Showing posts with label Aurat. Show all posts
Showing posts with label Aurat. Show all posts

Wednesday, 8 February 2012

MUSLIMAH! Hati-hati dengan wajahmu!

Assalamualaikum wbt.

MUSLIMAH...hati-hati dengan WAJAHmu...NIAT mempamerkan gambar di facebook untuk DIPUJI @ untuk MENDAPAT PERHATIAN hanya akan menambah SAHAM DOSA~Allah menganugerahkan kecantikkan pada wanita BUKAN UNTUK DIPAMER, tapi untuk DIJAGA sebaik mungkin~itulah AMANAH yang ALLAH swt letak di bahu kita sebagai seorang WANITA.kerana apa?kerana WANITA itu adalah SEBESAR-BESAR FITNAH bagi kaum adam!

Bersenandung Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi,
"Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita
Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya
Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya
Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya"

Jangan jadikan purdah itu FESYEN

Assalamualaikum wbt

Maaf, andai salah berbicara. Kenapa saya rasakan seolah fenomena purdah dan niqab sedang melanda fb saya? ^_^. Ikhlas saya khabarkan rasa hati, ada yang membuatkan saya rasa bangga dan tidak kurang juga ada yang membuatkan saya rasa jelek! Astaghfirullah... Ingat sabda Rasulullah SAW; "Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." (HR Bukhari).

Apabila FUNGSI NIQOB DISALAH GUNAKAN~ tepuk dada, tanya hati..apa NIAT antunna berniqab sebenarnya?sahabat muslimahku....JANGAN jadikan NIQOB itu sebagai FESYEN~ islam itu CARA HIDUP yang SYUMUL, jangan kalian JELEKKANNYA....

Monday, 5 December 2011

wanita solehah ^____^

Wanita solehah itu tidak suka memandang dan dipandang..

tapi tak bermaksud berjalan pun dia terlanggar tiang, ok? huhu..=="




Tuesday, 18 October 2011

Bukan saya tak suka~






~✿..Bukan TIDAK SUKA..bahkan jauh sekali ingin MEMBENCI, saya cuma TIDAK KUAT ingin menolak rasa yang kadang-kala menerpa..lantas kerana itulah saya MELARIKAN DIRI kerana saya tahu saya bukanlah SRIKANDI yang TEGUH imannya di hati..saya cuma HAMBA yang kadang-kala jatuhnya tidak diingini, saya tahu amat SUKAR bagi kamu untuk mengerti..andai kamu ingin melarikan diri, tiada lain saya HARAPKAN melainkan diredhakan hati kerana saya tahu RENCANA Illahi adalah sebaik-baik KETETAPAN buat diri..✿~



Lantas, SIAPALAH saya untuk MENYANGGAHI?



>>> Andai ingin MENANTI..janganlah kamu MERAPATI kerana saya pasti MENJAUHI..bukan kerana membenci tetapi kerana saya bukanlah srikandi yang TEBAL imannya di hati..buat HATI yang MEMAHAMI, pergilah di kau mencari REDHA Illahi..terima kasih kerana MEMAHAMI..(✿◠‿◠)

Thursday, 29 September 2011

32 ciri-ciri gadis muslimah sopan dan berakhlak yang sempurna


Oleh Kalam Musafir  

  1. Solat tepat waktu
  2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
  3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
  4. Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
  5. Bercakap dengan rendah suara.
  6. Lembut dan halus tingkahlakunya.
  7. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
  8. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
  9. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
  10. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
  11. Pandai mengambil hati orang tua.
  12. Menghormati dan taat ibubapa.
  13. Kesayangan keluarga dan tetangga.
  14. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
  15. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
  16. Rambut tak diwarnakan.
  17. Banyak dan murah dengan senyuman.
  18. Banyak mendengar dari bercakap.
  19. Senyuman adalah ketawanya.
  20. Tidak ketawa terbahak-bahak.
  21. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
  22. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  23. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
  24. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
  25. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
  26. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
  27. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
  28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
  29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
  30. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
  31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
  32. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.

Friday, 29 July 2011

Kenapa lelaki suka tengok wanita?



Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.

(Surah An Nur : Ayat 30)

Kenapa Mata LELAKI suka akan melihat WANITA ?? Itu fitrah..



Andai......
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Wednesday, 1 June 2011

Allah, ampuni daku...




Hawa,

Kami sulit menahan pandangan mata ketika melihat kalian, apalagi jika kalian diamanahkan Allah dengan kecantikkan dan posture yang ideal.
Kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian, kerana itu lebarkanlah pakaian kalian, dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami juga sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian, apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah dengan suara yang merdu dengan irama yang mendayu… Kerana itu, tegaskanlah suara kalian dan berbicaralah seperlunya.
Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian, ketika kalian dapat menjadi tempat mencurahkan isi hati kami, waktu luang kami akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian. Kerana itu, janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalian.