Friday 26 August 2011

Bisa jadi ini Ramadhan terakhirku....


Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

26 Ogos 2011
Hari ini adalah hari Jumaat yang terakhir dalam bulan Ramadhan...
Memikirkan Ramadhan yang kian melabuhkan tirai....
hati terasa sayu dan rendah diri apabila mengenangkan zaman sahabat Rasulullah saw dahulu...
jika dahulu berlalunya Ramadhan ditangisi para sahabat...
namun,kita pula sebaliknya...

Bagi kita, berakhirnya Ramdhan, maka bermula lah "fasa shopping" yang ditunggu-tunggu....
masing-masing berlumba-lumba untuk  membeli persediaan menyambut syahwal yang bakal menjelang tiba...
masjid dan surau bukan lagi jadi pilihan, tapi kaki lebih bersemangat untuk bershopping sakan...

Jika pada awal Ramadhan masjid dipenuhi manusia sampai ke pintu, namun akhir Ramadhan ia semakin berkurangan...masing-masing sudah "bijak" mencipta alasan sendiri bagi memujuk hati supaya "terlepas" dari menunaikan solat sunat tarawikh...

ruginya kita jika bertindak sedemikian....
rugi yang teramat rugi...

kita lupa.... bahawa berakhirnya Ramdhan itu menandakan berakhirnya fasa rahmat, fasa maghfirah dan fasa pembebasan dari api neraka. Kita bakal meninggalkan bulan yang yang penuh kerahmatan dan keberkahan dalam 3 hari lagi...apa perasaan kalian? gembira kah?

Astagfirullah, terlalu jauh sikap kita dengan para sahabat dan salaffulsoleh terdahulu... Sepatutnya kita berasa sedih kerana kita bakal kehilangan keberkahan yang yang luar biasa yang tidak terdapat dalam bulan-bulan yang lain.

Namun, bagi yang berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan....Aidilfitri merupakan kemenangan sebuah kerana mereka berjaya melawan hawa nafsu yang sering menguasai diri....Alhamdulillah.

...sudah terlewatkan kita untuk meningkatkan amal ibadah dipenghujung Ramdhan ini?Ya... masih belum terlewat jika masih ada lagi "Ramadhan esok hari" kerana "Ramadhan esok hari" belum tentu milik kita.....masih mampu kah kita menghela nafas esok hari?

 .....jadi..manfaatkanlah sebaik-baiknya Ramadhan yang terakhir ini...tambahkan halaju pecutan ibadah..dan mulakan momentumnya sekarang.ayuh!

********
GE Lab, 26/8/2011

Wednesday 24 August 2011

Mencari bukan menanti Lailatul Qadar


Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Suasana dalam lab yang agak sunyi, membuatkan saya mecari sesuatu untuk di baca...
Hari ini gentarasa.com menjadi pilihan...:)
Alhamdulillah, satu artikel/penulisan yang amat manarik dari Ustaz Pahrol yang telah berjaya mengetuk minda saya yang saya rasa pelu diketuk selalu supaya jangan alpa...huhu...
Jom kita baca! :)


******************
Setelah begitu resah, bimbang dan sedih atas kerosakan kaumnya, Rasulullah SAW pergi menyendiri (bertahannuth) di gua Hira’. Baginda nekad. Tidak mahu “kotoran” jahiliah hinggap pada hati dan dirinya.Hatinya meronta-meronta inginkan kebaikan buat kaumnya, tetapi apa kan daya, baginda tidak punya “senjata” dan “penawar” untuk menghadapi dan mengubatinya.
Bertahun-tahun, baginda di situ. Menyendiri, terasing seketika, untuk tidak terjebak dalam kejahilan dan kemusyrikan Arab Jahiliah. Bukan mengalah, tetapi berundur seketika mengatur langkah. Walaupun belum nampak cara tetapi kemahuan sudah ada. Hatinya sebagai wadah itu sentiasa menganga untuk mendapat pimpinan dan bimbingan.
Dan tiba-tiba pada satu malam yang penuh barakah....


Tuesday 23 August 2011

Nebula Mawar Merah ^_____~


Assalamualaikum..:)

Tadi…Tengah buka  laman web astronomi,
Saya terjumpa satu gambar..
Gambar ni…



Subhanallah! Cantik!!!
Google jap……
Namanya….

 “Cat’s Eye Nebula

dan ini pula penenerangan daripada NASA mengenai penemuan ini;

"Three thousand light-years away, the Cat's Eye Nebula, a dying star throws off shells of glowing gas. This image from the Hubble Space Telescope reveals the nebula to be one of the most complex planetary nebulae known. In fact, the features seen in the Cat's Eye are so complex that astronomers suspect the bright central object may actually be a binary star system. The term planetary nebula is misleading; although these objects may appear round and planet-like in small telescopes, high resolution images reveal them to be stars surrounded by cocoons of gas blown off in the late stages of stellar evolution. 


Image credit: NASA, J. P. Harrington (U. Maryland) and K. J. Borkowski (NCSU)"

Pihak NASA telah menemui ledakkan bintang yang telah mati ini dan menyerupai bunga mawar ini pada Oktober, tahun 1999. 

Terjadinya ledakkan bintang ini merupakan salah satu tanda Hari Kiamat seperti yang tercatat dalam firman Allah dalam surah Ar-Rahman, ayat ke-37.



“Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak”


Ini telah menunjukkan satu bukti kepada kebenaran dalil Allah swt. 
Semoga ia menjadi peringatan buat kita semua...


Wallahu A'lam.


malunya!


Kata bintang: Aku malu pada bulan. Bila mentari hilang dia muncul beri sinaran.
Kata bulan: Aku malu pada bintang-bintang. Walau terlalu jauh tetap bersinar beri panduan orang yang sesat di lautan.

Kata manusia: Aku malu pada PENCIPTA BULAN dan BINTANG. Walau seberapa banyak cahaya DIA berikan, aku tetap sesat hilang arah tujuan' Astagfirullah 

Monday 22 August 2011

selamat memburu lailatul Qadar!





Rugilah bagi orang-orang yang hanya menunggu-nunggu tanda-tanda lailatul Qadar barulah bersiap-siap untuk beribadah sebanyak-banyaknya atau hanya memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh hari Ramadhan tetapi mengabaikan sambil lewa pada malam 20 malam Ramadhan sebelumnya serta tidak ambil kisah lansung dengan 330 malam diluar Ramadhan.


teringat kata imam Hasan Al-Basri...
"Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana)..jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan sahaja).


Selamat memburu malam lailatul qadar!

Sebulan sesingkat seminggu

Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.
H.R.Termizi

Monday 8 August 2011

Tanggungjawab seorang lelaki dengan Ibunya setelah berkahwin

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila seorang lelaki Muslim berkahwin ia bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya. Samaada nafkah zahir dan batin dan asas pendidikan Islam. Dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami. Bila dikurniakan anak-anak maka  tanggungjawabnya akan bertambah kerana telah menjadi ayah untuk menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan anak-anaknya pula.


Walaubagaimana pun ia telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.

Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :
“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”Jawab Nabi “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”Jawab Nabi “Ayah kamu”

Friday 5 August 2011

050888



Dedaun berguguran membuktikan kedewasaan…
Bersyukurlah dengan nikmat usia yang Allah telah kurniakan,
Kerana usia itu ibarat mutiara yang tidak kan berganti lagi…
Jadi, sulami lah iman dan dan taqwa dalam hati…
Semoga dapat mengucup haruman syurgawi…

Monday 1 August 2011

Pagi yang damai



Bimillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum.

Tadi…ku lihat matahari terbit di ufuk barat...terlalu cantik merah jingganya hingga tidak jemu mata memandang...tapi belum puas mata ini menjamu sinarnya, ia berlalu pergi diselindung sang awan yang berarak perlahan....

Ia pagi yang amat damai dan tenang…
Memberi satu ketenangan dalam jiwa, seperti tenangnya mata air mengalir perlahan…

******

Hari ini sebenarnya adalah 1 Ramadhan...terasa begitu cepat jam berdetik sehinga tak terasa diri ini berada di dalam bulan Ramadhan semula…..

Ya Allah,  andai ini adalah ramadhan yang terakhir buat diriku, bantulah hambamu ini…agar dapat ku melentur nafsu yang seringkali membelenggu diri….