Friday, 5 August 2011

050888



Dedaun berguguran membuktikan kedewasaan…
Bersyukurlah dengan nikmat usia yang Allah telah kurniakan,
Kerana usia itu ibarat mutiara yang tidak kan berganti lagi…
Jadi, sulami lah iman dan dan taqwa dalam hati…
Semoga dapat mengucup haruman syurgawi…



Sebenarnya hari ini hari ulangtahun kelahiranku..
Hari ini telah menjadi saksi semakin pendeknya jarakku dengan diri-NYA,
Semakin pendek  masa untuk ku beramal,
Semakin kubur mempersiapkan tempat untuk diriku,
Semakin bersedia malaikat maut untuk menjemputku pulang….
Dan semakin dekat juga masa untuk semua amalan ku dihisab…

Ku harap…
Kedewasaan ini akan menjadi peringatan buat diriku,
Bahawa kematian itu sedang  semakin menghampiri….
Memaknai kematian akan membuatkan diri lebih menghargai kehidupan,
Perbanyakkanlah mengingat kepada penghancur kenikmatan…

Hadiah di hari lahirku,
Tiada apa yang kuhadiahkan buat diri,
Tiada kek..tiada apa…
Hanya ketundukkan seorang hamba,
Mensyukuri nikmat dan kasih sayangNYA..
Dan serangkai doa yang berjela-jela…
Memohon keberkatan dan keredhaan dalam setiap helaan nafas….

Allah, Allah, Allah….
Aku mohon keberkatan pada umurku sebelum ini dan sesudah ini….
Aku mohon keredhaanMU dalam setiap langkah perjuanganku...
Jadikanlah sebaik-baik umurku pada saat ketika aku menemuiMU..
Dan jadikanlah amalanku pada saat penghujung waktuku…
Perkenankanlah ya Allah!

5 Ramadhan 1432 bersamaan 5 Ogos 2011
Jumaat.

Selamat hari lahir buat diriku…
Dilahirkan pada 24 Zulhijjah 1408 H bersamaan 5 Ogos 1988,
Ketika dinihari subuh pada hari Jumaat. 



1 comment: