Assalamualaikum wbt.
Di bawah ni ana kongsikan 13 tips bagaimana cara mudah untuk bangun Qiamulail.Copy paste dari blog ni haa...: http://soutulmujahidah.blogspot.com/2011/08/13-cara-mudah-bangun-qiamullail.html
Entry ni khas untuk diri ana juga sebenarnya. Kekadang terlalu banyak labwork buat ana rasa letih sangat2. Bila dah letih sangat, tido pun dah tak sedarkan diri. Tapi ada seorang sahabat FB ana cakap...walau kita letih bagaimana pun, tapi niat kita ikhlas nak bangun qiam, InsyaALLAH Allah akan bantu...
Apapun, rasa sedih sangat. Sebab, ana rasa dari hari ke hari ibadah ni rasa tak pernah bertambah. Lagi kurang adalah...:(
13 Cara Mudah Bangun Qiamullail
Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid,
terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk
bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:
1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan
yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan
merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada
rasa riak dalam diri.
2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat
malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk
bangun di tengah malam.
3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai
kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.
4. Memerhati kepada kesungguhan
individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan
qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.
5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan
memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan
oleh baginda Rasulullah s.a.w.
6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti
ditegaskan oleh Rasulullah; “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah
seperti untuk menunaikan solat.” Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada
al-Barra Bin Azib.
7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal
waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w.
8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma’thur
seperti Ma’thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada
kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari
al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.
9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang
hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau
selepasnya, ala kadar setengah jam.
10. Elak daripada banyak makan dan minum,
kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam
dalam apa jua keadaan.
12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia
dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di
tengah malam.
13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika
tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!
Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan
hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan
oleh Nabi s.a.w.
Baginda bersabda : “Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi.
Baginda bersabda : “Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi.
No comments:
Post a Comment