Monday, 19 November 2012

ALLAH, beri aku KEKUATAN :'(


Bismillah...

For some reasons, someone have to take this medicine (11 tablets/day) in order to survive. And sometimes, but actually always, I wish I could replaced him... :'( 

******

Kata-kata seorang doktor pakar kanser terngiang-ngiang di telinga;

Penyakit ini tiada penawar.
Mak cik dan keluarga harus bersedia pada bila-bila masa.... T___T

ALLAH, bersediakah aku? :'( Terasa tangan tiada tempat untuk berpaut..tiada diri tiada tempat untuk bergantung. ALLAH...

*******

Kesemua ubat perlu dihabiskan dalam masa 2 minggu

Hanya ALLAH Maha Mengetahui saat melihat beliau menelan pil ini ibarat mengumam gula-gula. Masakkan seorang anak mampu tersenyum melihat insan tersayang menderita?

Tapi, hati cuba dikuatkan jua walaupun nadi terasa lemah untuk terus berdenyut.
Kaki...walaupun lemah, dipaksa jua melangkah walaupun  hari demi hari hayunannya kian longlai meniti arus kehidupan...

ALLAH, hentikan air mata ini terus mengalir... Bagaimana aku  mahu menjadi pemberi sokongan kepada dia sedangkan beliau sendiri cuba memaksa bibirnya tersenyum untuk memujuk hati anak-anaknya saat melawan penyakit ini? ALLAH..berikan aku dan dia KEKUATAN!