Assalamualaikum
wbt
Kawan: kak
mas sakit ke? Muka kak mas pucat.
Saya: Angguk
tidak, geleng pun tidak. Hanya senyuman mampu berkata-kata.
Take 3 tablets after breakfast, lunch and dinner T____T |
ubat sekarang memang colourfull kan? cantek je.. |
p/s: saya amat bersyukur kerana mempunyai sahabat
yang amat mengambil berat tentang diri ini walaupun diri saya banyak berbuat
salah kepada mereka... T___T
*********
Sakit itu kifarah
dosa. Moga kita sempat bertemu di pagi syahwal yang mulia. InsyaALLAH. Kepada
sahabat-sahabat yang mengenali ana, ana minta maaf atas segala kesilapan yang
telah ana lakukan, samada secara sedar mahupun tidak sedar. Ana hanya manusia
biasa, tidak mampu untuk sempurna di hadapan kalian. Moga ALLAH merahmati
kalian semua.
**********
Puisi ini ditujukan untuk sahabat yang kucintai selalu, walaupun kalian jauh di mata, namun kalian sentiasa dekat di hati dan sanubari ana.
"Aku ingin sahabatku itu
tahu,
yang aku sudah jadikan dia
sebahagian daripada kecintaanku,
Tidak lain hanyalah kerana
ALLAH,
Aku ingin sahabatku selalu
mengerti,
yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan
ini...
Aku ingin sahabatku selalu
faham,
aku punya banyak kelemahan yang
terkadang mungkin melukai dan membuatkan dia tidak senang dengan diriku,
Jadi wahai sahabat yang
sentiasa di hati,
maafkan tiap khilafku,
mungkin tidak mampu ku buang
parut luka di hatimu,
tapi aku sentiasa berharap
untuk bisa menjadi sahabat yang setia di sisi,
dalam payah dan senangmu...
kerana ukhuwah kita tertaut
demi cinta-NYA..."
No comments:
Post a Comment