Tuesday 31 May 2011

Manual Bercinta


Fana, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta. Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta. Kerana cinta itu masalah dan bicara jiwa. Jiwa pula berbeza-beza tempatnya disetiap manusia.

Cinta diungkap, hati gelisah.
"Amad, anda percaya tentang mimpi tak?" tanya seorang teman maya.

"Mimpi? Nak kata tak percaya, tidak juga. Nak kata percaya, silaplah. Tapi banyaknya tak percayalah. 

Kenapa tiba-tiba buka bab mimpi ni?" saya menjawab dan pada masa sama cuba memberi ruang keselesaan kepada beliau untuk berkongsi rasa.

"Macam ini, saya semenjak dua tiga hari ini, asyik bermimpi tentang seorang lelaki ni saja. Saya tak nak, tapi sering termimpi," dia bercerita.

Lelaki mimpi lelaki? Haru! Kawan maya saya ini adalah seorang wanita.
Jadi pantas saja yang masuk dalam mimpinya lelaki.

"Special sangatkah lelaki tu sampai angau begitu sekali?" saya bertanya lagi. Cuba mengumpulkan sebanyak mungkin informasi daripada history taking yang dijalankan.

Monday 30 May 2011

Usaha tidak menatijahkan keputusan


Aku tahu, sangat sukar berada di tempat kamu tika ini.
Teramat sukar. Bagaikan seluruh bumi menghempap diri kamu.


Bagaikan dunia terasa sempit bagimu kerana kau seolah-olah terpenjara dengan apa yang kau sedang perjuangkan kini.
Dan kau berasa gelisah dan resah,
dan terus bertanya dan bertanya dan bertanya pada dirimu sendiri…..
‘Mampukah kejayaan menjadi milikku setelah aku berkorban masa , tenaga dan jasadku untuk ijazahku ini?’
Lantas di kala kau memasuki dewan peperiksaan, berbekalkan tawakal dan rahmat Allah, beserta secebis usahamu itu, hatimu mula bergetar, dan dahimu mula beraliran peluh yang lebat.
Di saat satu soalan demi satu soalan dihadapkan. Setiap kali itulah kertas soalan cepat sahaja di selak..
Ada tak soalan mudah – ada tak soalan mudah?

arrghhhhhhh!! nape apa yang study semua tak keluar ini?????

Dan hati kecilmu mula menangis.
deras sekali
Dan jiwamu mula bergetar...bergoncang sekali.
Ya Allah! Mampukah aku lulus dalam exam ini?

Mampukah aku untuk grad tahun?

Mampukah ya Allah?

Dan hatimu mula berombak, namun kau gagahkan dirimu untuk menjawap dan terus menjawab.
Namun dirimu sudah tidak lagi tenang, hatimu sudah tidak lagi mantap untuk melangkah, meraih sebuah kejayaan.
Lantas kau merasai dunia ini kelam buat dirimu.
Lantas kau merasai harapan sudah semakin suram.
Dan akhirnya air mata menjadi peneman.
Deras menderu.
Membasuh kekecewaan hatimu.
Doa-doa syahdu yang dihadapkan pada Allah penuh penyesalan.
Namun, kau tak dapat menipu dirimu sendiri, dan terus bertanya dan bertanya:

Thursday 26 May 2011

Kembalikan hatimu ke tempat asalnya

Untuk mencari damai di hati dan jiwa, PULANGLAH KE ASAL...
Mungkin kerana itu, zikrullah, solat dan majlis ilmu sering mengundang damai....


Sedangkan dosa, lagha dan tenggelam oleh urusan dunia, acap kali menimbulkan GELISAH DAN RESAH. Kerana asal jiwa ini DEKAT DENGAN ALLAH....

Masakan tidak “dekat”…
Kita pernah bersoal jawab dengan dengan Allah secara lansung, di alam roh yang misteri, namun boleh difahami bahawa asal maujudnya kita adalah DEKAT kepada-NYA.

Allah bertanya secara lansung kepada kita:

“Bukankah aku Tuhan kamu?”
Dan kita semua telah menjawab secara lansung kepada DIA:

“Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi (Al-A’raaf: 172)

Di alam itu, kita dekat dengan-NYA. Dan hakikat itu memainkan peranannya pada kembara kita di sebuah dunia.

 Analogi Perantau

Apa rasanya seorang perantau yang terbuang sendirian di bumi asing?
Sunyi dan resah tidak tentu masa.

Bagaimanakah perasaan perantau itu tatkala bertemu dengan insan yang dikenal pastinya sekampung, sedaerah dan berkongsi persamaan, ketika dirinya remuk rindu di perantauan?
Pastinya gembira, hilang sunyi, terhibur malah rasa “selamat”.

Bagaimana perasaan itu menjelma?
Dari mana perasaan itu muncul di dalam jiwa?

Tentu sahaja, kerana insan yang ditemuinya itu berkongsi asal yang sama.
Apabila diri dibawa pulang ke asalnya, jiwa tenteram beroleh damai. 
Itulah rahsia zikrullah menenangkan jiwa ketika roh kita dibawa kembali ke sifat asalnya. DEKAT dengan Allah.


BERCINTA SAMPAI KE SYURGA,
HASRIZAL ABDUL JAMIL

Wednesday 18 May 2011

Hatiku dan Hatimu...


Maaf, kerja penyelenggaraan hati sedang dijalankan...
^___________________^



Heart ♥


Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.

Mereka yang pesimis dengan hidup sering mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah (life is to solve problems). Sebaik selesai satu masalah, masalah baru akan menjelama. Tidak lebih daripada itu. Malah ada yang lebih pesimis lagi dengan mengatakan hidup hanyalah untuk menderita!


Itu bukan sikap seorang muslim. Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita.Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!



Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Justeru, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan akhirat.  Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?



Andai aku adalah tulang rusukmu yang hilang~




♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥

ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG...
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

_____$$$$$
____$$$$$
___$$$$$$$
____$$$$$......*~*~*
_____$$$......~°~°~°
____$$$$$....°~°~°~°
__$$$$$$$$$~°~°~°~°
_$$$$$$$$$$$~°~°~°~
$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°
$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°~°
$$$$$$$$$$$$~°~ °~°~°~°
$$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°~°
_$$$$$$$$$~*$$~°~°~°~°~°
__$$$$$$$$~*~*$$~°~°~°~°
__$$$$$$$$*~*~*$$~°~°~°
__$$$$$$$$$~*~*~*~°~°
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$*~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$ ~*~*~*~*~*~*
__$$$$$$~*~*~*~*~*~ *~*~*
__$$$$~*~*~~*~*~*~*~*~*~*
__$$$~*~*~*~ *~*~*~*~*~*~*~*~
__$$~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
__$$~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~*~
___~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~*~*
____~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~**
_________~*~*~*~*~*~*~* ~*~*
________________*~*~*~**_________________
░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

Sayang,
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang,
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Engkau akan selalu membimbingku,
Agar aku menjadi wanita yang solehah,
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat


~••~••~~••~••~~•~

Yang Dicari...




Yang dicari walau bukan putera/puteri raja, biarlah putera/puteri beragama….

Yang diimpi, biarlah tak punya rupaasal sedap dipandang mata….

Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani sempurna hati….

Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat….

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permatacukuplah akad dan janji setia……

Yang diangankan bukanlah harta dipandang tetapi kesederhanaan menjalani pegangan….

Yang diinginkan bukanlah kata memuji-muji, cukuplah sekadar berbudi pekerti….

Yang didamba bukanlah kesempurnaan hati dan sikap, cukuplah sekadar kejujuran tutur kata terungkap….

Dan YANG akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha dengan ketetapan Ilahi…….


Saturday 14 May 2011

Ukhti dah isi borang baitulmuslim?


“Ukhti dah isi borang baitulmuslim? ke Ukhti sudah ada calon sendiri?”

“Bila perancangannya Ukhti akan menamatkan zaman bujang ukhti?”

“Apa perancangan ukhti 2 tahun,3 tahun, 4 tahun akan datang?”
***
Soalan-soalan ini sering kali menerpa diri saya ketika habis usrah, ketika program atau mahupun ketika bersiar-siar bersama murobiyah dan rakan satu usrah. Mungkin kerana disebabkan saya sudah pun menghabiskan pengajian sejak 2010 yang lepas, maka saya seringkali menjadi “sasaran” utama mereka.

Saya diam. Angguk tidak, geleng pun tidak.
Hanya senyuman mampu berbahasa.

Tuesday 10 May 2011

Dia hadir buat sementara, kemudian pergi buat selamanya


Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah..alhamdulillah…Alhamdulillah…
saya masih mampu bernafas.
Terima kasih ya Allah kerana masih meminjamkan nyawa ini untuk diriku.


"Kak! Ada sms!” suara Piqa yang agak kuat mengejutkan saya dari tidur.



Cuaca yang sangat panas di Samarahan iaitu mencecah 34 darjah celcius kadangkala  membuatkan saya cepat letih. Ditambah lagi dengan kesan kopi yang saya minum 2 cawan semalam membuatkan kepala berdenyut-denyut kerana tidak mendapat tidur yang mencukupi. Namun, handphone tetap dicapai dan sms dibuka malas.

Text Message received from Fidah Biotech.
Read now?
Yes.

“Salam. Tauk x (tau tak)? dedeq @ Nur Fazillah dah meninggal pagi tek (tadi). Lemas. Innalillah….”

Argh… mimpi ngeri lagi.
Sambung tido balik.
Sekejap…
Sms saya baca lagi.

“Salam. Tauk x (tau tak)? dedeq @ Nur Fazillah dah meninggal pagi tek (tadi). Lemas. Innalillah….”

Masih ayat yang sama.
Ini realiti!
Bukan ilusi!
Dan saya juga bukan bermimpi!
Ya Allah! Innalillahiwainnalillahirajiun.
Pipi terasa panas...
Air mata jatuh tanpa dipinta.

....Kenangan 8 tahun lalu perlahan-lahan mengetuk mindaku.
  

Apa khabar jodohku...


Apa khabar jodoh ku? 
Sihatkah? 
Berat rasanya kelopak mata ku tertutup.
Bagaimana dengan kamu? 
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? 
Dan apakah mulut mu terasa menerus-menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodoh ku...
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu. 
Bukannya aku tak mahu atau aku tak rindu.
Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang.
Dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi sayang.
Kadang-kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkan ku? 
Mengajak ku bertafakur dan bersujud kepada Nya?

Berat hati ini menantikan mu, 
gelisah pula hati ini memikirkan mu. 
Apa kau selalu hiasi langkah mu dengan kebaikan-kebaikan? 
Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukan mu sementara, untuk menghadap Nya?


Monday 9 May 2011

Sultan Muhammad Al-Fateh


Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....
Buku ini sebenarnya buku pertama yang saya buat summary selepas buku "Hari-Hari Dalam Hidupku" -Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili.  Jadi, dah lama saya baca buku ni sebenarnya. Cuma baru nak post.hihi..:) 

Alhamdulillah, Allah memberikan saya kesempatan masa...:) Buku ni ada beratus-ratus muka surat, saya ringkaskan kepada 5 muka surat word..hehe...(saja...untuk menambahkan ingatan..huhu)
jOm, sama-sama kita baca...:D

Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan mangkat pada 3 Mei 1481. Ketika beumur 19 tahun, beliau menaiki takhta mengantikan ayahandanya yang telah mangkat iaitu Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahannya dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhammad Al-FAteh berjaya menakhluk Konstantinopel pada 29 Mei bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia.Ia dihubungkan oleh Selat Bophorus. Sebelum itu, Kota Konstantinopel pernah pernah dicuba ditakhluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia namun tidak berjaya. 

Sunday 8 May 2011

Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Hari ini saya baru sahaja selesai membaca buku “Hari-Hari dalam Hidupku”  yang ditulis sendiri oleh Sang Mujahidah Zainab Al-Ghazali al-Jubaili. Buku ini mengisahkan realiti penyeksaan beliau di penjara tentera Mesir.

Siapa Zainab Al-Ghazali ya?

Mujahidah Zainab al-Ghazali al-Jubaili adalah seorang muslimat Ikhwanul Muslimin di Mesir yang memperuntukkan hidupnya untuk Islam.Beliau lahir pada tahun 1917 di Buhaira,Mesir dan sememangnya beliau berketurunan Amirul Mukminin,Sayyidina Umar al-Khattab r.a. Rupa-rupanya inilah lambang keberanian sang mujahidah sesuai dengan Sayyidina Umar al-Khattab r.a yang diketahui sifatnya semasa sama-sama berjuang bersama Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W. dahulu.

Menceritakan lebih lanjut perihal sang mujahidah ini,dirinya pernah menganggotai Gerakan Wanita Mesir pada usia remajanya. Akan tetapi,matlamat gerakan itu tidak bersesuaiannya dengan fikrahnya sebagai seorang mujahidah lalu beliau menubuhkan Jemaah Wanita Muslimah sebagai satu wadah untuk meneruskan perjuangan.Gerakan ini aktif melakukan kerja dakwah dan kerja kebajikan hingga mula mendapat perhatian kaum wanita di Mesir.Gerakan ini terus aktif sehingga ia diharamkan regim thoghut pemerintah Mesir pada masa tersebut.Tanggal 15 Sept 1946 gerakan ini telah diharamkan. Sebenarnya dalam usia 18 tahun,beliau telah pun aktif dengan kerja-kerja dakwah dan di saat pengharaman gerakan yang diasaskannya itulah beliau bertemu dengan As-Syahid Imam Hasan al-Banna. Hasil hubungannya dengan seorang Muslimat

Saturday 7 May 2011

Ampuni daku kerana mengasihinya...

Ku pendamkan perasaan ini,
ku rahsiakan rasa hati ini,
melindungkan kasih yang berputik,
tersembunyi didasar hati…

_UNIC_


Allah,
Aku lepaskan kasihnya demi kasih-MU
Aku lepaskan cintanya demi cinta-MU
Aku relakan semuanya demi redha-MU ya Allah.

*********

Allah,
Ampunilah dosa-dosaku;
Andai diriku telah menjerat dia dalam jurang nafsu,
Ampunilah dosa-dosaku;
Andai diriku telah mengotori hatinya dengan kasihku,
Ampunilah dosa-dosaku;
Andai diriku telah merampas kasihnya kepada-MU
Astagfirullahalazim…astagfirullahalazim…astagfirullahalazim…

Ya Allah yang Maha Pengampun,
Ampuni dosa-dosaku;
 Andai diri ini telah meninggalkan titik-titik hitam dalam hatinya,
Ampunilah dosa-dosaku;
 Andai hadirku telah meragut ketenangannya,
Ampunilah dosa-dosaku;
Andai diri ini telah menodai hatinya…
Ampunilah dosa-dosaku;
Andai diriku telah membuka ruang kepada syaitan durjana…
Ampuni daku ya Allah…. 
Hanya pada MU ku berserah, hanya kepadaMU aku memohon….

**********
Aku mohon ya Allah,
Janganlah hadirku menjadi fitnah terhadap dirinya di akhirat nanti.
Ampunilah dosa ku ya Allah.
Amin.

Mak...saya nak nikah...



Beberapa tahun sebelum bernikah, saya mencari-cari kelebihan berkahwin awal supaya saya termotivasi untuk bernikah awal. Dan ditemui antara kelebihan berkahwin adalah ia menjaga kesucian diri dan hati. Memelihara pandangan dan kehormatan. Ya, saya pun kemudiaannya berada di fasa yang sama dengan teman-teman, terdorong untuk bernikah untuk menjaga hati...(walaupun belum ada calonnya lagi). Tapi saat ini, saya tidak memandang lagi semua itu sebagai KELEBIHAN berkahwin awal, tapi KEWAJIPAN dan KEUTAMAAN berkahwin awal.

“Susah sangat ke nak jaga hati…??”

“Kenapa tak sabar tunggu hingga habis belajar…??”

“ Tak payahlah selalu contact dengan lelaki tu kalau hati tak tenang..!??”

“Kan selalu ikut program agama, takkan boleh terjerumus maksiat….!??”

“Orang lain bercinta juga, tak lah sampai nak berzina…!??”

“Janganlah ikut sangat perasaan…”

Mungkin ini adalah antara dialog luahan-luahan mak ayah kita bila saatnya kita menyuarakan keinginan untuk bernikah di usia awal 20an. Lantas kita merasakan ibu bapa tak memahami ‘situasi getir’ yang kita hadapi dalam era moden dunia tanpa sempadan.

Ya, memang ibu bapa kita kebanyakkannya tak faham..kerana kita juga tak berusaha untuk faham apa yang mereka faham. Yang mak ayah kita faham, kita masuk universiti untuk belajar. Dan belajar. Dan belajar. Hingga dapat segulung ijazah. Kemudian dapat perkerjaan yang menjamin masa depan.

Kemudian berkongsi sedikit kesenangan dengan adik-adik dan famili. Kemudian, silakanlah merancang untuk pernikahan. Waktu itu, tenangnya hati mak ayah kerana kita telah ada pendapatan bulanan. Mungkin ada juga sedikit wang simpanan. Mak ayah kita punya harapan dan perancangan sebegitu kepada anak-anak kerana MUNGKIN mereka membandingkan zaman pergaulan kita dengan situasi muda mudi zaman 70an dan 80an.

Sedangkan kita di ‘era depan’ 2010, 2011, 2012. Kita tidak lagi di zaman public phone, perlu ada syiling yang cukup untuk meluah perasaan mencambah perasaan dengan ‘teman tapi mesra’ itu. Kita tidak lagi di zaman mengutus surat menyatakan rindu sayang, jika bersurat, rasa rindu dan sayang hanya sampai kepada si dia setelah jiwa bergelora kita menjadi reda.

Tuesday 3 May 2011

Nasihat Ummi Tentang Cinta

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited."



********************************