Assalamualaikum wbt gadis kecintaanku...

Saat usia makin meningkat, SEMAKIN BANYAK UJIAN YANG TIBA..dirimu mungkin jadi tarikan mata-mata ajnabi untuk menatap seluruh kecantikanmu yang nyata. Ada juga yang berkeinginan menakhluk rahsia dirimu yang tersembunyi.. Oleh itu, bila tiba saat pintu hatimu diketuk TETAMU CINTA, JANGAN KAU KETEPIKAN DIA (ALLAH SWT) sebagai PENGANTARA.. MINTA BANTUAN-NYA dengan ISTIKHARAH agar tetamu cintamu itu adalah PEMILIK ANAK KUNCI yang mampu MENJAGA AGAMANYA...Dan kau juga, JAGALAH DIA setiap waktu agar BERSEMI REDHA-NYA..JANGAN BERPUTUS ASA..LAMBAT atau CEPAT USAH DITANYA.. PETUNJUK dan BANTUAN-NYA pasti akan tiba! ♥

Ya Allah! PELIHARALAH hatiku!


Assalamualaikum wbt

"Siapa yang melakukan SATU DOSA, maka akan tumbuh pada hatinya SETITIK HITAM, sekiranya dia BERTAUBAT akan TERKIKISLAH TITIK HITAM itu daripada hatinya. Jika dia TIDAK BERTAUBAT, maka titik hitam itu akan terus MEREBAK hingga SELURUH HATINYA MENJADI HITAM " (Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud;
"Sebenarnya ayat-ayat KAMI TIDAK ADA CACAT CELANYA, bahkan mata hati mereka telah DISELAPUTI KEKOTORAN DOSA dengan sebab perbuatan KUFUR DAN MAKSIAT yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

~SUCIKANLAH 4 hal dengan 4 perkara :

WAJAHMU dengan LINANGAN AIR MATA KEINSAFAN, LIDAHMU basah dengan BERZIKIR kepada PENCIPTAMU, HATIMU TAKUT dan GEMENTAR kepada KEHEBATAN RABBMU..dan DOSA-DOSA yang silam di sulami denganTAUBAT kepada Dzat yang Memiliki mu."

MUSLIMAH! Hati-hati dengan wajahmu!

Assalamualaikum wbt.

MUSLIMAH...hati-hati dengan WAJAHmu...NIAT mempamerkan gambar di facebook untuk DIPUJI @ untuk MENDAPAT PERHATIAN hanya akan menambah SAHAM DOSA~Allah menganugerahkan kecantikkan pada wanita BUKAN UNTUK DIPAMER, tapi untuk DIJAGA sebaik mungkin~itulah AMANAH yang ALLAH swt letak di bahu kita sebagai seorang WANITA.kerana apa?kerana WANITA itu adalah SEBESAR-BESAR FITNAH bagi kaum adam!

Bersenandung Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi,
"Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita
Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya
Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya
Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya"

Jangan jadikan purdah itu FESYEN

Assalamualaikum wbt

Maaf, andai salah berbicara. Kenapa saya rasakan seolah fenomena purdah dan niqab sedang melanda fb saya? ^_^. Ikhlas saya khabarkan rasa hati, ada yang membuatkan saya rasa bangga dan tidak kurang juga ada yang membuatkan saya rasa jelek! Astaghfirullah... Ingat sabda Rasulullah SAW; "Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." (HR Bukhari).

Apabila FUNGSI NIQOB DISALAH GUNAKAN~ tepuk dada, tanya hati..apa NIAT antunna berniqab sebenarnya?sahabat muslimahku....JANGAN jadikan NIQOB itu sebagai FESYEN~ islam itu CARA HIDUP yang SYUMUL, jangan kalian JELEKKANNYA....