"Apakah aku layak bergelar
Muslimah?"
Saya
kurang faham dengan soalan ini. Konteks yang diberikan membuatkan saya fikir
seolah-olah "Muslimah" itu satu level Iman 99 Petala Langit yang
hanya golongan sehebat Pendekat Laut sahaja yang boleh capai.
Sedangkan
apabila seorang perempuan berpegang teguh dengan Shahadah, maka dia bergelar
Muslimah.
Muslimah
itu bukan diukur dengan panjang tuduh atau labuh jubahnya. Sama juga dengan
lelaki. Dia tidak dipanggil Muslim kerana panjang janggutnya.
Muslimah
itu seorang yang berjihad menentang nafsunya hinggalah maut menjemput. Satu
perjuangan dalaman yang tiada sesiapa pun yang dapat lihat, dengar, hidu,
sentuh, atau rasa. Tetapi perjuangan dalaman itu ada.
Boleh
jadi seorang Muslimah itu tidak bertudung, tetapi dia menangis kepada Allah
meminta kekuatan untuk menyarung sehelai kain di kepalanya.
Boleh
jadi seorang Muslimah itu mempunyai teman lelaki, tetapi setiap sentuhan bukan
mahram umpama jilatan api neraka baginya.
Boleh
jadi seorang Muslimah itu seorang yang tidak solat, tetapi setiap kali azan
berkumandang hatinya merayu kepada badannya untuk berdiri di hadapan Allah.
Muslimah
itu seorang perempuan Muslim. Full stop.