Tuesday 31 July 2012

Accident lagi. Eh..LAGI???

Assalamualaikum wbt

Seperti biasa, entry saya tak punya muqadimah yang bermadah punjangga..huhu..lagipun, Cakap biar direct to the point kan?
Pesanan saya;

Kalau anda DRIVE di dalam kampung mahupun di highway,PLEASE....

1. Jangan buat mesyuarat TINGKAP ANTARA KERETA. Jalan yang sempit bertambah sempit dengan tindakkan anda. Kalau nak discuss or tanya khabar, datanglah rumah, sembanglah selama mungkin yang anda nak..okeh..:)

2. Kalau nak beli TANAH/BATU nak renovate rumah sempena HARI RAYA ni..kalau boleh janganlah "sadai" benda tu TEPI JALAN ya =) orang yg drive@bawa moto susah nak reverse/buat u-turn.

p/s: tindakkan anda boleh menyebabkan KEMALANGAN yang MERAGUT NYAWA. Please, seperti mana anda menghargai nyawa anda, seperti itu jugalah saya. Kerana saya sudah menjadi salah seorang MANGSA akibat TINDAKKAN YANG "BERNAS" seperti di atas pagi tadi---> SAYA PUN NAK RAYA JUGA! huhu..


kesan accident yang tak akan saya lupakan. huhu..Ada juga di kaki dan tangan.
ALLAH...
Dan skuter ku..huhu...SAYA SUDAH TRAUMA mau bawak kamu "jalan-jalan" dengan saya. Boleh tak saya pergi unimas JALAN KAKI ja... =___=' 



"kaki" ku...

Tak mampu beli kereta, skuter pun jadila...tu pun  pada awalnya famili tak bagi sebab BAHAYA. 

Sebelum accident, memang saya rasa TAK LAH BAHAYA SANGAT, tapi lepas accident ni..rasa trauma dah nak bawak moto T____T


Tuesday 24 July 2012

DAKWAH itu adalah CINTA


Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah.
Malam Ramadhan sungguh indah.
Tenang anginnya mengapai hati yang sedang kekontangan dengan cinta Ilahi.
Jari menari-nari di rak buku..mengapai tesis tebal berkulit kuning. Tulisan emas "Pendekatan Dakwah Dalam Filem Sang Murabbi' seolah-olah memberi satu chemistry. Jari lalu perlahan-lahan menyelak satu persatu helaian..hingga pada satu helaian, bebola mata menatap satu bait yang sangat indah. Ia kata-kata Alm K.H Rahmat Abdullah...indah. Bait kata ini sungguh indah...

Thesis ini bukan milik Admin. Ia milik sepupu Admin ^____^'
Terima kasih kepada beliau kerana sudi meminjamkannya untuk dibaca.
Thesis yang MANTAP.
.:CINTA:.

Ya...Beliau bercerita mengenai sebuah cinta. Katanya cinta ini akan membutuhkan apa saja...logik...sememangnya itulah cinta. BUKAN cinta namanya jika ia TIDAK menagih apa-apa dari kita. Tapi..cinta yang beliau bicarakan BUKAN cinta biasa-biasa...sungguh, ia CINTA LUAR BIASA...kerana ia cinta pada DAKWAH. Mari...telusuri perlahan-lahan kata-katanya..


"Memang seperti itulah DAKWAH...
dakwah adalah CINTA, 
dan cinta akan MEMINTA SEMUANYA dari dirimu.

Sampai FIKIRANMU.
Sampai PERHATIANMU.
BERJALAN, DUDUK, dan TIDURMU.
Bahkan ditengah lelapmu, ISI MIMPIMU pun tentang DAKWAH. 
Tentang UMAT yang kau CINTAI..."


ALLAH..

Tuesday 3 July 2012

Pasrah denga takdirNYA.. ✿



“Andai ternyata keinginanmu tidak selari dengan keinginan ALLAH SWT, ternyata apa yang diharapkan esok hari tidak menjadi nyata, malah apa yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kamu mesti tetap ikhlas. Kamu harus menerima semuanya dengan senyum yang mekar menguntum dan dengan redha yang tidak terhitung.

Persiapkanlah hidupmu hanya untuk ALLAH. Dialah tujuan hidup, malah sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal dan tawassul untuk mencapai keredhaan ALLAH.


Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu. Kerana itu memang bukan untukmu. Bersihkan hatimu, ikhlaskanlah hati dan redhalah dengan ketentuanNYA. Kerana kita ini adalah sebenar-benar hamba. Jadilah hamba yang tahu kenal diri, serta tahu bersyukur kepada Tuhannya.”



  Mekarlah hati dengan cinta Illahi..kita akan berasa bahagia dan tenang dalam taman cinta-NYA…meskipun mungkin hati kita pernah dihiasi musim bunga sakura..biarlah ia berlalu pergi kerana pasti dan kita harus percaya ada suatu tempat lagi yang sering sahaja berbunga indah tanpa bermusim..
Bunganya..selalu mekar dan berkembang dengan indah..bunganya berwarna –warni dan cantik. Sesungguhnya mencinta ALLAH…membuatkan hati kita berada di taman cinta ALLAH yang tersangat indah….bunga-bunganya tidak akan pernah layu walau ditelan masa dan musim