Assalamualaikum adikku...
Apa khabar?
Macam mana keadaan Dayah hari ini?
Sunyi. Sepi. Tiada jawapan.
Bibir itu tetap membisu.
Seperti selalu.
******************************
" Akakkkkkkk!!!! Tahniah kak! Rindu sangat kat akak....lama dah tak tengok akak. Akak pergi mana?". Wajah manis itu menyapa sewaktu hari konvokesyen ku pada 10 Oktober 2010 yang lepas. Dia manyalami dan mencium tanganku. Perkara lazim yang dilakukan Dayah setiap kali berjumpa denganku malah juga kepada kakak-kakak senior yang lain.
" Eh, Dayah! Terima kasih Dayah. Lamanya tak jumpa Dayah. Akak pun rindu sangat-sangat kat Dayah. Alaa...akak kan dah habis belajar, kena duduk luar. Mana boleh stay dalam Unimas lagi. Tu yang lama tak tengok akak tu...menghilang sekejap.hihi..."
Dayah gelak. Senyum.
"Akak, Dayah nak gi umah akak. Bila Dayah boleh pegi ni?"
"Eh! kenapa nak minta izin pula? Datang je bila-bila masa Dayah nak. Kalau Dayah datang nanti, akak siap hampar karpet merah untuk Dayah", Aku cuba bergurau senda dengan Dayah walaupun ada sesuatu yang membuatkan aku tertanya-tanya di wajah bersih itu.
"Akak, Dayah nak gi umah akak. Bila Dayah boleh pegi ni?"
"Eh! kenapa nak minta izin pula? Datang je bila-bila masa Dayah nak. Kalau Dayah datang nanti, akak siap hampar karpet merah untuk Dayah", Aku cuba bergurau senda dengan Dayah walaupun ada sesuatu yang membuatkan aku tertanya-tanya di wajah bersih itu.
Dayah cuma tersenyum. Dia tidak banyak bercakap seperti selalu.
"Emm...Dayah, Dayah sihat? Kenapa muka Dayah nampak pucat je?" Aku cuba mencungkil rahsia kedukaan di wajah itu. Kakak-kakak senior pernah memberitahu kepadaku yang Dayah mempunyai masalah. Tapi kali ini aku ingin mengetahuinya dari bibir Dayah sendiri.
"Errr, Dayah tak apa-apa kak. Sihat je".
Dia senyum. Tapi hambar. Tidak ceria.
Disebalik senyumannya, aku tahu Dayah sedang menyembunyikan sesuatu. Wajahnya yang ceria tiba-tiba berubah.
"em..kak, Dayah kena gi dulu ye kak. Tengah program. Kena cepat", ujar Dayah. Dia menundukkan wajah seperti tidak membenarkan aku menatap wajahnya.
"Okey, okey...hati-hati". Jawab ku ringkas. Aku membiarkannya pergi walaupun hati ku mengandungi seribu persoalan. Dayah seperti mengelakkan diri dariku. Tapi kenapa?
************************
Inilah perbualan terakhir ku dengan Nurul Hidayah. Masih kemas terpahat di ingatanku.
Nurul Hidayah, namanya sesuci wajahnya. Gelak tawa dan senyumannya sering kali mencuit hatiku. Sepanjang aku mengenali wajah suci itu, tidak pernah dia bermasam muka apatah lagi marah. Sentiasa ceria. Itu lah yang amat menarik pada Nurul Hidayah.
Tapi itu semua dulu.Kini wajah itu sudah jauh hilang di pandanganku. Nurul Hidayah kini tidak lagi akan menjawab apa yang aku tanya. Nurul Hidayah kini tidak lagi akan rajin menyapaku di chat box fb seperti biasa. Tiada lagi senyuman, tiada lagi gelak tawa dan tiada lagi usikkan dari Nurul Hidayah. Kerana Nurul Hidayah kini....membisu bersama kesakitan yang dia tanggung sendirian. Ya, Nurul Hidayah kini sedang berjuang memperjuangkan nyawanya.
************************
Dayah, bangun Dayah...
Jangan membisu begini.
Jangan diam begini....
Jangan buat kami macam ni...
Dayah,bangunlah....
Perjuangan Dayah belum selesai.
Dayah tak boleh tinggalkan perjuangan Dayah macam tu je.
Dayah kena bangun juga.
Bangunlah Dayah.
Bangun...................
Kenapa Dayah tak jawab?
Kenapa Dayah diam?
Kenapa Dayah membisu?
Dayah, jawab Dayah.... jawab....!
Nurul hidayah kini sedang koma. Doktor telah mengesahkan bahawa Dayah mengidap penyakit buah pinggang. Sudah ditahap kronik, dimana kedua-dua buah pinggangnya sudah tidak berfungsi. Dan menurut doktor, otak Dayah juga sudah tidak berfungsi. Kini Dayah hanya bergantung dengan wayar-wayar ditubuhnya untuk terus bernafas.
Dayah,
Akak rindu gelak tawa Dayah,
Akak rindu senyuman Dayah..
Akak rindu usikkan Dayah.....
Rindu sangat2....
Dayah,
Bangunlah Dayah, bangun.................!
Jangan pergi tinggalkan kami tanpa ucap selamat tinggal.
Dayah tak boleh buat kami macam ni.
****
Ya Allah, aku mohon ya Allah, Engkau sembuhkanlah Nurul Hidayah.
Ringankanlah sakitnya ya Allah. Bantulah dia untuk terus berjuang melawan penyakitnya.
Kuatkanlah hatinya ya Allah....kuatkan hati sahabatku ini.
Dan lindungilah dia dari putus asa.
Tapi ya Allah,
Dan lindungilah dia dari putus asa.
Tapi ya Allah,
Jika mati itu baik untuknya,
maka matikanlah dia dalam Husnul Khatimah.
****
maka matikanlah dia dalam Husnul Khatimah.
****
Dayah, berjanji dengan kami,
Yang Dayah akan kuat.
Berjanji dengan kami,
Yang Dayah akan lawan penyakit Dayah..
Jangan lemah Dayah...
Jangan mengalah....
Teruskan berjuang adikku.
Gambar terakhir bersama Dayah.
(Maaf, sengaja dikaburkan+digelapkan~)
Dayah,
Berjanjilah dengan kami yang Dayah akan bangun.
Kami tunggu Dayah.
Kami akan tunggu.
Sampai bila-bila.....
Semoga roh mu tenang di sana...............
sedih...huhu..dayah kt cne knek tok tura?
ReplyDeleteya Allah, sembuhkanlah dia...
T___T
ReplyDeleteDayah kinek tok masih kat hospital.
sedang koma, tenat.
Buah pinggang x berfungsi, otak dah x berfungsi.
makan, melalui tiub..huhu...
sama2kita doakan kesembuhan dayah..T___T