Friday, 17 August 2012

Biografi MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Assalamualaikum wbt

Untuk MENZAHIRKAN PERASAAN CINTA kepada seseorang, KENALI dia terlebih dahulu. Bak kata pepatah melayu; TAK KENAL maka TAK CINTA

Begitu juga dalam aspek mengenali Nabi junjungan kita. Bagaimana kita HENDAK MELAHIRKAN PERASAAN CINTA kepada beliau TANPA MENGENALI beliau terlebih dahulu kan? (=

Jadi, ana suggest sahabat baca buku ini sebagai BAHAN BACAAN PERMULAAN bagi mengenali sirah perjalanan hidup beliau :') ana bagi JAMINAN: Buku ini TIDAK MEMBORINGKAN, InsyaALLAH....kerana ia dikarang dalam bentuk cerita ^____^



Muhasabah diri~

Bagaimanakah kita ingin mengatakan KITA CINTAKAN Rasulullah jika kitalah orang pertama yang MEMPERLEKEHKAN DAKWAH Baginda?

Bagaimanakah kita ingin katakan yang kita AMAT MENYINTAI Baginda jikalau kitalah orang yang PALING BENCIKAN SUNNAH dan AJARAN baginda?

Jika Rasullullah saw menjadikan dakwah Islamiah sebagai AGENDA HIDUP-MATI Baginda, kita pula hanya menjadikannya KERJA-KERJA PART-TIME yang bersifat BERMUSIM malah MENGHARAPKAN BALASAN DUNIAWI di sebalik kerja-kerja tersebut. 

Jika Baginda SANGGUP MENGHUKUM anakanda baginda Fatimah sekiranya beliau mencuri, kita pula LEBIH SUKA MENYEBELAHI anak kita meskipun anak kita melakukan kesilapan.

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika kamu semua (BENAR-BENAR) mencintai Allah, IKUTILAH aku (sunnah-sunnahku), nescaya Allah akan MENGASIHI kamu dan MENGAMPUNKAN DOSA-DOSAMU." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". [Surah Ali-Imran, ayat 31]

p/s: Jika kita enggan membuat perkara yang baginda suka atau masih membuat perkara yang baginda larang, maka kita MASIH BELUM CUKUP KENAL, JAUH SEKALI UNTUK BERCINTA dengan Baginda~
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

No comments:

Post a Comment