Tuesday, 24 July 2012

DAKWAH itu adalah CINTA


Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah.
Malam Ramadhan sungguh indah.
Tenang anginnya mengapai hati yang sedang kekontangan dengan cinta Ilahi.
Jari menari-nari di rak buku..mengapai tesis tebal berkulit kuning. Tulisan emas "Pendekatan Dakwah Dalam Filem Sang Murabbi' seolah-olah memberi satu chemistry. Jari lalu perlahan-lahan menyelak satu persatu helaian..hingga pada satu helaian, bebola mata menatap satu bait yang sangat indah. Ia kata-kata Alm K.H Rahmat Abdullah...indah. Bait kata ini sungguh indah...

Thesis ini bukan milik Admin. Ia milik sepupu Admin ^____^'
Terima kasih kepada beliau kerana sudi meminjamkannya untuk dibaca.
Thesis yang MANTAP.
.:CINTA:.

Ya...Beliau bercerita mengenai sebuah cinta. Katanya cinta ini akan membutuhkan apa saja...logik...sememangnya itulah cinta. BUKAN cinta namanya jika ia TIDAK menagih apa-apa dari kita. Tapi..cinta yang beliau bicarakan BUKAN cinta biasa-biasa...sungguh, ia CINTA LUAR BIASA...kerana ia cinta pada DAKWAH. Mari...telusuri perlahan-lahan kata-katanya..


"Memang seperti itulah DAKWAH...
dakwah adalah CINTA, 
dan cinta akan MEMINTA SEMUANYA dari dirimu.

Sampai FIKIRANMU.
Sampai PERHATIANMU.
BERJALAN, DUDUK, dan TIDURMU.
Bahkan ditengah lelapmu, ISI MIMPIMU pun tentang DAKWAH. 
Tentang UMAT yang kau CINTAI..."


ALLAH..

Tuesday, 3 July 2012

Pasrah denga takdirNYA.. ✿



“Andai ternyata keinginanmu tidak selari dengan keinginan ALLAH SWT, ternyata apa yang diharapkan esok hari tidak menjadi nyata, malah apa yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kamu mesti tetap ikhlas. Kamu harus menerima semuanya dengan senyum yang mekar menguntum dan dengan redha yang tidak terhitung.

Persiapkanlah hidupmu hanya untuk ALLAH. Dialah tujuan hidup, malah sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal dan tawassul untuk mencapai keredhaan ALLAH.


Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu. Kerana itu memang bukan untukmu. Bersihkan hatimu, ikhlaskanlah hati dan redhalah dengan ketentuanNYA. Kerana kita ini adalah sebenar-benar hamba. Jadilah hamba yang tahu kenal diri, serta tahu bersyukur kepada Tuhannya.”



✿  Mekarlah hati dengan cinta Illahi..kita akan berasa bahagia dan tenang dalam taman cinta-NYA…meskipun mungkin hati kita pernah dihiasi musim bunga sakura..biarlah ia berlalu pergi kerana pasti dan kita harus percaya ada suatu tempat lagi yang sering sahaja berbunga indah tanpa bermusim..
Bunganya..selalu mekar dan berkembang dengan indah..bunganya berwarna –warni dan cantik. Sesungguhnya mencinta ALLAH…membuatkan hati kita berada di taman cinta ALLAH yang tersangat indah….bunga-bunganya tidak akan pernah layu walau ditelan masa dan musim 
✿

Friday, 29 June 2012

Dilema seorang NIQOBIS~

Assalamualaikum wbt
"ALLAH..kenapa saya rasa TAK TENANG ya...erm..saya dah TUTUP SEMUA AURAT...Alhamdulillah~ saya dah tutup dengan SEMPURNA..saya pakai STOKING dan saya pakai NIQOB...tapi kenapa ya saya rasa MASIH TAK TENANG? hurm..saya buka album FACEBOOK saya, ALLAH..patutlah saya rasa TAK TENANG...gambar saya BANYAK, WALAUPUN BERNIQOB...saya juga mungkin mendatangkan FITNAH. haaa..LELAKI dan PEREMPUAN PUJI saya...diorang kata CANTIK, MENAWAN...ini TAK BOLEH JADI, saya nak jadi MUSLIMAH yang BERKUALITI..saya MESTI DELETE!"



Thursday, 28 June 2012

Hadith Qudsi


Assalamualaikum wbt

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:


"Wahai anak Adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap KEMATIAN tetapi MASIH BERGEMBIRA.


Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap HARI PERHITUNGAN tetapi dia masih MENGUMPUL HARTA.


Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap KUBUR tetapi MASIH TERTAWA.


Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap KEHIDUPAN DI AKHIRAT tetapi dia masih BERISTIREHAT.


Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap DUNIA DAN KEMUSNAHANNYA tetapi dia MASIH TENANG DENGANNYA.


Aku hairan kepada mereka yang ALIM PADA LIDAHNYA tetapi JAHIL PADA HATINYA.


Aku hairan kepada mereka yang SIBUK BERSUCI dengan air tetapi HATINYA TIDAK SUCI.


Aku hairan kepada mereka yang SIBUK DENGAN KEAIBAN ORANG LAIN tetapi dia LUPA TERHADAP DIRINYA SENDIRI.


Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MENGAWASINYA tetapi dia masih boleh MELAKUKAN MAKSIAT atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan MATI KESEORANGAN, akan MEMASUKI KUBUR KESEORANGAN dan akan DIHITUNG KESEORANGAN tetapi masih JINAK BERSAMA MANUSIA.


"Ketahuilah tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku."




Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah

BELAJARLAH untuk REDHA

Assalamualaikum wbt

Apabila kita REDHA dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka PERCAYALAH ALLAH swt akan MENGANTIKAN kekecewaan itu dengan sesuatu yang TIDAK DIJANGKA iaitu sesuatu yang JAUH LEBIH BAIK! InsyaALLAH!~♥