Assalamualaikum
wbt.
Alhamdulillah,
hampir 4 tahun sudah ana memakai tudung labuh. Teringat kenangan dulu-dulu
(dolok2 :P) bagaimana ana diberikan keinginan dan kecintaan terhadap tudung
labuh.
Entah
bagaimana..perasan kecintaan terhadap tudung labuh ini mula berputik dalam
hati. Mungkin inilah yang dikatakan hidayah dari ALLAH. Dan tarbiyah di bumi
kenyalang menjadi wadah kepada perubahan ini.
Percaya atau tidak,
kecintaan itu datang tatkala melihat lambaian
tudung labuh yang dihembus angin lalu. Lenggok lambaiannya memberi satu
ketenangan yang mendamaikan hati. Indah..sungguh indah. Mungkin ALLAH sengaja
kirim angin lalu ini untuk menyentuh hati yang ditumbuhi titik-titik hitam yang
mula mendominan diri.
Namun,
walaupun kecintaan terhadap tudung labuh sudahpun datang mengetuk pintu hati,
meminta izin moga dijadikan mahkota bagi melindungi diri,namun ana masih belum
cukup kuat lagi. Lalu, ana bertekad hanya mendiamkan diri.
*****
Dan hari demi hari berlalu seperti biasa,
Tapi yang luar biasanya kecintaan pada
tudung labuh itu kian bertambah.
Malah, wujud rasa cemburu pada hati apabila
melihat mereka yang bertudung labuh.
Ana cemburu melihat mereka.
Apa tidaknya,
Tudung labuh membuatkan ana
rasa tenang melihat mereka.
Tudung labuh membuatkan ana
rasa mereka adalah wanita yang dihormati.
Tudung labuh membuatkan ana
rasa mereka adalah wanita
solehah.
Tudung labuh membuatkan ana
rasa mereka sangat tertarik; tapi amat sukar
disentuh hatinya.
Ana rasa?
Tapi ini lah hakikat sebenar yang dimiliki
oleh mereka.
*****
Ah, bagaimana mungkin ana tidak cemburu
melihat semua ini?
Ana cemburu melihat perhiasan yang paling
indah di hadapan mata ana sendiri,
Tapi masih tidak mampu untuk ana miliki.
Dunia adalah perhiasan semata. Dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
Ini betul-betul buat ana tak tahan.
Ana cemburu.
Lantas,
pada bulan September 2008, ana sembunyi-sembunyi outing seorang diri membeli
kain tudung labuh. Memang agak kelakar pada masa tersebut. Ana ingat lagi, masa
itu tudung yang ana beli ada 3 warna kesemuanya. Merah jambu muda, hitam dan
purple... J Nak
tau ana letak di mana semua kain ini? Ana bungkus kain-kain ini dalam plastic
hitam, kemudian ana sorok jauh-jauh dalam almari...:D
Ana
malu+segan kalau2 diketahui
sahabat-sahabat dan jua family yang datang menziarahi bilik ana sebenarnya...
:D
*****
Tik, Tok, Tik , Tok..
Ini bukan bunyi ketukan di pintu.
Bukan pula cerita hantu.
Tapi ini jam yang berdetik laju..
(merepek)
Kain tudung labuh itu masih jua tidak
terusik dalam plastic hitam.
Tapi kedengaran seperti ada suara-suara
kecil yang memangil-mangil manja,
“Jahitlah saya...saya tak
sabar lah nak jadi pelindung diri awak...” :D
“Errr...ana masih malu nak pakai awak..Tapi
ana teringinnnn bangatttt...huhu”
→
Haha, ini cuma monolog dalam hati.
*****
Tapi, Allah tahu apa yang ana rasa,
Lalu, ALLAH atur satu cara,
So exclusive buat diri ana..
“Pertandingan Nasyid pada
Malam Penghayatan Islam”
Ana join!
Yang join pertandingan ini semuanya sahabat
halaqah ana yang tercinta.
Cuba teka team nasyid kami pakai apa?
Tudung labuh kaler cream +
Baju kurung rasmi Fakulti Seni dan Gunaan dan Kreatif.
Itu uniform yang mereka plan.
Ana garu kepala.
Tudung labuh nak dapatkan macam mana?
Alhamdulillah, baju kurung ana pinjam dari
rumate ana.
kebetulan dia adalah dari fakulti Seni.
Tudung labuh pula?
Sahabat ana pinjamkan pada ana.
Inilah uniform nasyid kami yang terbaeeekkk
dari ladang.
Eh? tertiba... :D
*****
_Malam pertandingan nasyid_
Secara rasminya,
Itulah first time ana menunjukkan diri di
khalayak ramai dengan memakai tudung labuh.
Macam artis plak..hehehe :)
Tapi, yang paling bahagia, saat pertama
kali menyarung tudung labuh di kepala pada malam itu, tak melampau rasanya
kalau ana kata ana rasa seperti amat.... terpelihara.
Subhanallah....terasa diri amat dilindungi
ALLAH.
****
Tapi,
Agak-agak,
Apa jadi dengan kain tudung yang ana
sembunyikan itu?
Selepas perform nasyid, ana seperti punya
kekuatan hati yang luar biasa.
Ana luahkan kepada sahabat jua merangkap
hosmate ana.
“Ana sebenarnya ada beli kain untuk buat tudung labuh”
Ana mula mengatur bicara kepada dia.
Ana malu.
Malu-malu hello
kitty sebagai penganti malu-malu kucing.
Dia senyum. Gumbiraaa...
Jadi, tudung labuh yang ana beli sebelum
itu, ana keluarkan dari “gua persembunyiaannya”.
Ana ambil gunting, potong dan jahit
sendiri. Oleh sebab terlalu excited sangat nak pakai, ana terlupa nak basuh
lepas jahit. ..:D Terus pakai untuk malam penutupan minggu penghayatan Islam
UNIMAS pada keesokkan harinya J
Ana tak hantar kedai jahit sebab memang ana
dah biasa jahit tudung sejak zaman sekolah.
Jahit
corak zig zag...tapi bezanya, tudung sekolah yang ana jahit time sekolah dulu
pendek..Sehingga ana berjaya dicalonkan sebagai pelajar untuk ditangkap, sebab
pakai tudung sekolah saiz baby girl usia 1 tahun.
Ini
memang benar-benar kes conteng arang di kelas 5 Sains 1 yang dihuni oleh budak2
baik lagi berdisiplin di SMK Muara Tuang. Ana bakal mencipta sejarah, mencelup
setitik nila dalam susu sebelanga.
Apapun, nasib baik ana kamceng2 dengan
ketua pengawas.
Jadi, ana berjaya meloloskan diri dari
hukuman cikgu disiplin.
Horeyyyy....
*****
Ok, lupakan cerita yang memalukan di atas.
Kita berbalik semula kepada cerita tudung
labuh tadi.
Sejak dari hari itu,
Tudung labuh menjadi penganti tudung saiz 48
inchi.
Ini bukan
sebab hari-hari ada pertandingan nasyid :P
Tapi sebab ana dah tertarik sangat dengan tudung
labuh.
Tak boleh tanggal dah.
Jatuh cinta sangat *
Jadi, hari-hari ana pakai tudung labuh pergi ke
kelas.
Ada yang memuji, tak kurang pula yang
pandang ana macam alien,
Ana tak perduli, biarlah orang nak kata ana
alien made in planet marikh,
yang penting perubahan ini adalah kerana
Lillahitaa’la.
Dalam hadith ada diriwayatkan;
Imam
Muslim meriwayatkan di dalam Shahihnya dari jalan Abu Hurairah
radhiyallahu’anhu, dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda, “Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing
sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR.
Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234).
*****
Kini sudah tahun 2012. Penghujung tahun
2012 sebenarnya.
Ana dan tudung labuh kini tiada lagi
perasaan malu-malu.
Dia panggil ana minta jahit, ana jahit dia
cantek-cantek.
Kini kami semakin serasi..
Bak kata DIGI,
Kami tak boleh dipisahkan.
Kami buddies.. :D
TAMAT
#Lupa nak bagitahu..vocalis
kami keracunan makanan petang sebelum kami perform nasyid pada malamnya. Beliau
diganti oleh seorang sahabat ana yang
suara dia ala-ala Siti Nurhaliza. Nasib
baik yang tengok kami perform cuma muslimat, kalau kaum adam tengok...boleh
jatuh cinta nak dibuat zaujah..:D Time tu memang kelam kabut. Tiada vocalis
yang sebenar,tiada muzik latar. Kami redha saja. Tapi tak sangka! kami dapat
tempat kedua! Yayyyyy...
Syukur, Say Alhamdulillah to
ALLAH!
Inilah saat yang paling bermakna dan
bahagia buat kami.
Ukhuwah yang terbina kerana ALLAH..
InsyaALLAH, till jannah!!!
# Perubahan kerana ALLAH swt, insyaALLAH akan berkekalan.
Tapi dengan
syarat, kita perlu kuatkan hati.
Kerana untuk melakukan perubahan besar, kita
perlu berkorban besar juga #
T_T huhu rindunya zamaan itu..huhu
ReplyDelete