Friday, 4 March 2011

Buatmu...

Assalamualaikum,

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sering kutitipkan doa,
Agar kita semua sentiasa berada di bawah payungan rahmat
dan hidayahNYA yang Maha Esa,

Dalam kekalutan dunia ketika ini,
Daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua,
Dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada Tuhannya,
Dalam keadaan manusia tidak dapat membezakan antara hak dan batil…
Dan dalam keadaan manusia tidak dapat lagi membezakan
Yang mana pahala dan yang mana dosa...
Moga-moga doa yang kita selalu pohon dimakbulkan olehNYA,
Walaupun dalam kadang kala dalam kehidupan seharian kita sering lupa kepadaNYA,
Dan kadangkala kita ingat kepadaNYA
Tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNYA...

Buat permata Islam yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi
Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama...
Tetapi ia adalah cara hidup kita.
Samada cara kita berpakaian, bertutur, berkerja, belajar...
Atau dengan perkataan yang lebih mudah,
Bermula kehidupan kita daripada bangun tidur sehingga ditidurkan kembali...
Semuanya Allah telah gariskan untuk kita.
Hatta,
Sebelum kita lahir sehinggalah kita ditempatkan di liang lahat,
Islam juga telah mengajar caranya....

Seringkali kita mendengar sabda Rasulullah SAW bermaksud,
 Islam itu tinggi tiada yang tinggi selain daripadanya...
Tetapi sayang sama sekali, kita merendah-rendahkannya,
Kita menjauhkan diri daripadanya,
Bahkan kita menjadi malu apabila islam itu menjadi identiti kita...
kita lalai dengan kehidupan kita,
Sehingga kita menyangka dunialah syurga kekal abadi untuk kita.
Kita lupa Tuhan yang Maha Esa sedang mememerhatikan kita,
Kita tahu adanya Allah,
Tetapi kita melanggari perintahNYA,
Sombongnya kita kerana kita lupa kepada segala pemberi nikmat
Sehingga kita menjadi orang kufur kepadaNYA...
Kita tahu benarnya Al-quran,
Tetapi kita tidak mengambil pengajaran daripadanya...
Kita juga tahu adanya dosa dan pahala,
Bahkan kita tahu adanya neraka dan syurga,
Tetapi kita masih tidak memperdulikan perintah Allah yang Maha Kuasa.

Buat mutiara islam yang insyaAllah akan terus bergemerlapan di Bumi Allah,
Prof Hamka pernah berkata,
“kita boleh menghitung usia kita yang telah kita gunakan, 
tetapi kita tidak boleh menhitungt berapa lagi  usia kita yang tinggal.."

Persoalannya bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung didalam jasad kita sudah habis digunakan? Masihkah dikau ingat akan firman Allah SWT dalam hadith Qudsinya  yang bermaksud;

Daripada Abu Hurairah r.a
Aku sesuai dengan dugaan hambaku kepadaKu,
Aku bersamanya ketika dia ingat kepadaKU,
Jika dia ingat kepadaKU di dalam hatinya,
Aku akan mengingatinya didalam hatiKU,
Dan jika dia ingat kepadaKU dalam lingkungan khalayak ramai,
Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khalayak ramai yang lebih baik.
Dan jika dia mendekati KU sejengkal,
AKU pun akan mendekatinya sehasta,
Dan jika dia mendekatiKU sehasta,
Nescaya AKU akan mendeklatinya sedepa,
Dan jika dia datang kepadaKU dalam keaadaaan berjalan,
Nescaya AKU kana datang kepadanya dengam berlari
(Hadith Riwayat Syaikhani dan Tardmizi)

Walaupun sebesar bukit Uhud pun dosa yang kita lakukan,
Allah masih mengampunkan  dosa kita,
Oleh itu, kembalilah kepadaNYA....
Andaikata hidup ini telah jauh daripada landasan yang ditentukan olehNYA
Sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNYA......

Setakat ini saja dahulu nukilan ku buatmu,
Ku mohionkan sejuta kemaafan andai kata bicara ku sebentar tadi menguris perasaan mu,
Tetapi sesungguhnya daku tidak sekali-kali bermaksud untuk melukaimu,
Semoga dirahmati Allah selalu,
Bertemu lagi, kalau tidak di dunia,IinsyaAllah di taman Syurga nanti...
Wassalam.



2 comments:

  1. assalamualaikum ukhti..tulisan x jelas la..x dpt bca..

    ReplyDelete
  2. w'salam.afwan2..dah tukar dah kaler font..harap dapat baca..:)

    ReplyDelete