Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah.
Malam Ramadhan sungguh indah.
Tenang anginnya mengapai hati yang sedang kekontangan dengan cinta Ilahi.
Jari menari-nari di rak buku..mengapai tesis tebal berkulit kuning. Tulisan emas "Pendekatan Dakwah Dalam Filem Sang Murabbi' seolah-olah memberi satu chemistry. Jari lalu perlahan-lahan menyelak satu persatu helaian..hingga pada satu helaian, bebola mata menatap satu bait yang sangat indah. Ia kata-kata Alm K.H Rahmat Abdullah...indah. Bait kata ini sungguh indah...
Thesis ini bukan milik Admin. Ia milik sepupu Admin ^____^' Terima kasih kepada beliau kerana sudi meminjamkannya untuk dibaca. Thesis yang MANTAP. |
.:CINTA:.
Ya...Beliau bercerita mengenai sebuah cinta. Katanya cinta ini akan membutuhkan apa saja...logik...sememangnya itulah cinta. BUKAN cinta namanya jika ia TIDAK menagih apa-apa dari kita. Tapi..cinta yang beliau bicarakan BUKAN cinta biasa-biasa...sungguh, ia CINTA LUAR BIASA...kerana ia cinta pada DAKWAH. Mari...telusuri perlahan-lahan kata-katanya..
"Memang seperti itulah DAKWAH...
dakwah adalah CINTA,
dan cinta akan MEMINTA SEMUANYA dari dirimu.
Sampai FIKIRANMU.
Sampai PERHATIANMU.
BERJALAN, DUDUK, dan TIDURMU.
Bahkan ditengah lelapmu, ISI MIMPIMU pun tentang DAKWAH.
Tentang UMAT yang kau CINTAI..."
ALLAH..
No comments:
Post a Comment