Friday, 18 May 2012

LAYAK kah aku bergelar MUSLIMAH?



‎
"Apakah aku layak bergelar Muslimah?"

Saya kurang faham dengan soalan ini. Konteks yang diberikan membuatkan saya fikir seolah-olah "Muslimah" itu satu level Iman 99 Petala Langit yang hanya golongan sehebat Pendekat Laut sahaja yang boleh capai.

Sedangkan apabila seorang perempuan berpegang teguh dengan Shahadah, maka dia bergelar Muslimah.

Muslimah itu bukan diukur dengan panjang tuduh atau labuh jubahnya. Sama juga dengan lelaki. Dia tidak dipanggil Muslim kerana panjang janggutnya.

Muslimah itu seorang yang berjihad menentang nafsunya hinggalah maut menjemput. Satu perjuangan dalaman yang tiada sesiapa pun yang dapat lihat, dengar, hidu, sentuh, atau rasa. Tetapi perjuangan dalaman itu ada.

Boleh jadi seorang Muslimah itu tidak bertudung, tetapi dia menangis kepada Allah meminta kekuatan untuk menyarung sehelai kain di kepalanya.

Boleh jadi seorang Muslimah itu mempunyai teman lelaki, tetapi setiap sentuhan bukan mahram umpama jilatan api neraka baginya.

Boleh jadi seorang Muslimah itu seorang yang tidak solat, tetapi setiap kali azan berkumandang hatinya merayu kepada badannya untuk berdiri di hadapan Allah.

Muslimah itu seorang perempuan Muslim. Full stop.

Thursday, 17 May 2012

SUNNAH or FITNAH?

Assalamualaikum wbt
.:fenomena gambar berpurdah as profile pic, or as a cover photo di facebook sudah menjadi trend facebooker muslimah sekarang:.

-->Gambar berpurdah, TAPI JELAS menampakkan bentuk MATA, DAHI dan juga bentuk KENING..aduhai @__@' apabila gambar sebegitu disiarkan di dada facebook dan menjadi tontonan ramai....enti percaya yang purdah itu akan dapat MELINDUNGI enti lagi dari mata2 lelaki yang nakal?YA! memang muka BUKAN termasuk dalam aurat. TAPI, jika kamera DISALAHGUNAKAN untuk mengambil wajah berpurdah pada angle yang pelbagai sudut lalu menampakkan enti "KELIHATAN" lebih cantik, enti percaya tak jika ana kata yang gambar tersebut akan mengundang perasaan "dari mata turun ke hati" dari seorang lelaki ajnabi yg suka berfantasi? >.<' (atau lebih tepat lagi perasaan syahwat?).

Doa TIDAK memerlukan modal pun! :

Assalamualaikum wbt..

Diari kecilku...^___^'

DOA, TIDAK MEMERLUKAN MODAL berbentuk RM untuk dibayar. SESIAPA pun boleh berdoa…yang miskin, kaya atau yang sederhana.TAPI, doa sangat MULIA dan BERNILAI di sisi ALLAH. ALLAH SANGAT SUKA hambanya yang berdoa dan ALLAH SANGAT BENCI kepada hambanya yang MALAS MEMINTA. BERBEZA dengan manusia, SEMAKIN BANYAK DIMINTA, SEMAKIN RIMAS JADINYA...justeru..berdoalah! Ia TAK SUSAH…malah PERCUMA! ALLAH itu MAHA MENDENGAR..dan DIA sentiasa HAMPIR dengan kita!

"..Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku MENGABULKAN PERMOHONAN orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu MEMENUHI (SEGALA PERINTAH-KU) dan hendaklah mereka BERIMAN kepada-Ku, agar mereka SELALU berada dalam KEBENARAN" (Al-Baqarah: 186)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra; 
"BERDOALAH dengan penuh KEYAKINAN bahawasanya ALLAH swt PASTI MENERIMANNYA...KETAHUILAH ALLAH swt bahawasanya TIDAK akan menerima doa dari sekeping hati yang LALAI dan LEKA"


Sunday, 11 March 2012

MGC


Bismillahirrahmannirahhim.
Assalamualaikum wbt.

“Kenapa mas tak pergi semalam?" Dia bertanya sebaik saja saya melabuhkan punggung di seat sebelahnya. Soalan itu memang saya sudah agak akan terpancul keluar dari mulut dia. Otak segera ligat berputar mencari dan mambina ayat yang boleh menyakini…

“Err…sebab takde transport…Lagipun tempat ayah keje tak one way dengan hotel Pullman…so, tak nak lah menyusahkan dia…lagipun tempat ayah keje agak jauh dari kuching…”Tergagap-gagap saya menjawab.

“But, how about S.. P…? Did she go yesterday?”
“Dia pun tak pergi semalam sebb mas tak pergi…”
Jawab saya sepatah. 

Fuhh...nasib baik S.. P… tak pegi, ada jugak geng..hehe…
saya bermonolong dalam hati.

“oo…em..all scientis and researchers has been there yesterday and it was an amazing conference…” Dia memancing saya untuk menyesal..agaknya?huhu…em, apapun, sejujurnya saya amat menyesal kerana tidak dapat menghadiri conference tersebut..hmm...

“ermm..ruginya tak dapat pergi semalam… tiba-tiba lidah menutur kata dari hati… 
Dia diam. Saya memandang dia. Mungkin menyedari diri dipandang, dia menoleh ke arah saya lalu tersenyum. Senyum mungkin kerana dia tidak mahu menambahkan rasa kecewa YANG MENGHIMPIT DIRI SAYA…

Saya membalas senyuman dia dan segera mengalih pandangan ke depan.Cuba menyembunyikan perasaan di benak hati. Mungkin perkataan paling tepat untuk mengambarkan perasaan saya sekarang adalah…

SAYA BERASA AMAT RUGI…DAN KECEWA.

M....... & S.. P…Awak dan S.. P.. boleh pergi ke MGC (Malaysian Genetics Cogress) minggu depan. Saya dah minta kebenaran dari pengerusi persatuan Genetik Malaysia supaya awak berdua boleh masuk tanpa bayaran…saya harap awak berdua boleh pergi ke konferens tersebut supaya boleh mengarap pengalaman… this is a very good chance for both of you to get experience because this is the first time MGC will be held at Kuching…

Kata-kata supervisor terngiang-ngiang di fikiran saya…
Rasa amat bersalah.Diberi peluang untuk pergi tapi kami pula mensia-siakan perluang tersebut. Terlalu cepat berputus asa bila halangan sekecil kuman cuma. Kami cuma tiada transport! Lesen memandu P di dalam purse saya pandang, terbit rasa kecewa pada diri sendiri. Sudah setahun lebih saya memiliki lessen tersebut, tapi tidak berusaha melatih diri untuk memandu… Arghhh! Inilah yang dinamakan lessen hanya sekadar dalam purse! Macam abang saya cakap “lessen Kopi O”! Huhuu…
******
Kereta saga itu terus meluncur laju membelah langit highway kuching…

“mas…if you will be one of the presenter in MGC, what will you feel?

Dia cuba menduga…atau mungkin sengaja memecah suasana sunyi dengan bertanya.

“saya rasa hebat..” Sepatah saya menjawab.

Dia tersenyum…gigi putihnya terselah dalam senyumannya.
Darlie smile! Huhu..senyuman dia mengingatkan saya pada seseorang… =)

“ yup!..hebat. You know, most of the presenter yesterday is muslims…atau mungkin lebih tepat lagi, 80% daripada presenter, which is young scientis semalam adalah muslim….MOST OF THEm IS Muslim”, dia  mengulang ayatnya..mungkin cuba menekankan apa yang dia ingin sampaikan.

“Most of them??? “
“Yes! most of them. begitu semangat sekali dia menuturkan ayat tersebut. Ada riak bangga pada wajahnya..
“Dulu… orang islam yang terhebat….”

“Yup..betul!” Saya mengiakan kata-kata dia. Dia hanya tersenyum mendengar jawapan saya yang penuh dengan intonasi semangat patriotik..:P

Saya malu sendiri.huhu..Mungkin bahang-bahang pengisian “Ini Sejarah Kita” dari Akhi Firdaus minggu lepas masih terasa dan sedikit sebanyak membuatkan saya sering berfikir sendiri .huhu..

Pada ketika Sultan Muhammad Al-Fateh berusia 21 tahun, beliau sudah pun mampu menguasai Konstantinopel  pada tanggal 29 Mei bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah.Salahudin al-ayubi pula tak kurang hebatnya… beliau berjaya baitulmaqdis dengan mudahnya.Ya…ketika 1500 M dahulu, hampir 2/3 dunia telah dikuasai orang islam.Hebat..memang hebat!
Tapi sekarang? Mana perginya remaja-remaja generasi Muhammad Al-Fateh?
Mana dia remaja-remaja yang bakal menjadi pelapis kepahlawanan Salahudin Al-Ayubi?

“Nasib baik aku turun awal, sempatlah aku beli tiket konsert Justin Bieber, kalau tak menangis lah aku jawabnya” Nisa menceritakan susah payahnya untuk membelikan tiket konsert artis remaja paling popular yang bakal berlansung.
“Maaf bro, aku tak perasan ko ketuk pintu.Aku syok sangat layan game baru Dota ni. Aku baru jer beli petang tadi..sayang nak lepaskan computer aku..”
Dialong-dialong diatas sudah biasa kita dengar bukan?Atau mungkin kita pernah menjadi salah seorang yang menuturkan ayat di atas? Bahkan orang yang tidak melakukannya mungkin akan di anggap sebagai seorang yang ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan semasa.

Inilah reality yang sedang berlaku dan masih bertapak kukuh dalam hati remaja kita sekarang. Sebahagian besar remaja kini sedang leka dalam dunia mereka sendiri sambil tidak mahu endah perduli dengan apa yang berlaku disekeliling. Bagaimana kita mahu membina generasi rabbani jika "starter" generasi bersikap tidak ambil kisah dan perduli untuk membela agama sendiri? Dan para pencinta filem, gamers, concerts mania ini pula hanyut dalam mainan yahudi...hingga tidak menyedari bahawa mereka telah mengeluarkan duit untuk membiarkan penjajah membeli jiwa, diri, pemikiran dan cara hidup mereka sendiri!

Ya! secara tidak sengaja..Kita telah MEMBAYAR UNTUK DIJAJAH!


*****
Em, cuba teka siapa yang mula-mula discover alcohol?…pertanyaan dia menghentikan lamunan saya...Ai…Berteka teki la pulakkk dia ni..…
"Em, mas tak tahu la.."jawab saya ikhlas.

"Orang islam…tapi pada masa tersebut, orang islam tidak mengunakan alcohol untuk minum, tapi untuk tujuan perubatan… berbeza dengan orang orang bukan islam masa tersebut.. Malah mereka tak ada tandas pun. Itu yang membezakan orang bukan islam dengan orang islam pada zaman dahulu.

Saya diam. Hebat juga spengetahuan dia tentang sejarah…hati kecil saya mengomel.

“kita jangan lupa sejarah kita sendiri..kena banyak membaca…kita sepatutnya tahu sejarah kita sendiri…kerana tidak mahu mendalami sejarah la orang islam semakin ke belakang..Bila tidak mengenali sejarah sendiri, bagaimana kita nak membela agama kita sendiri? ” dia menambah.

Saya terpana.
Rasa baru sahaja dikejutkan dari tidur yang lena...
astagfirullah...

p/s: BACALAH ~ ITULAH WAHYU YANG PERTAMA ALLAH TURUNKAN..:)
Apa yang kita baca HARI INI akan MENCORAKKAN diri kita pada MASA HADAPAN.


Muhasabahlah wahai diri!


Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum...


Alhamdulillah..Allah masih meminjam masa kepada saya untuk menukil sesuatu di ruangan kosong mujahadahcintaku...pejam celik,pejam celik...terasa terlalu cepat masa berlalu  meninggalkan saya ke belakang...kini sudah 8 bulan saya telah memulakan labwork, tetapi secara officialnya baru 6 bulan saya bergelar student UNIMAS secara rasminya dan selama tempoh itu, terlalu banyak pengalaman yang saya telah lalui...Alhamdulillah..dari setiap pengalaman itu, Allah memberi pengajaran kepada saya..begitulah Allah mendidik hamba-hambaNYA..(=


Namun, mengimbas kembali masa yang telah saya lalui selama ini, saya sedar kebanyakkan masa yang saya "labur"kan kebanyakkannya hampir semuanya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang kurang memberi "sesuatu" pada hati..yakni makanan pada IMAN, yang kita tahu grafnya sering kali naik dan turun, dengan kata lain bersifat berbolak-balik pada tempatnya, ibarat nasi didalam periuk yang menggelegak...


Firman Allah dalam surah al-Ash...
" demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran..."


Dan benarlah kata-kata Rasulullah saw yang diriwayat oleh bukhari dan muslim...


" Dua nikmat yang manusia sering lupa adalah waktu LAPANG dan juga masa SIHAT"...


Itulah manusia, mempunyai sifat LUPA dan LEKA..sehingga MASA yang ada di sia-siakan begitu saja..jika perumpaan mengatakan masa itu emas, namun sebenarnya masa itu LEBIH BERHARGA dari segalanya...cuba lah beli 1 saat masa yang sudah berlalu  dengan RM 1 juta harta, dapatkah? mustahil bukan? 


Nah! muhasabah lah wahai diri yang alpa dengan dunia..T__T