Showing posts with label Jodoh. Show all posts
Showing posts with label Jodoh. Show all posts

Wednesday, 1 June 2011

Bingkisan doa



Ya Allah....
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami....
Agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi... 

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan....
Dia bukan miliku....
Bawalah dia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... 

Buatmu Hawa...


Hawa....
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam , kita dizalimi ,hak kita
dicerobohi , kita ditanam hidup - hidup , tiada penghormatan walau secebis
oleh kaum adam , tiada nilai dimata adam ,kita hanya sebagai alat untuk
memuaskan nafsu mereka….


Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam , bila sinar islam berkembang
,derajat kita diangkat , maruah kita terpelihara , kita dihargai dan
dipandang mulia , dan mendapat tempat disisi Allah sehingga tiada sebaik - baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah .


Wahai Hawa...
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu?
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati dalam ajaranNya?
Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih ragu dalam mematuhi perintahNya ?

Wahai Hawa ..
Tangan yang menggoncang buaian boleh menggoncang dunia…
Sedarlah hawa kau dapat menggoncangkan dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh dan solehah…
Kau bisa menggegar dunia dengan  menjadi isteri yang taat serta memberi
dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia!

Buatmu bernama lelaki...



Andai suatu hari nanti,
Takdirnya kita akan bersama,
Melayari bahtera kehidupan,
Usah kau impikan selaut sutera keindahan,
Usah kau igaukan kasih yang menggunung tanpa puncak,
Juga usah kau harapkan
Kesempurnaan mutlak diri ini.

Aku bukan Siti Khadijah,
Mahupun permata Siti Fatimah,
Aku bukan Siti Aisyah,
Mahupun Ummul Mukminin lain,
Bukan juga Rabiatul Adawiyah,
Wanita sufi terpuji,
Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam,
Masyitah, Asiah, Sumaiyah.

Buatmu bakal isteriku...



Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku...

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."


Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu. 



Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini. 

Wednesday, 18 May 2011

Andai aku adalah tulang rusukmu yang hilang~




♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥

ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG...♥
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

_____$$$$$
____$$$$$
___$$$$$$$
____$$$$$......*~*~*
_____$$$......~°~°~°
____$$$$$....°~°~°~°
__$$$$$$$$$~°~°~°~°
_$$$$$$$$$$$~°~°~°~
$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°
$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°~°
$$$$$$$$$$$$~°~ °~°~°~°
$$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°~°
_$$$$$$$$$~*$$~°~°~°~°~°
__$$$$$$$$~*~*$$~°~°~°~°
__$$$$$$$$*~*~*$$~°~°~°
__$$$$$$$$$~*~*~*~°~°
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$*~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$ ~*~*~*~*~*~*
__$$$$$$~*~*~*~*~*~ *~*~*
__$$$$~*~*~~*~*~*~*~*~*~*
__$$$~*~*~*~ *~*~*~*~*~*~*~*~
__$$~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
__$$~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~*~
___~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~*~*
____~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~**
_________~*~*~*~*~*~*~* ~*~*
________________*~*~*~**_________________
░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

Sayang,
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang,
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Engkau akan selalu membimbingku,
Agar aku menjadi wanita yang solehah,
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat


~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Yang Dicari...




Yang dicari walau bukan putera/puteri raja, biarlah putera/puteri beragama….

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata….

Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani sempurna hati….

Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat….

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia……

Yang diangankan bukanlah harta dipandang tetapi kesederhanaan menjalani pegangan….

Yang diinginkan bukanlah kata memuji-muji, cukuplah sekadar berbudi pekerti….

Yang didamba bukanlah kesempurnaan hati dan sikap, cukuplah sekadar kejujuran tutur kata terungkap….

Dan YANG akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha dengan ketetapan Ilahi…….


Saturday, 14 May 2011

Ukhti dah isi borang baitulmuslim?


“Ukhti dah isi borang baitulmuslim? ke Ukhti sudah ada calon sendiri?”

“Bila perancangannya Ukhti akan menamatkan zaman bujang ukhti?”

“Apa perancangan ukhti 2 tahun,3 tahun, 4 tahun akan datang?”
***
Soalan-soalan ini sering kali menerpa diri saya ketika habis usrah, ketika program atau mahupun ketika bersiar-siar bersama murobiyah dan rakan satu usrah. Mungkin kerana disebabkan saya sudah pun menghabiskan pengajian sejak 2010 yang lepas, maka saya seringkali menjadi “sasaran” utama mereka.

Saya diam. Angguk tidak, geleng pun tidak.
Hanya senyuman mampu berbahasa.

Tuesday, 10 May 2011

Apa khabar jodohku...


Apa khabar jodoh ku? 
Sihatkah? 
Berat rasanya kelopak mata ku tertutup.
Bagaimana dengan kamu? 
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? 
Dan apakah mulut mu terasa menerus-menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodoh ku...
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu. 
Bukannya aku tak mahu atau aku tak rindu.
Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang.
Dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi sayang.
Kadang-kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkan ku? 
Mengajak ku bertafakur dan bersujud kepada Nya?

Berat hati ini menantikan mu, 
gelisah pula hati ini memikirkan mu. 
Apa kau selalu hiasi langkah mu dengan kebaikan-kebaikan? 
Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukan mu sementara, untuk menghadap Nya?


Saturday, 7 May 2011

Ampuni daku kerana mengasihinya...

Ku pendamkan perasaan ini,
ku rahsiakan rasa hati ini,
melindungkan kasih yang berputik,
tersembunyi didasar hati…

_UNIC_


Allah,
Aku lepaskan kasihnya demi kasih-MU
Aku lepaskan cintanya demi cinta-MU
Aku relakan semuanya demi redha-MU ya Allah.

*********

Allah,
Ampunilah dosa-dosaku;
Andai diriku telah menjerat dia dalam jurang nafsu,
Ampunilah dosa-dosaku;
Andai diriku telah mengotori hatinya dengan kasihku,
Ampunilah dosa-dosaku;
Andai diriku telah merampas kasihnya kepada-MU
Astagfirullahalazim…astagfirullahalazim…astagfirullahalazim…

Ya Allah yang Maha Pengampun,
Ampuni dosa-dosaku;
 Andai diri ini telah meninggalkan titik-titik hitam dalam hatinya,
Ampunilah dosa-dosaku;
 Andai hadirku telah meragut ketenangannya,
Ampunilah dosa-dosaku;
Andai diri ini telah menodai hatinya…
Ampunilah dosa-dosaku;
Andai diriku telah membuka ruang kepada syaitan durjana…
Ampuni daku ya Allah…. 
Hanya pada MU ku berserah, hanya kepadaMU aku memohon….

**********
Aku mohon ya Allah,
Janganlah hadirku menjadi fitnah terhadap dirinya di akhirat nanti.
Ampunilah dosa ku ya Allah.
Amin.

Mak...saya nak nikah...



Beberapa tahun sebelum bernikah, saya mencari-cari kelebihan berkahwin awal supaya saya termotivasi untuk bernikah awal. Dan ditemui antara kelebihan berkahwin adalah ia menjaga kesucian diri dan hati. Memelihara pandangan dan kehormatan. Ya, saya pun kemudiaannya berada di fasa yang sama dengan teman-teman, terdorong untuk bernikah untuk menjaga hati...(walaupun belum ada calonnya lagi). Tapi saat ini, saya tidak memandang lagi semua itu sebagai KELEBIHAN berkahwin awal, tapi KEWAJIPAN dan KEUTAMAAN berkahwin awal.

“Susah sangat ke nak jaga hati…??”

“Kenapa tak sabar tunggu hingga habis belajar…??”

“ Tak payahlah selalu contact dengan lelaki tu kalau hati tak tenang..!??”

“Kan selalu ikut program agama, takkan boleh terjerumus maksiat….!??”

“Orang lain bercinta juga, tak lah sampai nak berzina…!??”

“Janganlah ikut sangat perasaan…”

Mungkin ini adalah antara dialog luahan-luahan mak ayah kita bila saatnya kita menyuarakan keinginan untuk bernikah di usia awal 20an. Lantas kita merasakan ibu bapa tak memahami ‘situasi getir’ yang kita hadapi dalam era moden dunia tanpa sempadan.

Ya, memang ibu bapa kita kebanyakkannya tak faham..kerana kita juga tak berusaha untuk faham apa yang mereka faham. Yang mak ayah kita faham, kita masuk universiti untuk belajar. Dan belajar. Dan belajar. Hingga dapat segulung ijazah. Kemudian dapat perkerjaan yang menjamin masa depan.

Kemudian berkongsi sedikit kesenangan dengan adik-adik dan famili. Kemudian, silakanlah merancang untuk pernikahan. Waktu itu, tenangnya hati mak ayah kerana kita telah ada pendapatan bulanan. Mungkin ada juga sedikit wang simpanan. Mak ayah kita punya harapan dan perancangan sebegitu kepada anak-anak kerana MUNGKIN mereka membandingkan zaman pergaulan kita dengan situasi muda mudi zaman 70an dan 80an.

Sedangkan kita di ‘era depan’ 2010, 2011, 2012. Kita tidak lagi di zaman public phone, perlu ada syiling yang cukup untuk meluah perasaan mencambah perasaan dengan ‘teman tapi mesra’ itu. Kita tidak lagi di zaman mengutus surat menyatakan rindu sayang, jika bersurat, rasa rindu dan sayang hanya sampai kepada si dia setelah jiwa bergelora kita menjadi reda.

Tuesday, 3 May 2011

Nasihat Ummi Tentang Cinta

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited."



********************************

Monday, 25 April 2011

Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul


_PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL_


Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.

Ketika membaca buku ini,
aku merasakan jauhnya tahap iman aku dan watak wanita itu...
Ketika membaca buku ini,
rasa jauhnya 'baitul muslim' yang kuidamkan...
Ketika membaca buku ini,
Rasa bersalahnya aku dengan semua orang yang aku sayang, 
Dan ketika membaca buku ini, 
Baru beberapa helaian pertama,
Aku memang menangis, tangisan keinsafan...


Buku ini membuatkan aku memasang impian untuk menjadi sepertinya.
Solehah sepertinya dan suami yang soleh seperti didapatinya,
membuatkan aku membina impian setinggi langit,
tanpa menyedari diri ini punya iman yang sedikit cuma.


Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui kesan pembacaanku kali ini...
Ya Allah, hanya Engkau yang mendengar rintihanku...
Ya Allah, dapatkah aku menjadi seperti wanita itu???
Sungguh...aku cemburu.....

Sunday, 17 April 2011

Untuk saudariku yang ku cinta kerana-NYA



Untuk Saudariku Yang  Ku Cinta KeranaNya..
Saudari, Kalian  adalah tulang rusuk yang hilang,
Jika kalian dalam penantian,
Maka....
Jadikan penantian itu jalan menuju Keberkatan.
Menanti bukan bererti berdiam diri ,
Atau menunggu tanpa erti...

Kalian adalah bidadari yang di cari.
Sebelum pemilik tulang rusuk datang menjemput,
Isilah masa penantianmu dengan Taqwa, Sabar, Doa dan Tawakkal.

Al-Haya’ (malu)  yang menjadi perisai bagimu
Akan membuatmu segan untuk mengungkap perasaan.
Cinta yang tak mampu kau ungkap..
Cinta yang hanya kau dakap dalam diam..
Kerana mungkin kau tak seberani KHADIJAH..

Izinkan saya berdialog dari hati ke hati.
Saudariku, kamu mungkin jauh lebih faham tentang yang ingin saya sampaikan,
Namun, tiada salahnya jika kita sama-sama mengimbasnya kembali ,
Atau setidaknya, menasihati diri saya sendiri...

Friday, 8 April 2011

Buat diri-diri yang masih sendiri dan mencari-cari

Buat diri-diri yang masih sendiri,
Dan mencari-cari,
Bersabar dan yakinlah,
Di sebalik keseorangan itu,
Punya hikmah yang tersendiri,
Allah sahaja yang Mengetahui.


Meskipun waktu terus berlalu,
Namun jodohmu masih belum kunjung tiba,
Itu tidak bermakna,
pernantianmu adalah sia-sia.

Saat perjalanan dalam kehidupan ini,
Sebenarnya adalah pencarian hakikat diri,
Jesteru, gunakanlah waktu itu,
sebaik-baiknya...

Muhasabahlah diri,
Tarbiyahlah diri,
Dan perbaikilah diri,
Moga, ada sinar telus,
Yang menanti diakhir sinar itu.

Bersabar dan berdoalah,
Agar engkau diperteguhkan iman,
Sehingga sampai,
Saat engkau dipinang.

Sesungguhnya engkau tidak sendiri, 
Percaya dan yakinlah Allah sentiasa bersamamu.

Dan kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui,
Maka, usah dirisaukan jodohmu,
Kerana hanya DIA,
Yang mengetahui insan terbaik buatmu.