Friday, 17 August 2012

ALLAH akan gantikan dengan yang LEBIH BAIK!


Assalamualaikum wbt



"Ingatlah bahawa PERJUANGAN ISLAM ini tidak pernah rugi hanya kerana kita meninggalkan perjuangan ini. Justeru Allah pasti akan menggantikan orang lain yang akan terus berjuang dan memperkuatkan saf perjuangan Islam ini"

Biografi MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Assalamualaikum wbt

Untuk MENZAHIRKAN PERASAAN CINTA kepada seseorang, KENALI dia terlebih dahulu. Bak kata pepatah melayu; TAK KENAL maka TAK CINTA

Begitu juga dalam aspek mengenali Nabi junjungan kita. Bagaimana kita HENDAK MELAHIRKAN PERASAAN CINTA kepada beliau TANPA MENGENALI beliau terlebih dahulu kan? (=

Jadi, ana suggest sahabat baca buku ini sebagai BAHAN BACAAN PERMULAAN bagi mengenali sirah perjalanan hidup beliau :') ana bagi JAMINAN: Buku ini TIDAK MEMBORINGKAN, InsyaALLAH....kerana ia dikarang dalam bentuk cerita ^____^



Muhasabah diri~

Bagaimanakah kita ingin mengatakan KITA CINTAKAN Rasulullah jika kitalah orang pertama yang MEMPERLEKEHKAN DAKWAH Baginda?

Bagaimanakah kita ingin katakan yang kita AMAT MENYINTAI Baginda jikalau kitalah orang yang PALING BENCIKAN SUNNAH dan AJARAN baginda?

Jika Rasullullah saw menjadikan dakwah Islamiah sebagai AGENDA HIDUP-MATI Baginda, kita pula hanya menjadikannya KERJA-KERJA PART-TIME yang bersifat BERMUSIM malah MENGHARAPKAN BALASAN DUNIAWI di sebalik kerja-kerja tersebut. 

Jika Baginda SANGGUP MENGHUKUM anakanda baginda Fatimah sekiranya beliau mencuri, kita pula LEBIH SUKA MENYEBELAHI anak kita meskipun anak kita melakukan kesilapan.

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika kamu semua (BENAR-BENAR) mencintai Allah, IKUTILAH aku (sunnah-sunnahku), nescaya Allah akan MENGASIHI kamu dan MENGAMPUNKAN DOSA-DOSAMU." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". [Surah Ali-Imran, ayat 31]

p/s: Jika kita enggan membuat perkara yang baginda suka atau masih membuat perkara yang baginda larang, maka kita MASIH BELUM CUKUP KENAL, JAUH SEKALI UNTUK BERCINTA dengan Baginda~
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Air Mata Wanita


Assalamualaikum wbt.

Kali ini ana ingin berkonsi satu kata-kata dari seorang akhwat.
InsyaALLAH, moga bermanfaat kepada ikhwah semua.

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Friday, 10 August 2012

ukhuwahfillah~


Assalamualaikum wbt

Kawan: kak mas sakit  ke? Muka kak mas pucat.
Saya: Angguk tidak, geleng pun tidak. Hanya senyuman mampu berkata-kata.


Take 3 tablets after breakfast, lunch and dinner T____T

ubat sekarang memang colourfull kan? cantek je..

p/s: saya amat bersyukur kerana mempunyai sahabat yang amat mengambil berat tentang diri ini walaupun diri saya banyak berbuat salah kepada mereka... T___T

*********

Sakit itu kifarah dosa. Moga kita sempat bertemu di pagi syahwal yang mulia. InsyaALLAH. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali ana, ana minta maaf atas segala kesilapan yang telah ana lakukan, samada secara sedar mahupun tidak sedar. Ana hanya manusia biasa, tidak mampu untuk sempurna di hadapan kalian. Moga ALLAH merahmati kalian semua.

**********

Puisi ini ditujukan untuk sahabat yang kucintai selalu, walaupun kalian jauh di mata, namun kalian sentiasa dekat di hati dan sanubari ana. 



"Aku ingin sahabatku itu tahu,
yang aku sudah jadikan dia sebahagian daripada kecintaanku,
Tidak lain hanyalah kerana ALLAH,

Aku ingin sahabatku selalu mengerti,
yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini...

Aku ingin sahabatku selalu faham,
aku punya banyak kelemahan yang terkadang mungkin melukai dan membuatkan dia tidak senang dengan diriku,

Jadi wahai sahabat yang sentiasa di hati,
maafkan tiap khilafku,
mungkin tidak mampu ku buang parut luka di hatimu,
tapi aku sentiasa berharap untuk bisa menjadi sahabat yang setia di sisi,
dalam payah dan senangmu...
kerana ukhuwah kita tertaut demi cinta-NYA..."


Thursday, 2 August 2012

Sakit itu kadang-kadang INDAH ^____^

Assalamualaikum wbt.


Dah tiga  hari hanya mampu solat dalam keadaan duduk. 
Doakan kesembuhan admin. InsyaALLAH...

Entry kali ni, admin tak mampu nak memanjangkan kata-kata, hanya ingin berkongsi satu entri yang baik dari sahabat yang lain: HIKMAH SAKIT


Moga diri ini semakin dekat dengan DIA..ALLAH...