Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Seringkali apabila jiwa ingin berkongsi rasa di ruangan blog ini, saya tidak tahu bagaimana ingin memulakannya….Adakah ia perlu dimulakan dengan mencurahkan segala apa yang terpendam di hati atau menulis apa sahaja yang ada ada difikiran ini…
“Just write what in your mind”...
Suara Dr.Edmund terngiang-ngiang dalam benak fikiran.
Ia adalah pesanan yang amat bermakna untuk diri saya dalam menempuhalam "penulisan tesis" nanti…dan saya sendiri telah mempraktikkannya dalam penulisan tesis untuk projeck tahun akhir pada 1 tahun yang lepas. Alhamdulillah...ia memang satu panduan yang amat berkesan!
Dr. Edmund… seorang pensyarah yang amat berdisiplin. Beliau sentiasa berusaha membuka minda pelajarnya ketika dalam kelas molecular biology walaupun kadangkala animasi kartun dalam DNA transcription yang beliau lukis dalam slide buat saya ketawa sendiri ketika “pening lalat” mengulangkaji pelajaran. Tidak hairanlah beliau mendapat anugerah dalam peringkat antarabangsa dalam kajiannya baru-baru ini iaitu marker of cancer.
Tapi, entah kenapa, apabila saya cuba untuk menulis bagi mengisi ruangan blog yang selama ini banyak mengandungi post “copy paste” dari website lain (huhu)…saya jadi serba salah..risau sekiranya apa yang saya tulis akan mengasari jiwa-jiwa pembaca secara tidak sengaja….
******
Hari ini 21/7/2011
…sebulan sudah masa berlalu…
Begitu cepat jam berdetik, seperti baru semalam saya menjejak kaki ke lab ini.
Masa undergraduate, banyak-bayak lab yang terdapat di aras dua Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber, ini lah lab yang paling saya geruni…huhu…tak sangka, saya boleh “tercampak” dan akan “bermastautin” di lab ini selama 2 tahun...Doakan saya supaya saya tak terlebih dari dua tahun...huhu.. =)
Di sini, saya dikelilingi oleh supar dupar senior…
Walaupun mereka semuanya sibuk melakukan lab work untuk projek masing-masing memandangkan mereka hanya punya tempoh sehingga November/2011, namun... begitu ringan tangan mereka mengajar saya yang terlalu kosong dengan ilmu ini… bantuan sering dihulur tanpa dipinta dan ilmu sentiasa dikongsi bersama..…ia adalah ilmu yang tidak ternilai, dan pengalaman yang amat mahal untuk diganti dengan matawang! Alhamdulillah!
Arigatou! Hanya Allah mampu membalas jasa baik kalian!
Dan…supervisor kami, Dr. A…
Terima kasih banyak-banyak kerana sanggup menerima kami sebagai anak didikmu yang kurang dengan ilmu ini…..Moga Allah memudahkan kajian kami…insyaAllah!
*****
“Mastura, boleh ajar saya macam mana mahu kira concentration antibiotic ini ka?
“saya segan mau tanya mereka woo”
Dia bertanya dengan pelat cina Hakka nya…
Saya tersenyum sambil mengambil sehelai A4 kosong dan pensil dari laci serta menarik kerusi berhampiran lalu memberi isyarat supaya duduk di sebelah saya…(saya tau kira pun sebab ada pengalaman sedikit time final year project..huhu)
Saya guna formula ni haaa…MV1=MV2…
Formula ni kita ada belaja time chemistry form 5 dulu..huhu (terpaksa la bukak balik buku kimia form 5..huhu)
Dia itu adalah Suk Phin, merupakan seorang pelajar UTM, berkelulusan sarjana muda bioinformatik, dari Fakulti Teknologi Maklumat, tapi sanggup berperah otak untuk mempelajari bioteknologi dari asas hingga ke puncak, semata-mata ingin punya skill lab! Saya amat mengkagumi beliau…
*****
“Sebelum mereka bergraduate, kamu berdua “korek” la ilmu-ilmu mereka dalam-dalam”
Itu pesanan Dr. A..
Jadi, saya dan Suk Phin cuma ada 3 bulan untuk “mengorek” ilmu senior-senior yang sedang berusaha menyiapkan thesis setebal buku i-genetic, atau setebal thesis pHD Dr. H yang ibarat Campbell itu..huhu
Dan apa yang saya pasti, selepas senior-senior menghabiskan lab work November ini, hanya tinggal saya dan Suk Phin…
Suk Phin&Nurafidah (kawan dan jiran lab saya..huhu)...insyaAllah, nanti kita bergraduate dengan jaya nya macam senior-senior kita ya! Huhu..
*******
Gene Manipulation Course…
Masih ingat buku ini?
Saya baru kutip balik buku ni dari mana ntah…(itu pasal manyak kotor..huhu)
Seingat saya, saya hanya mendapat B- dalam course yang amat mencabar ini…
Saya ingat buku ini hanya sekadar A4 putih yang dicetak dengan procedure experiment yang memeningkan kepala, dan bakal menjadi kenangan selepas bergraduate…. tapi saya silap….buku ini adalah basic yang teramat basic kepada projek yang telah diamanahkan kepada saya….disitu menunjukkan betapa saya ego dan lansung tidak menyedari yang diri terlalu kurang dengan ilmu….
Ketika kelas praktikal undergraduate dahulu, seingat saya..ketika orang lain sibuk menjalankan experiment, saya pula menconteng-conteng buku ini tanpa wujud perasaan mahu mengikuti mereka-mereka yang sibuk dan bergitu semangat dengan experiment masing-masing…tak sangka…rupa-rupanya saya seorang yang amat malas..huu
Tapi…
Kini, saya perlu berdiri sendiri..
melakukannya sendiri,
dan fail atau success experiment,
saya perlu hadapi sendiri! Bukan dengan orang lain...
Namun, saya percaya….Allah ada bersama dalam setiap langkah perjuangan kita… insyaAllah.
“Surely, with every difficulty, there is a relief”
(Alam Nasyrah:6)
Ayat ini saya tampal di rak bench…
Untuk memberi tiupan semangat baru ketika saya down,
Dan supaya sentiasa bersabar ketika gagal…
anda mampu mengubahnya!!!
ReplyDeleteterima kasih...T___T
ReplyDelete