Friday 18 May 2012

LAYAK kah aku bergelar MUSLIMAH?



"Apakah aku layak bergelar Muslimah?"

Saya kurang faham dengan soalan ini. Konteks yang diberikan membuatkan saya fikir seolah-olah "Muslimah" itu satu level Iman 99 Petala Langit yang hanya golongan sehebat Pendekat Laut sahaja yang boleh capai.

Sedangkan apabila seorang perempuan berpegang teguh dengan Shahadah, maka dia bergelar Muslimah.

Muslimah itu bukan diukur dengan panjang tuduh atau labuh jubahnya. Sama juga dengan lelaki. Dia tidak dipanggil Muslim kerana panjang janggutnya.

Muslimah itu seorang yang berjihad menentang nafsunya hinggalah maut menjemput. Satu perjuangan dalaman yang tiada sesiapa pun yang dapat lihat, dengar, hidu, sentuh, atau rasa. Tetapi perjuangan dalaman itu ada.

Boleh jadi seorang Muslimah itu tidak bertudung, tetapi dia menangis kepada Allah meminta kekuatan untuk menyarung sehelai kain di kepalanya.

Boleh jadi seorang Muslimah itu mempunyai teman lelaki, tetapi setiap sentuhan bukan mahram umpama jilatan api neraka baginya.

Boleh jadi seorang Muslimah itu seorang yang tidak solat, tetapi setiap kali azan berkumandang hatinya merayu kepada badannya untuk berdiri di hadapan Allah.

Muslimah itu seorang perempuan Muslim. Full stop.

Thursday 17 May 2012

SUNNAH or FITNAH?

Assalamualaikum wbt
.:fenomena gambar berpurdah as profile pic, or as a cover photo di facebook sudah menjadi trend facebooker muslimah sekarang:.

-->Gambar berpurdah, TAPI JELAS menampakkan bentuk MATA, DAHI dan juga bentuk KENING..aduhai @__@' apabila gambar sebegitu disiarkan di dada facebook dan menjadi tontonan ramai....enti percaya yang purdah itu akan dapat MELINDUNGI enti lagi dari mata2 lelaki yang nakal?YA! memang muka BUKAN termasuk dalam aurat. TAPI, jika kamera DISALAHGUNAKAN untuk mengambil wajah berpurdah pada angle yang pelbagai sudut lalu menampakkan enti "KELIHATAN" lebih cantik, enti percaya tak jika ana kata yang gambar tersebut akan mengundang perasaan "dari mata turun ke hati" dari seorang lelaki ajnabi yg suka berfantasi? >.<' (atau lebih tepat lagi perasaan syahwat?).

Doa TIDAK memerlukan modal pun! :

Assalamualaikum wbt..

Diari kecilku...^___^'

DOA, TIDAK MEMERLUKAN MODAL berbentuk RM untuk dibayar. SESIAPA pun boleh berdoa…yang miskin, kaya atau yang sederhana.TAPI, doa sangat MULIA dan BERNILAI di sisi ALLAH. ALLAH SANGAT SUKA hambanya yang berdoa dan ALLAH SANGAT BENCI kepada hambanya yang MALAS MEMINTA. BERBEZA dengan manusia, SEMAKIN BANYAK DIMINTA, SEMAKIN RIMAS JADINYA...justeru..berdoalah! Ia TAK SUSAH…malah PERCUMA! ALLAH itu MAHA MENDENGAR..dan DIA sentiasa HAMPIR dengan kita!

"..Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku MENGABULKAN PERMOHONAN orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu MEMENUHI (SEGALA PERINTAH-KU) dan hendaklah mereka BERIMAN kepada-Ku, agar mereka SELALU berada dalam KEBENARAN" (Al-Baqarah: 186)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra; 
"BERDOALAH dengan penuh KEYAKINAN bahawasanya ALLAH swt PASTI MENERIMANNYA...KETAHUILAH ALLAH swt bahawasanya TIDAK akan menerima doa dari sekeping hati yang LALAI dan LEKA"